Kolam Air Panas Jasin Indah Khabar Dari Rupa?



Teruja apabila tengok gambar-gambar Kolam Air Panas Jasin di laman viral di facebook baru-baru ni. Tiket masuknya pun murah, rm6.50 untuk dewasa dan rm3.50 untuk kanak-kanak. Terfikir nak bawak anak-anak ke sana cuti sekolah nanti.

Malangnya pengunjung rata-rata memberikan komen negatif. Sayangnya.....

Bayangkan saya rasa teruja untuk pergi ke sana hanya dengan melihat gambar-gambar sahaja. Rasanya tempat ni boleh naik dan boleh jadi terbaik kerana ibu bapa kebanyakkannya memang suka kolam air panas, maklumlah kandungan sulfur dan belerang dari kolam air panas dikatakan boleh mengubati bermacam jenis penyakit termasukla penyakit-penyakit kulit. Permainan-pemainan berwarna warninya pulak boleh menarik perhatian kanak-kanak. 

Semoga pihak pengurusan Kolam Air Panas Jasin mengambil inisiatif untuk memberi servis yang terbaik dan memperbaiki sistem di sini. Di bawah saya lampirkan sedikit dari banyak-banyak komen di facebook. Semoga boleh dijadikan iktibar dan pelajaran kepada pihak pengurusan supaya memperbaiki apa yang kurang. Doa saya cuma satu semoga kolam air panas in maju kerana bagi saya konsepnya dah memang cukup menarik.

~ Baru je pegi minggu lepas..indah khabar dari rupe..xbest langsung..dgn toilet air penuh bertakung. Kotor. Tah ape yg menarik pon xtaw...boring je..huhu..lagi 1 mmg la murah masuk. Tp nk maen belon air tu kena bayo lagi..xberbaloiii ..huhu..

~ Dah pegi... indah khabar dari gambar... laluan berlumut... air pnas tu berbau... kolam mandi budak kuat bau kencing....

~ Actually masuk mmg 6.50 . lps tuh ade satu tempat nk main gelonsor belon tuh . kne bayar RM 6 lg, so total 12.50 . air clorine tersangat la kotor . tempat xmemuaskan , kolam pon x panas lngsung . tandas x bersih . air bertakung. busuk .mmg sekali je la pegi . dlm gmbr je nmpk cntik . da masuk alahai x menarik lgsung

~ Saya pernah pergi, cuma cadangan sya.. oner kena jga kebersihan air, klorin byk gila.. kotor dan byk sampah! kecewa!

~Memang xbest pon..seriusly..pastu byar pon lain2..nak main gelongsor tu cas lain..game lain cas lain..tempat xselesa..mungkin sbb kecik dan pengunjung terlalu ramai..klw nk pg waktu biasa bolehlah..jgn pergi waktu cuti.. Harap pihak pengurusan tingkatkan pembersihan kolam.

~Toilet tolong upgrade n ditambah bilangan bilik mandi dan kebersihannya perlu diutamakan.

~Tak selesa betul nak mandi..air terlalu kotor, tak berani nak lepaskan anak berendam..harap owner amik berat tentang kebersihan..

Lihat komen-komen lain di sini
Dikuasakan oleh Blogger.