Pengertian Takdir | Adakah Takdir Sesuatu Yang Telah Ditetapkan Sepenuhnya.


Ramai dari kita yang menganggap bahawa takdir setiap manusia, sudah ditentukan sepenuhnya dan tidak dapat diubah langsung. Adakah takdir kita ditentukan sebegini? Kalau Ya! Apakah kegunaannya kita diberikan akan fikiran? Apakah gunanya kita diberikan minda “External Minda” dan minda dalaman “Internal Mind” ?.

Takdir bukanlah ditentukan seperti dipercayai ramai :

Ali akan lahir - Zaman kanak-kanaknya agak susah - Dia akan belajar sampai tingkatan tiga – Pada usia 18 tahun dia akan mula bekerja – Dia akan bekerja sebagai tukang besi – Dia akan berkahwin dengan Ani pada umur 27 tahun– Dia akan melahirkan 7 orang anak – Dia akan diserang 3 jenis penyakit – Dia akan mengalami kemalangan pada umur 45 – Dia akan mengalami kemiskinan – Dia akan diserang penyakit jantung – Dia akan mati pada umur 60 tahun kerana sakit jantung.

Kehidupan kita ini bukanlah sesuatu ketentuan seperti yang diceritakan di atas. Sebaliknya, Kita akan diberi pilihan dan peluang pada setiap masa. Kita dibenarkan untuk memilih apa yang kita perlukan di dalam kehidupan kita. Lebih dari 60% kehidupan kita dapat diubah seperti yang kita inginkan.

Contohnya :

Ali akan lahir – zaman kanak-kanaknya akan mengikut karma ibu bapanya – Zaman persekolahan dia diberi peluang untuk belajar - (Ada pilihan) sama ada dia belajar dengan cemerlang atau tidak – Kalau dia belajar dengan cemerlang- Dia akan teruskan pelajaran sehingga menara gading- dia dapat pekerjaan yang baik atau – memulakan perniagaan -(Ada pilihan)– kewangannya stabil – kewangannya meningkat – dapat nama baik dalam masyarakat- dapat peluang masuk politik – (Ada pilihan)- dapat ramai kenalan- dia akan diserang penyakit jika sistem makanannya tidak dijaga (Ada pilihan)- dia akan diberi ramai wanita untuk dipilih menjadi isteri (Ada pilihan)- kehidupan dan anak-anaknya akan berubah bergantung dengan isteri yang dia pilih- anak-anaknya akan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan – (Ada pilihan)- kalau kesihatannya dijaga dia akan meninggal dunia pada usia 75 tahun di rumahnya –(Ada pilihan)- kalau kesihatannya tidak dijaga dia akan meninggal dunia di hospital pada usia 60 tahun.

Ini hanyalah sebuah contoh yang singkat . Kita sentiasa akan diberi peluang dan pilihan. Gunakanlah peluang yang diberikan dan buatlah pilihan yang bijak supaya kehidupan kita lebih senang dan tenang.
 
Sumber

Pengertian Takdir

Takdir terbagi menjadi 2 yaitu:

Takdir Mua’llaq

Takdir mua’llaq adalah takdir yang erat kaitannya dengan ikhtiar manusia. Sebagai contoh ada seorang siswa yang bercita-cita ingin menjadi pengusaha pertanian. Untuk mencapai cita-citanya itu ia belajar dengan tekun. Akhirnya apa yang ia cita-citakan menjadi kenyataan. Ia menjadi seorang penguasa pertanian.

Takdir Mubram

Takdir mubram adalah takdir yang terjadi pada diri manusia dan tidak dapat diusahakan atau tidak dapat di tawar-tawar oleh manusia. Contohnya ada manusia yang dilahirkan dengan mata sepet, atau dilahirkan dengan kulit hitam sedangkan ibu dan bapaknya kulit putih dan lainnya.


Admin : Takdir adalah sesuatu yang susah nak dibahaskan kerana biarpun jelasnya pemikiran normal kita akan bersetuju dengan cerita di atas iaitu kita ada pilihan untuk memilih dan kita harus berusaha untuk mendapatkan apa yang dicita-citakan namun kita juga dibatasi dengan kehendak azali iaitu sesuatu yang kita usahakan dan yang kita pilih masih lagi di bawah keizinan Allah. 


Contohnya kita ingin menjadi seorang doktor tapi akal kita terbatas untuk belajar menjadi seorang doktor. Kita dilahirkan tidak genius dalam bidang matematik dan sains. Kita belajar sekuat manapun, kita tidak dapat menerima pelajaran itu. Tetapi akal kita lebih cenderung kepada bahasa contohnya. Otak kita cepat tangkap kalau kita belajar bahasa asing. Kita belajar akhirnya kita menjadi pakar bahasa. Jika kita kejar impian kita untuk menjadi doktor mungkin kita tidak bergerak ke mana melainkan berusaha dan terus berusaha sambung belajar namun kita tetap gagal. Di situ takdir kita telah mengatur kita untuk menjadi pakar bahasa bukan seorang doktor.

Dalam soal kerja pula misalnya, Ali bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam untuk mengumpul duit untuk membayar down payment kereta idamannya. Apabila duitnya sudah cukup, tiba-tiba ibunya sakit kuat dan memerlukan duit untuk rawatan di kampung. Ali terpaksa mengeluarkan duit itu untuk membayar rawatan ibunya. Dia tidak dapat membeli keretanya walaupun duitnya sudah cukup. Tetapi itu bukan bermakna dia tidak mungkin dapat keretanya dia cuma perlu berusaha lagi kerana Allah dah menentukan bahawa belum masanya untuk dia mendapatkan kereta itu.

Namun apapun pendapat anda tentang takdir saya masih lagi percaya pada berusaha untuk mendapatkannya di samping bersabar jika kita terkandas di tengah jalan. Jalan dan pintu-pintu peluang akan terbuka jika anda teruskan berusaha dari duduk saja. 

Doa!!! Saya percaya power of doa juga dapat mengubah takdir, ( jika Allah izinkan ).  


Kesimpulannya bagi saya...takdir tetap di bawah kehendak Allah. Tidak ada orang yang ingin membuat pilihan yang salah tetapi kita tetap kadang kala tersilap pilihan. Ilham memilih itu datangnya dari mana? Semua manusia ada masalah dan liku-liku hidup masing-masing. Masing-masing akan diberi ujian dan selalunya ujianNya membawa kita untuk mengingati dan meminta pertolongan dari Dia. Kadang kala takdir membuat kita letih dan akhirnya kita menjadi redha dengan ketentuanNya.

Apa pendapat anda tentang takdir? Komen dan pendapat anda sangat dialu-alukan.
Dikuasakan oleh Blogger.