Remaja Bunuh Ibu Bapa Kerana iPod.

Seorang remaja berusia 16 tahun mengaku bersalah membunuh kedua ibu bapanya kerana mereka mengambil ipod kepunyaannya. Dia mengatakan bahawa dia berasa sangat marah dengan tindakan ibu bapanya mengambil ipod itu sebagai hukuman.


Remaja itu telah bertindak menyembur pepper spray kepada ibunya dan menikam kedua-dua mata ibu malang itu. Dia kemudiannya memukul ibunya dengan kayu baseball dan besi bertalu-talu sehingga ibunya berhenti bernafas.

Remaja yang naik hantu itu kemudiannya menunggu bapanya pulang dari kerja lalu memukul bapanya dengan besi dan menikam bapa yang malang itu bertubi-tubi sehingga mati.

Kejadian kejam itu  berlaku Norfolk, Virginia dan nama remaja tersebut adalah Vincent Parker.

Dikuasakan oleh Blogger.