Susah Sangat Ke Nak Balas Senyum!
Masuk hari ni dah kali keempat kawan anak saya telefon minta tolong ambil dan hantarkan dia ke sekolah. Memanglah rumah dia dekat dengan rumah saya tapi bukan jiran satu kawasan pun. On the way pun tidak. Saya nak kena pusing ke belakang, masuk taman perumahan lain pulak nak ambil dia. Kali ketiga tu saya nampak budak tu siap pun belum. Maknanya selama ni dia terlambat bangun. Selalunya dia kata bas tinggal dia.
Oleh kerana nak beri contoh yang baik kepada anak (tolong orang bila diaorang dalam kesusahan) dan oleh kerana saya sendiri pun nak buat kebaikkan pada waktu pagi, random act of kindness la kononnya, saya pergi jugak.
Selalunya tak ada siapa di depan rumah dia, walaupun ada 2,3 bijik kereta duk parking kat dalam garaj depan rumah dia. Tapi hari ni ada wanita yang seusia saya sedang menunggu dengan dia. Saya assume itu ibu dia. Saya pun senyum semanis yang boleh tapi alangkah terkejutnya saya bila wanita tu terus berpaling dan masuk ke dalam rumah. Sedihnya....takkan dia tak tahu dah 4 kali saya yang takde kena mengena ni tolong ambik anak dia. Bukan nak harap balasan apapun cukupla dengan senyum. Susah sangat ke. Dalam hati saya duk membayangkan, kalau anak saya lah orang tolong macam tu. Saya akan pergi cakap terima kasih la bantu anak saya. Ini pandang muka saya pun tak mahu. Tak ada manners punya orang kaya.
Tak pasal-pasal random act of kindness saya hari ni tak dapat markah sebab terdetik dalam hati harapkan balasan...balasan senyum je huhu rugi-rugi.
Foto Kredit : iluvislam.com
Cerita oleh : Juliana, PJ
Leave a Comment