Tandas Sekolah Di Malaysia Kotor.


"Tandas sekolah saya sangat scary, mama. Macam nak pergi rumah hantu. Kotor sangat. Setiap jamban mesti ada taik," kata anak saya yang berusia 12 tahun dan 8 tahun. Kemudian anak saya yang di sekolah menengah pun mengiyakan. Sekolah dia pun  toilet kotor sangat, katanya. Patutlah setiap kali balik sekolah berebut-rebut mereka berlari ke bilik air dulu.

Yang jadi peliknya tak ada pencuci tandas ke di sekolah-sekolah rendah dan menengah? Kementerian pelajaran tak boleh ke siapkan budget untuk mengupah pencuci atau penjaga tandas? Betapa pentingnya kesedaran tentang kebersihan kepada anak-anak yang baru hendak membesar. 

Anda tak boleh harapkan mereka sendiri yang bertanggungjawab. Mereka masih anak-anak. Takkan tiap kali nak membuang air besar atau membuang air kecil mereka mesti buat kerja kebersihan dahulu.

Kalau di tandas awam boleh lah kita nak salahkan pengguna sebab dah tua-tua bangka tak reti nak flush dan jaga kebersihan, buang sampah sana sini. Pampers main letak je atas tong sampah. Tapi ini sekolah rendah. Kesian tak budak-budak darjah satu berak atas taik orang lain?

Rupanya bukan saya seorang ramai lagi yang bercakap pasal hal ni. Rata-rata seluruh sekolah rendah atau menengah di Malaysia ni kotor teramat. 

Jom tengok suara hati ibu bapa lain di bawah ini :

#1.Dulu masa first week anak sulung saya start masuk darjah 1, tiap-tiap hari saya melepak kat sekolah dia, masa dia dalam kelas, saya merayau satu sekolah, tengok keadaan. Dalam seminggu tu, percaya tak, cuma sekali cleaner datang cuci toilet. Masa hari Isnin, takde air dalam toilet, ada budak pi berak, takde air nak basuh, takde air nak flush. Najis dalam jamban tu kekal kat situ tak berusik sampai hari Khamis, padahal hari Selasa dah ada air kat toilet tu.

Yang paling saya bengang, cleaner tu Bangla lelaki, muda lagi. Dia masuk toilet budak perempuan masa budak-budak tengah kencing, tengah salin baju PJ. Sungguh saya sangat seriau! Bukan tak biasa kita dengar kes-kes budak kena cabul.

Sekarang ni anak saya, saya suruh kencing berak siap-siap kat rumah sebelum pergi sekolah. Kalau emergency tak boleh tahan aje, baru pi toilet. Tu pun saya ajar dia, cara-cara nak guna toilet, check dulu ada air ke tak, cara-cara nak pilih toilet, tengok dulu ada lelaki ke tak dalam toilet tu, etc. ~ Asiah Abd Jalil

#2. aa’aah….saya pun muskil sangat nape tandas sekolah kotor…last week pi antar borang sekolah anak….lalu kat area tandas…..tandas berbau…..agak muskil disitu….cuti sekolah 2 minggu…toilet busuk?….ape kes?…..yg berbau tu toilet budak lelaki….apakah sebab pak guard yg guna? ~ Maz

#3. tandas kat alamnada terukkk la sgt le ni.. 5 tahun dulu ok je.. bersih.. sekarang ni macam kat dlama huatn mana tah.. kotor.. becak… tandas duduk pun kotor .. ciss… ~Riza

4. saya pun musykil dengan tandas sekolah2..
kalau sekolah suami saya, saya tau la penyebab nya
1. janitor pemalas nak mampos, nak berhentikan tak boleh sebab dia kerja kerajaan, GB kena tulis surat tunjuk sebab kalau nak pecat dia, jadi kenala tunggu dia pencen.saya pernah pi sound gak janitor nih, tp kalau dah dasar kaki judi, mana kira halal haram duit gaji. (marah seh, sian budak2)
2. air tadak, (isu bodoh), paip besar yg menyalirkan sekolah ada kebocoran, tp SYABAS kata takleh nak buat hapa sebab paip tu lalu bawah sekolah, kalau nak korek kena runtuhkan sekolah. (apa la bodoh -kata saya la- buat jer la paip baru lalu kut luar dan shut down terus paip tu) isu dah bertahun2..bila tangki penuh, kena tutup air takut bocor. then lupa bukak balik..

tp, saya suka tandas2 dan surau R&R yg besar2 on the way balik utara, syok abis ~Liyana


#5. cikgu sekalian..sebenarnya saya nak tanay sejak saya darjah satu lagi ni
awat tandas sekolah kebanyakkannya kotor
dulu saya masuk sekolah kebangsaan saya dapati jamban kotoq sangat tapi saya anggap ja la orang kampung saya tak reti guna tandas ada flush…masih guna baldi ..buat simbah
masa sekolah kebangsaan dulu kalau nak kencing saya rasa sungguh seksa…kalau tak de orang saya kencing ja kat tempat orang cuci kaki
saya tak rela nak masuk jamban
dah kencing saya sembur la air banyak banyak
aku ka tak reti guna jamban???
kalau hari saya rasa nak buat amal saya tolong cuci tandas sekolah
tapii..bukan tandas pelajar ja kotor
tandas cikgu pun tak bersih mana pun

salah yang guna ka salah yang cuci???masuk sekolah asrama PENUH
tandas tetap yuckkk ~ http://yuitsumuni.com/ ---ini pos tahun 2010

Sekarang ni nak tak nak pastikan anak-anak makan breakfast yang light. Takut sakit perut dan nak terberak pulak di sekolah. Saya tahu anak-anak saya tahan kencing dan berak sampai balik. jadi kalau diaorang sakit perut , saya terpaksa pontengkan diaorang sekolah. Kementerian, PIBG, guru-guru besar tak boleh buat apa-apa ke pasal isu ni? Mahal sangat ke kos mengupah pekerja untuk jaga kebersihan toilet macam di shopping-shoping kompleks tu. Suruh mak ayah bayar kos tukang jaga tandas seorang seringgit sebulan pun ok jugak kot.

Karekter anak terbentuk semasa usia ini. Pentingnya untuk ajar mereka kesedaran tentang kebersihan. Tapi nak ajar macamana kalau tandas di sekolahnya sendiri hancur? Semua fokus nak anak dapat grade baik, jadi pelajar cemerlang. tak ada siapa ke nak fokus tentang jamban kotor?

Dikuasakan oleh Blogger.