Tips Atasi Strok Haba Pada Kucing Anda


 http://kongxie.blogspot.com/2016/03/tips-atasi-strok-haba-pada-si-meow.html

Strok Haba atau kejutan haba bukan terjadi pada manusia sahaja tetapi ia juga memberi kesan terhadap binatang. Seperti juga kesanya pada manusia, strok haba juga boleh membawa kematian kepada binatang- binatang.

Kepanasan yang melampau membuatkan binatang-binatang ini cepat mengalami dehidrasi, stress, lesu, pasif, hilang selera makan dan seterusnya menyerang sistem organ tubuh hingga menyebabkan kematian.

Anggaran suhu normal badan kucing adalah lebih kurang 100.5 - 102.5 darjah Fahrenheit atau 38.2 - 39.2 darjah Celsius bermakna jika suhu badan kucing anda melebihi suhu normal mereka berkemungkinan besar kucing anda sedang mengalami strok haba. 

Kucing tidak berpeluh sepertimana manusia tetapi mereka akan membuang air melalui kencing atau 'peluh' kelembapan keluar melalui tapak kaki mereka bagi menghilangkan haba yang berlebihan. 

Selain mengalami kerosakan organ dalaman akibat strok haba, kucing juga akan mengalami kerosakan pada kulit dan bulu kerana dehidrasi. Kulit haiwan boleh jadi kendur, bulunya akan gugur dan warna kulit di sekitar wajahnya akan menjadi pucat.

Kenali simptom strok haba pada si comel anda :- 
  •  Tercunggap-cungap dengan laju 
  •  Lesu dan lemah
  •  Pasif dan malas bergerak
  •  Lidah berwarna merah terang
  •  Cepat panik/cemas
  •  Mengeluarkan air liur (drooling)
  •  Pening
  •  Gegaran otot (muscle tremors)
  •  Gusi berwarna hitam dan pucat
  •  Muntah (mungkin bersama darah)
  •  Cirit-birit (mungkin bersama darah)
  •  Darah keluar dari hidung
  •  Koma
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai penjaga untuk memastikan si comel kesayangan anda bebas dari risiko strok haba dengan mengamalkan tips-tips di bawah sebagai langkah pencegahan.

> Bekalan Air Bersih Yang Mencukupi

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/tips-atasi-strok-haba-pada-si-meow.html

Sentiasa pastikan bekalan air bersih yang mencukupi untuk si comel anda. Letakkan beberapa bekas air di sekitar kawasan rumah/dalam rumah dan ganti beberapa kali untuk memastikan air sentiasa bersih dan segar. Pastikan juga baldi atau kolah air anda sentiasa penuh kerana kadang-kadang kucing lebih gemar minum di dalam bekas tersebut.

Jika kucing ada duduk di luar rumah, pastikan air di letakkan di kawasan teduh/redup supaya air tidak menjadi panas akibat  terdedah kepada pancaran matahari.

Jika anda keluar rumah dalam waktu yang panjang, buka pili air dengan kadar yang kecil dan biarkan ia mengalir ke dalam baldi yang telah berisi air tadi kerana kucing juga suka minum air yang mengalir. Pertimbangkan untuk membeli air pancuran kucing (water fountain) jika kucing anda suka minum pada air yang mengalir.

Masukkan seketul ketulan ais ke dalam bekas minuman kucing anda juga turut memberi sedikit kesegaran atau anda boleh bermain-main dengan kucing anda menggunakan ketulan-ketulan ais yang kecil.
 
Bekas jenis seramik atau jenis tanah liat (clay pot) boleh memberi efek sejuk terhadap minuman. Gunakan bekas jenis ini untuk memastikan air sentiasa sejuk dan segar.

> Buka kipas dan penyaman udara atau penyaman udara

Buka penyaman udara pada suhu yang bersesuaian untuk menyejukkan suhu persekitaran rumah/bilik. Memasang pada suhu yang tinggi boleh menyebabkan kucing dan manusia mengalami kekeringan (dehydration). 

Secara tidak langsung, jubin lantai akan menjadi sejuk dan kucing anda akan rasa lebih selesa. Buka kipas syiling atau jika anda gunakan kipas berdiri pastikan angin dapat disalurkan secara menyeluruh (tidak pada satu tempat saja). 

 > Kipas Ekzos

Pemasangan kipas ekzos atau ventilation fan membantu memperbaiki peredaran udara di dalam rumah. Ia juga dapat mengeluarkan udara panas dalam rumah dan menyahkan bau busuk, haba, debu atau asap. Seterusnya dengan penggunaan penyaman udara dan kipas ia dapat membantu mengekalkan suasana yang nyaman dan bersih. 

> Humidifier/Air Cooler

Alat penyejuk ini membantu mengurangkan haba dan meningkat kelembapan ruangan.

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/tips-atasi-strok-haba-pada-si-meow.html
 
Jangan lupa untuk buka tingkap atau pintu bagi memberi peredaran udaran baik di dalam rumah. Pengudaraan yang baik dapat mengurangkan kesan haba/bahang di dalam rumah tetapi pastikan kucing anda jauh dari pancaran terik matahari.

> Sediakan Kawasan Teduh dan Sejuk

Perasan tak jika kucing anda kepanasan mereka lebih cenderung untuk duduk di tepi bilik air, di atas peti ais atau di dalam sinki. Itu juga salah satu tanda yang si comel anda perlukan kelembapan atau keadaan sejuk bagi menstabilkan suhu badan mereka. Anda boleh membuat rumah atau ruang khas untuk kucing anda di kawasan gelap dan sejuk untuk kucing anda berehat dengan selesa.

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/tips-atasi-strok-haba-pada-si-meow.html

Letakkan kotak kadbod dikawasan gelap/redup seperti di dalam almari, bawah meja atau berhampiran tempat yang sejuk. Jika cuaca terlampau panas anda boleh juga isikan botol plastik lama dengan air dan bekukan didalam peti sejuk. Alih keluar keesokan harinya, balut dengan tuala dan letakkan ia berhampiran tempat tidur kegemaran si comel anda. Kaedah sama juga boleh digunakan dengan menyejukkan tuala lembap didalam freezer atau peti sejuk, setelah itu bentangkan dalam kotak kucing anda.

Pastikan anda tidak terleka dengan sengaja mengurung kucing anda di tempat-tempat yang sempit dan tiada pengudaraan. Jika anda membawa kucing bersama di dalam kereta, pastikan penyaman udara dibuka sentiasa dan jangan tinggalkan kucing anda di dalam kereta.

Langkah awal jika kucing anda terkena strok haba :-
  1. Pindahkan kucing anda ditempat yang teduh.
  2. Selimut kucing anda dengan tuala lembap (bukan basah).
  3. Letak ice pack di bawah kepala kucing dan di celah kaki dan tangan. Pastikan kepala berada dalam keadaan sejuk kerana strok haba boleh merosakkan otak dan menyebabkan brain damage.
  4. Jangan sesekali berikan air ketika kucing di bawah sedar/pengsan.
  5. Jika kucing anda telah sedar, beri sedikit air atau titiskan air ke rongga mulut kucing anda dengan kerap. Anda juga bolehcuba untuk melembapkan gusi mereka dengan air menggunakan kain lembap.
  6. Bawa ke klinik secepat mungkin untuk rawatan lanjut.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk semua.

Source: 1 | 2 | 3
Dikuasakan oleh Blogger.