Wanita China Hampir Buta Tonton Drama Korea Tanpa Henti.
Walaupun
mengalami rasa tidak selesa pada matanya, dia tetap menghabiskan tontonan drama
maraton itu. Kelmarin, Huang bangun pagi dan berasa sakit teramat pada mata
serta loya.
Selepas membuat pemeriksaan di jabatan oftalmologi Hospital Nanjing, doktor mendapati keadaan wanita muda itu lebih teruk berbanding tekanan biasa pada mata. Huang didiagnosis dengan glaukoma akut, keadaan di mana tekanan meningkat dalam mata menyebabkan seseorang itu boleh menjadi buta.
Menurut Pusat Mata Nasional Singapura, gejala lain glaukoma akut termasuk mata merah, pening kepala dan loya. Sina News melaporkan, penglihatan Huang terjejas akibat terdedah kepada tempoh lama melihat skrin tablet pada jarak dekat. Lebih buruk lagi, dia tidak menyalakan lampu ketika menonton drama itu pada waktu malam.
Sementara
itu, penemuan terbaharu Universiti Toho mendapati, seseorang individu yang
melihat skrin komputer lebih sembilan jam sehari berisiko dua kali ganda
mendapat glaukoma berbanding individu lain.
Mereka
yang mengalami rabun jauh (miopia) juga didapati mendapat risiko meningkat
keadaan itu. - Agensi
Sumber : Berita Harian
Admin : K-drama memang berhantu. Bila dah tengok satu episod tu, kalau boleh dan-dan tu jugak nak perabih semua episod sebab nak tahu ending dia. Selagi tak habis memang tak senang duduk. Termasuklah aku yang memang addicted dengan k-drama. Lepas ni kena slow down sikit atau tengok k-drama yang selected ajer. Korang macam mana pulak ?.. :)
Leave a Comment