Jom Undi Untuk Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 Dari 1 April Hingga 27 April 2016

http://kongxie.blogspot.com/2016/04/anugerah-pilihan-online-apo-2016.html

Anugerah Pilihan Online 2016, atau secara ringkasnya APO2016 dianjurkan bersama oleh mStar Online dan Suria FM. Ia merupakan anugerah yang memberi peluang kepada orang ramai memilih pemenang. 

APO bertujuan mengiktiraf personaliti–personaliti tanah air merangkumi bidang hiburan, sukan, fesyen dan mereka yang terlibat dalam perniagaan. Tidak dilupakan mereka yang menonjol dalam profesion masing-masing. Ia juga bertujuan untuk mengetengahkan mereka yang aktif menggunakan kelebihan alam siber dan media sosial.

18 Kategori Yang Dipertandingkan :

Aktor Terbaik Pilihan Online

Aktres Terbaik Pilihan Online

Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online

Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online

Lelaki Tampan Pilihan Dnars

Wanita Anggun Pilihan Dnars

Selebriti Komedi Pilihan Online

Grup Pilihan Online

Penyampai Radio Pilihan Online

Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online

Bintang Sukan Wanita Pilihan Online

Pasukan Sukan Pilihan Online

Ikon Fesyen Pilihan Online

Ikon Niaga Muda Pilihan Online

Blog Pilihan Online

Chef Selebriti Pilihan Online

Selebriti Media Sosial Pilihan Online

           PERSONALITI TERUNGGUL APO 2016          
 

BILA?

1 April – 27 April 2016

 (Satu hari sekali undi)

30 APRIL 2016 (Malam Anugerah)

 
BAGAIMANA?
 APO2016 terbuka kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas. Ingin membuat pencalonan dan mengundi calon anda? Ingin memenangi tiket ke Malam Anugerah? Ini caranya:

(1)
Log masuk menggunakan rangkaian media sosial anda (seperti Facebook, Twitter & Google) dengan menekan ikon Log Masuk pada sebelah kanan, bahagian atas laman web ini. Anda juga boleh terus ke mana-mana ruang seperti dinyatakan pada bahagian atas.
(2)
Masukkan butir–butir ringkas anda dalam ruang yang disediakan dan tekan butang Hantar.
(3)
Anda boleh terus membuat pengundian. 
(4)
Kongsikan bersama keluarga dan rakan–rakan anda.

Bagi peminat yang ingin turut serta memeriahkan malam kemuncak APO2016 anda perlu menyertai Peraduan Calon & Undi bagi memenangi tiket bertuah. Sila klik di SINI.


 Apa lagi. Jom undi!..Sila klik di SINI

Penaja Rasmi :
 
Penaja Hadiah:

 
Dikuasakan oleh Blogger.