Gara-Gara Cemburu, Uqasha dan Hafidz Rosli Berperang?


Gara-Gara sindiran pelakon Uqasha mengenai isu tunang pelakon Hafidz Rosli yang cemburu di atas kemesraan mereka, Hafidz Rosli telah membuat kenyataan di Instagram agar tidak melibatkan tunangnya dalam isu tersebut.

Walaupun gambar yang dimuatnaik tersebut telah dipadam, ternyata Hafidz menjelaskan perkara tersebut tidak sepatutnya melibatkan tunangnya selain menyifatkan tunangnya itu memahami kerjayanya. 

Sebelum ini Hafidz Rosli mengakui bahawa tunangnya pernah meluahkan perasaan cemburu namun beliau faham kerana itu untuk tujuan kerjayanya.


 “Tunang pernah meluahkan perasaan cemburu apabila saya sering memuat naik gambar bersama Uqasha di laman sosial, begitu juga sebaliknya. Mungkin pada permulaan, tunang tidak memahami kerana apa yang kami lakukan itu sekadar mempromosikan drama yang sedang ditayangkan”

“Dalam hal ini, saya perlu bertindak pantas dengan menjelaskan secara terperinci alasan saya berbuat demikian supaya tidak timbul salah faham. Lumrah jika beliau menyimpan perasaan cemburu kerana itu bermakna dirinya menyayangi saya”

“Alhamdulillah kerana tunang saya tidak cepat melatah,” jelasnya. Bagaimanapun Hafidz enggan bercerita lanjut mengenai tunangnya itu yang kini masih lagi meneruskan pengajian di peringkat ijazah.

http://kongxie.blogspot.com/2016/04/gara-gara-jeles-uqasha-dan-hafidz-rosli.html

http://kongxie.blogspot.com/2016/04/gara-gara-jeles-uqasha-dan-hafidz-rosli.html

Menurut Uqasha di Twitter, sepatutnya perkara mengenai tunang cemburu tersebut tidak patut dihebahkan kepada media malah turut menjelaskan apa yang dilakukannya bersama Hafidz adalah sekadar lakonan. 

Walau apa pun selesaikan dengan cara baik,. Mungkin ini salah faham sahaja dan yang pastinya drama lakonan kedua pelakon ini memang mendapat perhatian sekarang ini.

Sumber : Roti Kaya
Dikuasakan oleh Blogger.