Resepi French Toast Gulung Yang Mudah Dan Sedap
Semasa berblog-walking semalam, saya terjumpa satu resepi cara nak buat French Toast Gulung yang senang dan sedap. Memang senang sangat sebab
inti pun guna Nutella atau cream cheese dan buah strawberi. Sesuai sangat untuk sarapan
pagi atau minum petang.
Anak-anak mesti suka sebab ada Nutella kan.
Kepada yang kurang suka dengan buah strawberi bolehlah ganti dengan
buah lain, begitu juga dengan serbuk kayu manis sebab sesetengah orang
kurang suka. Tak nak letak pun takpe. Plain macam tu pun ok. So tepuk
dada tanya selera!
Bahan- Bahannya :
8 keping roti putih
Cream cheese yang telah dilembutkan (optional), strawberi yang dipotong dadu
Nutella
2 biji telur
3 sudu susu
⅓ cawan gula pasir halus
1 sudu serbuk kayu manis
2 biji telur
3 sudu susu
⅓ cawan gula pasir halus
1 sudu serbuk kayu manis
Butter
Cara-caranya :
(1) Potong bahagian tepi kerak roti
(2) Gelekkan roti menggunakan rolling pin
(3) Letakkan sedikit cream cheese diikuti dengan buah strawberi (filing pertama-ikut suka kalau tak nak letak cream cheese tak payah guna cream cheese terus guna Nutella. Sila ke step 4)
(4) Letakkan sedikit Nutella diikuti dengan buah strawberi (filing kedua)
(5) Gulung roti sehingga ketat dan ulang proses sehingga habis roti.
(6) Pukul telur dan susu sehingga sebati. Sementara itu dalam
pinggan lain campurkan gula pasir halus bersama serbuk kayu manis. Panaskan pan dengan api sederhana dan masukkan butter. Celupkan gulungan roti tadi ke dalam adunan telur tadi. Pastikan celupan sempurna. Setelah itu masukkan ke dalam pan dan pastikan letak roti bahagian bawah (lipatan) ke kuali. Api jangan besar agak-agak kuning terus angkat.
(7) Setelah gulungan roti anda masak segera letakkan ke dalam pinggan campuran gula dan serbuk kayu manis tadi dan salutkan dengan sempurna.
(8) Ulang proses sehingga HABIS! dan SIAPPP!! :)
Sumber : The Girl Who Ate Everything
Leave a Comment