Tahniah. Pelakon Fathia Latiff Kini Sudah Bertudung Sepenuhnya

http://kongxie.blogspot.com/2016/04/tahniah-pelakon-fathia-latiff-kini.html

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Fathia Latiff yang telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Fathia yang sememangnya cantik kelihatan semakin berseri-seri apabila menutup aurat. Memang sedap mata memandang. Semoga Fathia diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam berhijab.

Kata Fathia.


"Saya bersyukur diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat.

Jujurnya, saya mula bertudung sebelum menjalani penggambaran sebuah drama di New York lagi. Ketika itu, hati saya tergerak untuk memulakan penghijrahan, tetapi saya harus melakukannya secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, sejak dua hari lalu, saya sudah bertudung sepenuhnya

Saya mempunyai kontrak sebagai duta dengan beberapa syarikat. Jika ada rezeki dan penampilan baharu saya diterima, insya-Allah kontrak itu akan disambung. “Jika tiada rezeki, saya percaya Tuhan akan hadirkan sesuatu yang lebih baik nanti.

Saya juga mungkin terpaksa menolak tawaran berlakon beberapa drama kerana imej baharu ini. Saya tidak kisah, namun untuk membuka tudung mungkin tidak sesekali".


 http://kongxie.blogspot.com/2016/04/tahniah-pelakon-fathia-latiff-kini.html
http://kongxie.blogspot.com/2016/04/tahniah-pelakon-fathia-latiff-kini.html
http://kongxie.blogspot.com/2016/04/tahniah-pelakon-fathia-latiff-kini.html
http://kongxie.blogspot.com/2016/04/tahniah-pelakon-fathia-latiff-kini.html

Sumber : BeautifulNara

Admin : Alhamdulillah..semoga terus istiqamah.
Dikuasakan oleh Blogger.