Luahan Awal Ashaari - "Lara masih sama seperti kanak-kanak lain".

http://kongxie.blogspot.com/2016/05/luahan-awal-ashaari-lara-masih-sama.html
Siapa sangka si comel Datin Lara Alana menang kategori Personaliti Media Sosial Popular pada ABPH 29!. Memang bertuah si comel Lara ni. Nampaknya Lara lebih popular daripada daddy dan mummynya. Walaupun daddynya, Awal terasa serba salah apabila anak kesayangannya ini tercalon di anugerah tersebut tapi itulah di namakan rezeki.

Beriku adalah luahan Awal :- 
Sebelum ini Lara pernah tercalon dalam kategori online untuk Anugerah Influence Asia 2015, tetapi saya tidak pernah mempromosikan untuknya apatah lagi meminta peminat mengundi. Ini kerana saya tak tergamak nak berbuat demikian. Instagram itu bukannya Lara, tetapi saya. Apabila perkara itu berlaku seolah-olah saya pula yang tercalon.

Apabila perkara ini sudah sampai ke tahap dia dicalonkan di acara anugerah, timbul rasa bersalah dan takut pula. Bukan apa, saya takut orang memandang serius kewujudan akaun Instagram Lara itu. Ramai ingat apa yang ditulis itu daripada Lara sehingga berlakunya pergaduhan sesama mereka di ruangan komen.

Lara dikenali kerana saya mewujudkan akaun laman sosial untuknya. Jadi tidak ada sebab untuk saya bangga atau mendabik dada. Lara masih sama seperti kanak-kanak lain.
Lihat saja pengikut Lara di Instagram, dah mencecah 1.7 juta!!. Terbaru si comel ni dah pandai berenang. Boleh tengok video di Instagramnya.

Nama Penuh : Lara Alana binti Ahmad Awaluddin
Tarikh Lahir : 22 Julai 2014

http://kongxie.blogspot.com/2016/05/luahan-awal-ashaari-lara-masih-sama.html
http://kongxie.blogspot.com/2016/05/luahan-awal-ashaari-lara-masih-sama.html
Dikuasakan oleh Blogger.