BERAKHIRNYA CINTA 'BRANGELINA' | Angelina Jolie Failkan Penceraian Ke Atas Brad Pitt


" Saya amat sedih dengan perkara ini, tetapi apa yang paling penting sekarang ialah kesejahteraan anak-anak kami "- Brad Pitt

Menurut laporan CNN, Robert Offer, penguam Jolie,  mengatakan Jolie mengemukakan perceraian tersebut pada hari Isnin (19/09) dengan menambahkan keputusan itu diambil demi 'kesihatan keluarganya'.

"Dia tidak akan mengulas pada masa ini, dan meminta bahawa keluarga mereka diberikan privasi dalam masa yang sukar ini."

Laporan mendakwa pelbagai motif punca perceraian tersebut seperti tabiat panas baran Pitt, cara mengasuh anak yang buruk, mengambil ganja dan minuman beralkohol. 

Satu laporan juga mendakwa Pitt telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pelakon Perancis, Marion Cotillard, yang berlakon bersama Brad Pitt dalam filem terbaru mereka berlatar belakangkan Perang Dunia II berjudul Allied.

Marion Cotillard dan Brad Pitt dalam filem Allied.

Sumber dari Page Six juga melaporkan Jolie memasang 'mata-mata' di lokasi filem Allied kerana ia merasakan bahawa suaminya mempunyai hubugan sulit dengan aktress tersebut. 

Namun tuduhan itu dinafikan oleh pihak Cottilard dan menegaskan bahawa dia masih berbahagia dengan pasangan hidupnya, aktor dan sutradara Perancis, Guillaume Canet.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua untuk Pitt dan ketiga untuk Jolie, yang sebelum ini telah berkahwin dengan Billy Bob Thornton dan pelakon British Jonny Lee Miller.  
 
Angelina Jolie dan Brad Pitt bertemu ketika membintangi filem Mr. & Mrs. Smith pada tahun 2003. Mereka dikatakan terlibat dalam cinta lokasi, padahal ketika itu Pitt masih berstatus suami kepada aktress Jennifer Aniston.

http://kongxie.blogspot.com/2016/09/berakhirnya-cinta-brangelina-angelina.html

Jolie juga meminta hak penjagaan ke atas enam anak mereka, iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Vivienne, dan Knox. Namun, Pitt mendapat hak untuk menemui anak-anaknya.


Sumber : Telegraph.co.uk | USWeekly | YouTube
Dikuasakan oleh Blogger.