Edelweis | Si Bunga Abadi

http://kongxie.blogspot.com/2016/09/edelweis-si-bunga-abadi.html

Edelweis ataupun mendapat jolokan nama Bunga Abadi (Immortal Flower) memang tidak asing lagi bagi para pendaki gunung. Bunga yang dikaitkan sebagai lambang cinta sejati ini mampu mekar dalam tempoh waktu yang cukup lama dan boleh bertahan sehingga 10 tahun.

Tidak hairanlah apabila ada orang yang sanggup mendaki gunung semata-mata untuk menghadiahkan bunga abadi ini untuk si kekasih. Edelweis adalah satu dari bunga pergunungan Eropah yang paling terkenal. Nama Edelweis sendiri berasal dari bahasa Jerman, Edel bererti 'suci' dan Weiss bererti 'putih'.

Terdapat 2 jenis Edelweis iaitu di Indonesia ia dari jenis Anaphalis Javanica (Edelweis Java) manakala di Eropah adalah bunga Leontopodium Alpinum. 

Menurut sejarah, bunga Edelweis pertama kali ditemui oleh Georg Carl Reinwardt pada tahun 1819 di lereng Gunung Gede. Bunga tersebut kemudiannya telah di kaji dengan lebih lanjut oleh seorang ahli botani Jerman bernama Carl Heinrich Schutz.

http://kongxie.blogspot.com/2016/09/edelweis-si-bunga-abadi.html

Edelweis eropah (Leontopodium Alpinum) dapat tumbuh mencapai ketinggian 3-20cm di kawasan pergunungan. Daun dan bunganya ditutupi oleh bulu-bulu halus berwarna putih. Setiap kuntum terdiri dari lima mahkota bunga berwarna kuning selebar 5mm dikelilingi kelopak yang membentuk bintang. Biasanya ia akan mekar di antara bulan Julai hingga September setiap tahun.

http://kongxie.blogspot.com/2016/09/edelweis-si-bunga-abadi.html 

Di pergunungan Indonesia pula, Edelweis Jawa (Anaphalis Javanica) hidup di beberapa kawasan pergunungan tinggi Nusantara. Tumbuhan ini dapat mencapai ketinggian 8 meter dan dapat memiliki batang sebesar kaki manusia walaupun umumnya tidak melebihi 1 meter
http://kongxie.blogspot.com/2016/09/edelweis-si-bunga-abadi.html

Bunga Edelweis dikenali sebagai lambang keabadian kerana bunga ini mampu hidup lama serta tidak akan berubah bentuk dan warnanya. Ia juga di anggap sebagai lambang pengorbanan si pemetiknya kerana bunga ini hanya tumbuh di puncak-puncak atau lereng-lereng gunung yang tinggi sehingga memerlukan perjuangan untuk dapat bertemu dengan bunga Edelweiss ini.

Dikuasakan oleh Blogger.