BERITA | Gara-Gara Belon Berisi Gas Meletup, 30 Orang Cedera Di Pantai Batu Buruk.

Salah seorang mangsa
KUALA TERENGGANU : 30 orang cedera termasuk kanak-kanak selepas terlibat dalam kejadian belon meletup di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu pagi tadi.

Kes berlaku jam 11:30 pagi mangsa adalah peserta Walk For The Blind dalam program Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Negeri Terengganu.Kejadian bermula setelah urusetia program membuka ikatan belon yang tersimpul untuk diberikan kepada para peserta. 

Kemudian menyalakan api bagi membuka ikatan sebelum ia melarat ke belon berisi gas dan berlaku letupan kuat.

Ia menjadi kecoh selepas peserta terkejut dan bertempiaran lari dan ada yang cedera di bahagian kepala dan badan.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan.

Kejadian itu mengulangi kes yang berlaku di Kemaman tahun lepas. Sementara itu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman , beliau belum mendapat butiran yang sahih daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa kejadian itu berlaku diluar daripada waktu perasmian.

“Saya difahamkan ada salah seorang daripada mangsa tersebut telah mengunakan pemetik api, mungkin kerana nak keluarkan belon berisi gas hidrogen itu.




“Pemetik api dengan gas memang akan meletup, mungkin itu punca belon meletop,ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Ahmad Razif memaklumkan akan melawat semua mangsa esok.

“Walaubagaimanapon saya menunggu laporan penuh dan insha Allah tengahari esok saya akan melawat mangsa berkenaan,katanya.

Mangsa yang kini dirawat di HSNZ adalah 18 orang , 3 kanak-kanak cedera parah, 15 semi kritikal dan ini termasuk 2 orang dewasa. – Terengganu Times

 http://kongxie.blogspot.com/2016/10/berita-gara-gara-belon-berisi-gas.html


Sumber : Terengganu Times
Dikuasakan oleh Blogger.