KESIHATAN | Mahu Panjang Umur? Jom Ikuti Tips Ini Oleh Dr Oz

http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html

Kesihatan adalah aset yang tidak ternilai kepada setiap individu. Setiap orang yang mengalami masalah kesihatan pastinya mencari jalan altenatif supaya dapat memperbaiki kualiti kesihatan dan gaya hidup mereka. Yang tidak mempunyai masalah kesihatan pastinya akan cuba mengekalkan kesihatan mereka dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Di bawah merupakan tips-tips oleh Dr Oz, seorang pakar bedah jantung dan professor yang popular dengan rancangan kesihatan, The Dr Oz Show. 
AMBIL VITAMIN D

http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html

Vitamin D adalah perkara yang paling penting untuk membantu anda meningkatkan jangka hayat anda kerana ia melindungi diri daripada kanser. Orang yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah sering dikaitkan dengan diabetes, penyakit lelah dan sesetengah jenis kanser. Penyelidikan baru menunjukkan bahawa vitamin D boleh membunuh sel-sel kanser manusia. Jadi ambillah 1000 IU super vitamin ini setiap hari.


BERSOSIALLAH


http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html

Dalam kesibukan, kita sering terlupa mencuri masa untuk merehatkan minda dan melepaskan diri dari bebanan tugas seharian.  Buat janji dengan diri sendiri untuk keluar seminggu sekali bertemu rakan-rakan atau ahli keluarga. Aktiviti ini mampu meningkatkan jangka hayat anda. Jadi, keluarlah bersosial mungkin bertemu rakan lama atau mengeratkan hubungan kekeluargaan.
 
SEKS UNTUK SIHAT 


http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html

Seks bukan sahaja membuat kita merasa baik, tetapi ia benar-benar boleh membuat kita hidup lebih lama. Penyelidikan baru menunjukkan bahawa melakukan hubungan seks secara tetap membantu kita nampak seperti empat hingga tujuh tahun lebih muda!. :)

KETAWA SEKURANG-KURANGNYA 20 KALI SEHARI

http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html

Ketawa secara semula jadi membuatkan kita lebih bahagia, tetapi ia juga mempunyai potensi untuk meningkatkan jangka hayat kita. Ketawa meningkatkan imuniti  dan juga membantu membakar kalori. Menonton rancangan komedi, membaca lawak jenaka dan bergurau dengan orang sekeliling pastinya membuatkan hari anda lebih ceria! Pastikan anda ketawa beberapa kali sepanjang hari untuk mengekalkan semangat dan meningkatkan jangka hayat anda. 

TIDUR 1 JAM AWAL SETIAP MALAM


http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html

Untuk setiap jam tidur yang anda hilang, risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi meningkat sebanyak 37%, dan ia juga boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau stroke sehingga 16 kali. Menambah hanya satu jam tambahan tidur boleh meningkatkan jangka hayat anda. Matikan semua gadget anda, berhenti menonton TV dan pastikan anda menetapkan masa tidur awal yang ketat.
 
MAKAN 7 BIJI KACANG WALNUT SEHARI


http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html
Omega-3 dalam kacang melindungi pembuluh darah anda. Makan hanya tujuh walnut sehari boleh membantu menjaga kesihatan jantung anda dan juga mencegah serangan jantung. Makan kacang setiap hari boleh menambah lima tahun ke dalam jangka hidup anda!
 
BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG


http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html

Apabila anda makan hingga kenyang atau terlalu penuh, metabolisme akan menjadi perlahan, pencernaan menjadi lebih sukar dan anda semakin cepat tua. Jika anda hanya mengisi 80% makanan di pinggan anda dan berhenti makan apabila anda 80% penuh, badan anda akan menggalakkan metabolisme yang melindungi sel-sel anda daripada kerosakan akibat penuaan. 

 

KURANGKAN STRESS


http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html

Tekanan boleh memberi kesan terhadap tubuh badan kita dalam pelbagai cara. Bila anda kerap rasa tertekan ia boleh membawa kepada masalah kesihatan awal dan penuaan. Setiap kali anda stress, kadar denyutan jantung anda akan meningkat dan perlu bekerja lebih keras. Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan dan kadar denyutan jantung anda, mungkin anda boleh mengambil masa untuk tidur sebentar!

Tidur adalah sangat bermanfaat kerana apabila anda tidur anda tidak akan merasa stress. Kadar degupan jantung anda dapat dineutralkan dan ketegangan yang anda hadapi dapat dikeluarkan. Mungkin anda sibuk dan tiada masa, tetapi percayalah mengambil masa untuk berhenti dan tidur sebentar setiap hari boleh meningkatkan kesihatan dan jangka hayat anda.


MENJAGA TULANG DAN OTOT YANG KUAT


http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html

Jika otot paha anda lemah, kemungkinan anda akan menjadi lebih lemah apabila semakin berusia. Jadi sudah tiba masanya untuk menguatkan otot paha supaya akan lebih cergas dan bertenaga.

Berdiri di atas satu kaki menguatkan otot paha anda. Setiap pagi, berdiri di atas hanya kaki kanan anda selama 10 saat. Kemudian beralih ke kaki kiri anda. Ulang tiga kali pada setiap kaki untuk hasil yang terbaik. Dapat mengimbangi bukan sahaja akan menguatkan paha anda, tetapi otak anda juga!
 
AMALKAN MAKANAN YANG BERWARNA UNGU

http://kongxie.blogspot.com/2016/10/mahu-panjang-umur-jom-ikut-tips-ini.html
Saraf di dalam otak anda bersambung antara satu sama lain untuk menghantar mesej dan isyarat supaya otak dapat berfungsi. Semakin meningkat usia, otak anda boleh kehilangan beberapa sambungan ini menyebabkan otak anda menjadi lebih perlahan dalam menghantar dan menerima isyarat. Secara tidak langsung ia menyebabkan anda semakin cepat tua.

Dengan memakan makanan ungu seperti anggur, blueberry, delima, terung, bit dan wain, anda boleh membantu melindungi saraf anda dan juga membentuk saraf baru untuk menterbalikkan proses penuaan di dalam otak anda. Tambahkan satu cawan makanan ungu dalam setiap hidangan untuk meningkatkan kuasa otak anda.

 
Sumber : www.doctoroz.com
Dikuasakan oleh Blogger.