Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-5 Dipilih Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15

Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia (tulisan Jawi: يڠ دڤرتوان اݢوڠ) ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu.

Pada 31 Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu. Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem kekananan dan giliran yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Syarat yang akan diambil kira ialah:


  1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
  2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
  3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
  4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
  5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
  6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Proses pemilihan ini hanya melibatkan raja-raja iaitu hanya raja-raja yang boleh bertanding dan mengundi. Ketika persidangan untuk pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri tidak akan ikut hadir. Hanya raja-raja dan Penyimpan Mohor Besar selaku setiausaha mesyuarat yang akan terlibat.

Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia pada sekeping kertas yang tidak bernombor dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Lazimnya, raja yang paling muda akan diberi tanggungjawab untuk mengira undian bersama-sama Penyimpan Mohor Besar.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaannya dalam negara atau kerana keuzuran.

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong sejak Hari Merdeka Malaysia hingga sekarang.

http://kongxie.blogspot.com/2016/10/sultan-kelantan-sultan-muhammad-ke-5.html

http://kongxie.blogspot.com/2016/10/sultan-kelantan-sultan-muhammad-ke-5.html

Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-5 dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Baginda berdua akan memulakan tugas pada 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun.
Pengganti YDP Agong telah diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja.




Sumber : Wikipedia


Dikuasakan oleh Blogger.