Bagaimana cara untuk mencuci kasut sekolah hingga putih seperti baru.


Memutihkan kasut atau baju berwarna putih adalah salah satu dari masalah utama suri-suri rumah. Kadang-kadang hampir sebotol clorox yang kita guna pun tidak dapat untuk menghilangkan kotoran-kotoran degil yang jelas ini. Dah berbagai sabun pencuci kita cuba masih tak dapat memberi kepuasan untuk memutihkan kembali kasut-kasut sekolah seperti baru. Saya pun seperti anda.

Baru-baru ini saya telah dapat cara yang betul untuk memutihkan kembali kasut sekolah anak-anak saya. Cara ini juga boleh dicuba untuk baju sekolah atau t-shirt warna putih.

Ada 2 cara sebenarnya...salah satunya ialah menggunakan SABUN MANDI.

http://kongxie.blogspot.my/2017/05/bagaimana-cara-untuk-mencuci-kasut.html
Gosok sabun mandi tu di tempat-tempat yang kotor. Kemudian sagat seketul sabun mandi dan rendam semalaman. Sental menggunakan berus sabut keesokkan harinya.

Cara keduanya ialah dengan menggunakan BAKING SODA


http://kongxie.blogspot.my/2017/05/bagaimana-cara-untuk-mencuci-kasut.html

Bahan-bahannya ialah  <--macam nak memasak pula yer ? :)

1 sudu serbuk baking soda ( saya guna jenama arms & hammer )
1/2 sudu hidrogen perokside ( beli kat farmasi )
1/2 sudu air
baldi untuk mencampurkan bahan-bahan di atas
berus gigi yang dah tak digunakan lagi
kasut sekolah yang kotor

Basuh kasut itu seperti biasa menggunakan sabun.

Campurkan serbuk baking soda, hidrogen peroksid dan air dalam baldi. Kacau sehingga pekat. Lumurkan ke atas kasut tersebut menggunakan berus gigi. Buangkan talinya dulu yer. Salutkan ke atas kasut dengan rata. 

Selepas itu lumur campuran yang ada tu pada tali kasut.

Jemurkan kasut dan tali kasut itu di bawah sinaran cahaya matahari yang terik. Selepas kasut kering, ketuk-ketukkan kasut itu sehingga bahan campuran tertanggal. Dan berus sisa-sisa campuran baking soda itu dengan berus kering.

Selamat mencuba. Kalau berjaya komen di bawah ya.



Dikuasakan oleh Blogger.