10 Cara untuk menghilangkan stress


Kebanyakkan dari kita mungkin pernah mengalami masalah stress atau tekanan. Masalah tekanan boleh terjadi kepada sesiapa saja dan di mana sahaja tidak mengira usia, jantina atau status. Ada pelbagai sebab terjadinya tekanan kepada seseorang. Pencetus stress atau tekanan adalah berbeza antara 1 individu dengan yang lain. Masalah yang besar bagi seorang individu mungkin dirasakan masalah yang kecil kepada individu yang lain. Setengah individu mampu mengatasi tekanan dengan cara mereka sendiri manakala ada sesetengah individu gagal mengawal tekanan sehingga membawa kepada gejala yang merbahaya kepada fizikal ataupun mental. Tubuh badan kita dicipta mampu untuk menandatangani masalah tekanan yang kecil tetapi tidak untuk masalah tekanan jangka panjang dan kronik.

Stress terbahagi kepada dua iaitu stress fizikal atau mental. Namun kedua-duanya jika tidak ditangani segera boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit yang berbahaya antara depresi, insomnia, kegemukan, sakit jantung, kencing manis, penyakit Alzheimer, asma, darah tinggi dan lain-lain lagi. Tekanan boleh menjejaskan semua aspek kehidupan anda, termasuk emosi, tingkah laku, keupayaan berfikir, dan kesihatan fizikal.

Kesan tekanan pada badan anda 
  • Sakit kepala 
  • Ketegangan otot atau kesakitan 
  • Sakit dada 
  • Keletihan 
  • Menjadi dingin kepada perhubungan kelamin 
  • Sakit perut 
  • Masalah tidur
Kesan tekanan pada mood anda 
  1. Kebimbangan 
  2. Kegelisahan 
  3. Kurangnya motivasi atau fokus 
  4. Rasa tegang
  5. Kemarahan 
  6. Kesedihan atau kemurungan 
  7. Rasa rendah diri
  8. Kesunyian
  9. Rasa diri tidak berguna
  10. Mengelak dari bertemu dengan orang lain 
Kesan tekanan pada tingkah laku anda
  1. Makan secara berlebihan atau makan terlalu berkurangan
  2. Menjadi Pemarah
  3. Penyalahgunaan dadah atau alkohol
  4. Menghisap rokok secara berlebihan
  5. Kurang bersosial
  6. Tiada mood untuk bersenam
Sekiranya anda rasa anda baru saja mengalami stress di bawah ada disenaraikan 10 cara yang mungkin boleh membantu anda melegakan atau mengurangkannya. Manakala jika stress sudah terlalu lama dan anda sendiri merasakan ianya telah ditahap kronik pegilah berjumpa dengan doktor untuk berbincang tentang masalah anda.


1-Sembahyang
Inilah masanya untuk kita mendekatkan diri kepada Pencipta kita. Lagipun Dia yang mencipta kita, Dia sahaja Yang Maha Tahu apa di dalam hati kita. Berwuduk, sembahyang, berzikir, membaca al-Quran dan berdoalah kepada Allah supaya memberikan ketenangan kepada jiwa kita. 

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)



2-Luangkan masa untuk diri anda sendiri.
Buat sesuatu yang boleh merehatkan minda anda. Jika anda suka berurut pergilah ke spa atau panggilah tukang urut kegemaran anda. Jika ada sukakan facial, pergilah ke beauty salon dan buat facial atau rawatan rambut dan kepala misalnya. Habiskan masa untuk diri anda sendiri, lupakan situasi yang memberikan stress kepada anda sebentar. 


3-Dating dengan kawan-kawan atau teman rapat anda.
Antara salah satu cara untuk melegakan tekanan ialah dengan meluangkan masa bersama teman-teman anda. 

4- Pewangi aroma lavender.
Kajian telah membuktikan bahawa haruman lavender sangat membantu memberi ketenangan kepada minda. Gunakan pewangi lavender untuk rumah, kereta dan bilik anda. Cara paling berkesan ialah dengan membeli pati minyak lavender dan lilin. 



Rekomendasi saya : Young Living DewDrop Diffuser 

5-Tulis apa yang anda stresskan
Tulis atau taipkan apa yang anda fikir penyebab anda tertekan. Beli 1 diari atau buku journal. Buat blog persendirian atau publishkan, terpulang kepada anda.  Tulis habis-habis dari A to Z tentang apa yang membuat ada rasa tidak puas hati atau sebagainya. Tidak mengapa jika anda menangis ketika menulis atau menaip perkara tersebut. Menangis adalah petanda baik dan sihat dan juga boleh melegakan. Sekiranya anda telah puas menulis tentang anda. Tuliskan perkara lain, jika anda rasa berminat. Manalah tahu anda mungkin ada bakat terpendam sebagai penulis.


6-Yoga
Percaya atau tidak yoga sangat membantu untuk melegakan ketenangan fizikal dan mental. Saya sendiri telah mencubanya. Cuba lakukan yoga asas atau "yoga for beginner" terlebih dahulu. Anda hanya perlu buka you tube dan taipkan yoga for beginner dan praktikkan senaman pernafasan dan pergerakkan yang mudah dahulu. Anda mungkin memerlukan yoga mat untuk tujuan itu. Anda akan teruja dengan kesannya. Sekiranya anda ingin praktikkan pergerakan yoga secara lebih jauh, saya nasihatkan anda mendaftar dengan guru yoga yang berkelayakkan. 


7-Cuba hobi baru
Ambil kelas menari samba atau zumba misalnya, mengait, menanam pokok bunga, daftar kelas boxing atau berenang, mendaki bukit, bermain video games, baca novel, bela kucing atau apa-apa binatang kesukaan anda. Apa-apa saja hobi baru yang telah lama anda idamkan. Inilah masanya untuk merealisasikannya.



8-Kurangkan atau berhenti pengambilan kaffein
Pengambilan kaffein terlalu banyak juga merupakan penyebab stress. Jauhkan kopi atau kurangkan pengambilannya buat sementara waktu. Gantikan dengan Chamomile atau teh hijau. Chamomile tea bukan sahaja boleh melegakan stress malah ianya bagus untuk masalah-masalah lain termasuklah insomnia dan mencegah kanser. 

9-Dekatkan diri dengan alam semulajadi
Keluar rumah dan dekatkan diri anda dengan alam semulajadi. Pergi ke taman atau pantai misalnya. Dekatkan diri dengan benda-benda hijau dan bunga-bungaan. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus kan berulang-ulang kali. Ianya bagus untuk membuang aura tak baik dan mengantikannya dengan aura baru yang lebih bertenaga.


10-Jauhkan dari situasi dan orang-orang yang boleh mendatangkan stress
Sekiranya selama ini anda terpaksa melakukan sesuatu yang anda tidak suka. Katakan tidak. Berani untuk berkata tidak jika ianya tidak mendatangkan kegembiraan kepada anda. Kebahagiaan dan ketenangan anda terlalu penting buat diri anda. Hargai dan lebihkan diri anda terlebih dahulu sebelum berfikir tentang orang lain. Ketenangan dan kebahagiaan anda adalah terlalu berharga. Jangan beri orang lain kuasa untuk mengambilnya dari anda. Dekatkan diri anda dengan mereka yang positif, yang pandai melawak dan boleh membuat anda ketawa. 


Akhir kata banyakkan ketawa, perbanyakkan melihat gambar-gambar lucu yang boleh membuat anda ceria, tonton video, drama atau filem komedi. Kurangkan berfikir benda-benda yang negatif. Cuba untuk relax dan tidur. Pasangkan lagu-lagu atau bacaan al-Quran yang boleh menenangkan fikiran dan jiwa dan pejamkan mata. Fikir yang positif dan sentiasa ingat bahawa : 

Allah tidak akan membebankan seseorang, melainkan sesuai dengan kemampuannya. 
( Surah Al-Baqarah, ayat 286)



Dikuasakan oleh Blogger.