Resepi Ikan Goreng Salut Tepung | Mudah dibuat, Sedap DiMakan

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/resepi-ikan-goreng-salut-tepung-mudah.html

Hari ni saya nak kongxiekan resepi ikan goreng bertepung yang mudah sangat tapi hasilnya super duper corridor.  Rasanya pulak, mak mertua lalu belakang pun tak nampak...gitulah feel dia makan ikan goreng tepung ni.

Ikan ini boleh dimakan bersama nasi panas-panas atau diratah saja kerana disediakan dengan sosnya sekali. Sos dia pulak boleh dimakan bersama kopok lekor jugak.

Resepi untuk ikan :
Ikan <--kembung ke, mabong ke ( ikut taste anda)
Tepung beras
Serbuk Kunyit
1 biji telur 
3/4 sudu teh garam halus 
Sedikit air 

Campurkan semua skali tu dan gaul rata. Kepekatan seelok2nya bila kita celup ikan sblm goreng tu, tepung tu terpalut semua badan ikan. Jgn cair sgt. Kalau cair sgt, tepung tak lekat pada ikan masa kita goreng tu

Air lada plak:
2 keping gula melaka saiz sederhana
2 sudu besar cili boh 
Sedikit cuka 
Sedikit garam 

Masak gula melaka dgn air (air agak2 tenggelam gula melaka tu).
Dah mendidih masukan semua bahan lain. 
Agak2 pekat sikit tutup api. 
Biarkan sejuk keja.

Dah boleh makannnnnn yeayyy!!

Gambor ihsan Puan Zura kawan sekampus saya dulu-dulu. Dia yang ajar dan share resepi ni. Yummy!!

Dikuasakan oleh Blogger.