UKIRAN INAI ‘DREAMCATCHER’ HARAM – MUFTI KELANTAN

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/ukiran-inai-dreamcatcher-haram-mufti.html



Wanita Islam yang gemar berhias dengan lukisan henna atau inai perlu berhati-hati memilih corak yang sesuai kerana terdapat ukiran yang melambangkan kepercayaan agama lain yang boleh merosakkan akidah seperti ‘Dreamcatcher’.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ukiran yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain, perlu dielakkan.

“Umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain, sebagai contoh, memakai rantai berbentuk salib,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Shukri berkata larangan itu diputuskan secara umum berdasarkan hukum syarak iaitu umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain. Katanya umat Islam perlu mematuhi garis panduan penggunaan inai yang dibenarkan syarak iaitu menggunakan jenis yang serap air, tidak membatalkan wuduk dan bukan daripada bahan najis.

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/ukiran-inai-dreamcatcher-haram-mufti.html

Dreamcatcher yang merupakan perhiasan kayu berbentuk lingkaran bulatan yang dihiasi jaring dan bulu-bulu burung, digunakan penduduk pribumi Amerika (American Indians) bagi melindungi seseorang daripada mengalami mimpi buruk ketika tidur.


Menurut seorang penggemar inai yang mahu dikenali sebagai Mira, 24, terkejut apabila dimaklumkan pelukis inai di sebuah pasar malam di Shah Alam, Selangor bahawa gerainya pernah dikunjungi pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan memaklumkan inai bercorak dreamcatcher adalah tidak dibenarkan.

“Mujur saya tidak terjebak untuk melukisnya pada tangan saya pada ketika itu kerana saya lihat ramai rakan yang telah berhias dengan reka bentuk tersebut,” katanya.

Sumber :  Wanista.com
Foto : Pinterest
Dikuasakan oleh Blogger.