Kalau Korang Boleh Ubah Masa Lampau Apa Yang Akan Korang Ubah?
Kalaulah boleh kembali pada masa silam, apakah yang akan korang ubah?
Mengarutlah topik ni, fantasi melampaukan? Memang betul tak ada siapa yang boleh kembali ke masa lampau tapi tak salah rasanya diskus benda macam ni supaya boleh beri pelajaran kepada orang-orang muda supaya tidak melakukan silap yang sama, supaya mereka jadi bijak memilih dan seterusnya mungkin boleh memberi inspirasi kepada mereka.
Kalau lah aku boleh ubah masa lepas ....ini yang akan aku ubah :
Berbuat baik kepada emak berkali-kali ganda dari apa aku pernah buat.
Mak aku dah arwah lama dah. Sejak aku lepas SPM. Biarpun kini dah lebih 20 tahun arwah mak tak ada, aku sentiasa menyesal kerana aku tak guna peluang masa arwah mak masih hidup dulu untuk menjaga dia, tak melawan cakap dia, cium dia banyak-banyak, peluk dia, celebrate hari jadi dia tiap-tiap tahun, ucapkan selamat hari ibu, tolong dia tanpa masam muka. Aku budak dulu, remaja suka ikut hatikan. Aku tak sedar pada masa tu yang mak dan ayah juga sekadar pinjaman dari Allah. Kalau aku boleh ubah memang aku akan buat yang terbaik untuk mak kerana kita cuma ada 1 mak aja. Mak kita yang paling ikhlas sayangkan kita dan berkorban apa saja untuk kita. Bila kita meningkat dewasa, bergaul dengan lebih ramai orang, hadapi liku-liku hidup, masa tu kita akan faham yang mak adalah teman kita yang paling rapat dan paling sayangkan kita dalam dunia ni. Jadi hargai dan sayangi mak kamu sementara korang masih berpeluang ok? Raikan hari jadi dia, call dan bertanya khabar selalu walau di mana kamu berada, jangan sesekali kecilkan hati mak dan lain lain lagi.
Kejar cita-cita
Masa aku sekolah rendah dulu, cita-cita aku nak jadi model dan pramugari. Kelakar juga bila terkenangkan masa lampau. Dulu-dulu kalau ada konsert sekolah akulah yang paling aktif jadi model catwalk, tapi bila masuk sekolah menengah aku dah sedar aku ni pendek dan aku memang tak boleh jadi model. Jadi aku bertukar kepada cita-cita kedua iaitu menjadi pramugari. Aku suka nampak pramugari MAS pakai kebaya dan kebetulan ada 2,3 orang kakak angkat yang bekerja sebagai pramugari membuat cita-cita aku untuk menjadi pramugari semakin utuh. Tetapi sayang.... lagi sekali aku nak beritahu....aku pendek sobs...Aku pernah pergi apply 2 kali untuk menjadi stewardess tapi direject sebab tinggi tak cukup. Tinggi aku cuma 5'1 :(. Mungkin bukan takdir aku, 1 inci pun mahu kira huh!!
Semasa aku di sekolah menengah aku punyai 1 hobi iaitu menulis. Aku terlalu suka menulis diari, journal, zaman tu top pulak dengan buku autograph kawan-kawan. Aku cekap menulis karangan masa tu, bila cikgu Bm kasi kerja sekolah untuk buat karangan, aku boleh siapkan karangan 350 perkataan tu sebelum cikgu selepas tu masuk dan masih dapat % yang bagus. Punya laju aku menulis. Arwah mak nampak minat aku, jadi dia belikan aku second hand typewriter. Itulah hadiah yang paling indah aku pernah dapat. Seawal tingkatan 4 aku dah mula menaip cerpen dan cerpen aku pernah disiarkan di majalah ( dengan tunjuk ajar editor majalah tu ) aku dah terlupa nama majalah tu sebab dah lama sangat.
Selepas SPM aku dapat tawaran lanjutkan pelajaran ke ITM di dalam bidang Stenographer. Masa tu cita-cita aku nak jadi penulis dan wartawan tapi untuk jadi penulis dan wartawan aku perlu ambil jurusan sebaran am yang memerlukan sijil STPM. Tapi aku tak fikir panjang lagi, budakkan masa tu, nak mudah je. Aku terima je tawaran belajar Steno di ITM. Aku fikir lebih kurang je kan boleh menaip..sama je... Tapi lain, di situ aku kena belajar shorthand yang betul-betul buat aku blur. Ibarat translate bahasa alien je aku rasa. Business Studies sangat melemahkan minda dan jiwa aku. Aku tak minat 2 subject tu dan kerana itu, aku susah nak catch up.
Semasa semester break aku kerja part time sebagai cashier di sebuah restoran. Gaji dia boleh tahan. Tiba-tiba aku rasa nak quit belajar dan bekerja aja sebab masa tu mak pun dah tak ada. Nak minta duit dekat mak tiri malu, aku fikir aku quit aja lah lagipun bukan minat aku nak jadi secretarypun. Lepas itu aku hanyut dengan life...
Zaman IT sekarang baru aku ingat balik cita-cita aku iaitu untuk menjadi penulis. Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, masa terluang memang banyak aku habiskan dengan membaca. Aku baca novel, cerpen, baca blog dan baca macam-macam sampai akhirnya aku terfikir pula seronoknya kalau aku ada bakat menulis balik. Sekarang aku dah tua, otak dah tumpul, blur sangat. Nak tulis 1 topik kadang-kadang ambil masa selama 1 hari. Itupun tatabahasanya ke laut.
Sekarang aku dah sedar apa cita-cita aku sebenarnya. Kalau boleh pulang balik ke masa lepas aku akan kejar cita-cita aku, sambung belajar dan tidak akan membiarkan life menghanyutkan aku sampai aku terlupa apa sebenarnya yang aku inginkan. Sekarang bila baca cerpen, blog, novel, poem-poem dari penulis bebas di tumblr, instagram, majalah, suratkhabar dan best seller novel di Amazon cukup membuat aku iri hati.
Ada 2 benda je yang boleh buat aku iri hati dalam dunia ni.
1-Orang yang ada mak
2-Orang yang pandai menulis
Sekarang aku masih lagi cuba sambung minat aku melalui blogging, aku tahu penulisan aku tak setanding wartawan dan penulis-penulis di luar sana tapi at least aku buat sesuatu yang aku suka. Ini passion aku dan aku akan perlahan-lahan untuk cuba perbaiki mutu penulisan dari masa ke semasa.
Sekarang aku masih lagi cuba sambung minat aku melalui blogging, aku tahu penulisan aku tak setanding wartawan dan penulis-penulis di luar sana tapi at least aku buat sesuatu yang aku suka. Ini passion aku dan aku akan perlahan-lahan untuk cuba perbaiki mutu penulisan dari masa ke semasa.
Jadi nasihat aku pada adik-adik. Kejar cita-cita tau! Kalau dah minat sesuatu kejar cita-cita tu. Jangan biar sesiapa, life atau dunia mengubah pendirian korang. Jangan ada rasa takut untuk terus mengejar apa yang korang inginkan.
Tak Hisap Rokok
Yang aku pelik, keluarga aku bukanlah keluarga perokok. Masa kecil aku sangat teruja tengok perempuan merokok. Bila tengok artis berlakon merokok...gambar perempuan merokok, bagi aku cool sangat. Aku tak tahu kenapa aku rasa perempuan yang merokok tu sexy sampaikan aku jadikan mereka idola. Akhirnya aku cuba juga merokok sebab aku nak jadi sexy macam diaorang.
Bila dah tua ni aku rasa merokok tu bukan sexy dah tapi seksa. Seksa segala. Seksa nak berhenti. Seksa sakit tekak. Seksa nak berdepan dengan masyarakat sebab kau lain dari diaorang. Seksa keluar duit dan macam-macam lagi seksa sebabkan rokok jahanam ni.
Dan yang lebih sedih lagi kau sendiri sedar yang merokok tu tak bawa apa-apa faedah pun kecuali menghabiskan duit, memberi contoh tak elok pada anak-anak, merosakkan kulit, tarik asap racun, kasi asap racun pada anak-anak.
Jadi nasihat aku pada korang semua lelaki atau perempuan, kalau ada keinginan untuk merokok, matikan aje keinginan tu awal-awal sebab sememangnya bila dah tiba 1 peringkat umur kau akan rasa menyesal sangat belajar benda yang tak ada berfaedah tu.
Belajar Bahasa Inggeris
Aku perasan mereka yang mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang tinggi selalu mempunyai konfiden yang tinggi juga dan mudah diterima ramai. Tak kiralah kemahiran bertutur atau menulis. Ini salah satu benda aku nak ubah kalau aku boleh balik ke masa lepas. Sesungguhnya lahir di Malaysia ini kalau korang mahir dalam Bahasa Inggeris adalah sangat sexy bagi aku. Banyak kelebihannya kalau korang mantap dalam bahasa Inggeris, jadi adik-adik kalau ada peluang belajar bahasa Inggeris tau?
Tak banyak travel
Ini salah satu benda yang aku kesalkan kerana semasa aku muda dulu, aku ada baaaaaaaanyak peluang untuk melancong ke luar negara tapi aku tolak kerana sebab-sebab tertentu. Kalau aku boleh ubah masa silam, aku akan timba banyak pengetahuan di negara orang. Aku mesti tak ragu-ragu nak jadi pelancong backpack ke..menetap di suatu negara lama-lama. Tinggal di hotel budget. Lagi best kalau dapat duduk hotel 5 atau 7 star tapi aku bukan lahir dari keluarga senang. Kerja petik buah di Australia ke, kerja di Uk ke sambil jalan-jalan. Ah menyesal. Aku cuma sempat kerja di Jepun dan Singapore aja. Sangat menyesal lepaskan banyak peluang.
So girls and boys masa muda ni kalau ada peluang untuk belajar atau bekerja ke luar negara. Go for it ok? Jangan takut untuk explore dunia orang. Bila dah ada anak ramai nanti dah payah nak kejar cita-cita dah. Memang impian bisa dicapai tanpa mengira usia tapi apabila dah berkahwin dan anak-anak berderetan...kau akan terikat dengan tanggungjawab. Nak ke sana dan ke sini perlu minta izin suami etc. Jadi jika ada peluang terbuka masa korang masih muda ni, jangan lepaskan.
Itu antara benda yang aku nak ubah kalau aku boleh kembali ke masa lampau. Korang pulak apa yang korang nak ubah? Jawablah kat komen. Senyap je korang ni...tak rock lah!!
Leave a Comment