Resepi Sihat : Ayam Halia Greek Style


Hari ni saya sharekan 1 lagi menu sihat yang mudah dan simple. Resepi ayam ini menggunakan halia yang rata-rata semua orang tahu memang baik untuk kesihatan. Bagi orang melayu halia ni selalu dikaitkan sebagai bahan pembuangan angin badan yang terbaik. Tetapi halia juga mempunyai banyak khasiat lain untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Antara kebaikkan halia yang lain adalah termasuk masalah perut kembung, loya-loya, sengugut, masalah penghadaman, sebagai agen melawan berbagai jenis penyakit serta banyak lagi.

Resepi ini sangat simple. Yang menjadikan ia tak begitu simple hanyalah kerana bahan-bahannya ada yang jenis kita jarang guna seperti oregano kering dan zuccini. Tapi kalau tak guna zuccini pun tak apa. Gantilah dengan apa-apa sayuran yang agak-agak sesuai. Saya cuma guna asparagus saja.

Bahan-bahannya:-
3 sudu besar Minyak Zaitun (Extra Virgin)
1 biji lemon (ambil jusnya)
1 lemon, dihiris
3 ulas bawang putih, cincang
1 sudu kecil oregano kering
500gram paha ayam garam 
Lada hitam 
200gram asparagus,
potongkan 1 zucchini, dihiris <---ada dijual di Tesco
Garam kosher tapi saya guna garam laut yang biasa je

Campurkan 2 sudu minyak zaitun, jus lemon, bawang putih, dan oregano. Pukul dengan pemukul telur (whisk) sehingga sebati kemudian letakkan paha ayam. Tutupkan  dan perapkan semalam 15 hingga 2 jam di dalam peti sejuk. Apabila tiba masa untuk memasak, panaskan ketuhar pada suhu 425F atau 220c. Panaskan kuali yang mesra oven dengan api sederhana. Tuangkan lebihan minyak tadi. Goreng ayam yang diperap. Taburkan garam dan lada hitam. Gorengkan kedua-dua bahagian ayam dan tambah garam dan lada hitam ke bahagian sebelahnya juga. Goreng sehingga warna kulit ayam keemasan (kira-kira 10 minit). Letakkan asparagus, hirisan lemon dan zuccini (kalau ada).

Pindahkan kuali ke oven dan masakkan selama 15 minit.

Kalau tak faham, tengok videonya di sini

Produk cadangan kami :-
Dikuasakan oleh Blogger.