9 Resepi Nasi goreng Yang Mudah Dan Sedap


Siapa kat sini tak suka nasi goreng? Jarang kot orang yang tak gemar dengan nasi goreng. Nasi goreng sebenarnya sama legend je dengan nasi lemak. Nasi lemak normally kita makan waktu pagi sementara nasi goreng pula sama pemes untuk breakfast dan dinner. Cara buatpun senang je. Ada pelbagai jenis nasi goreng ada di Malaysia ni tapi nasi goreng arwah nenek aku yang paling legend aku rasa. Teringin dan terkenang betul kalau bercerita pasal nasi goreng.

Orang tua ni aku tak tahulah kenapa diaorang masak yang sempoi je pun dah rasa sedap gila. Mungkin betul kata orang, air tangan kasih sayang tu yang buat sedap gamaknya. Arwah nenek aku masak nasi goreng sempoi je...sama je pulak tu tiap kali dia buat. Arwah nenek masak jenis kedekut bahan. Bawang sebijik dua je untuk seisi rumah punya makan. Tapi kalau nasi goreng...dia abaikan ikan bilis...dia letak isi ikan goreng kembung atau ikan selayang, cili boh sikit, garam kasar yang dia tumbuk guna lesung. Ada lagi kot ramuan-ramuan simple yang dia letak, aku kecil lagi masa tu tak ingat sangat dan tak tengok sangat dia masak. Tau-tau dah ready je depan muka. Pergh sedap gila, sempoi dan nyaman je rasanya. Terkenang sampai sekarang.

Kali ni kongxie nak share aneka resepi nasi goreng pula. Keep scrolling!!

RESEPI NASI GORENG CILI API

BAHAN-BAHAN:

8 cawan nasi
1 biji bawang besar-dimayang
1 tin ikan sardin-ambil isi ikan saja dan hancur kasar-kasar
Sedikit kacang buncis-boleh digunakan sayur jenis lain.
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 genggam ikan bilis
15 biji cili api kampung

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api lagi-berasap la hehe

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2) Masukkan isi ikan sardin dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan nasi serta sayur bucis dan terus kacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

RESEPI NASI GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN:

6 cawan nasi
2 cawan isi ikan goreng semalam
2 biji telur
Kicap secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis ( direndam dahulu )

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api

CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum .

2) Masukkan isi ikan goreng serta kacau sekejap kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau semua bahan menjadi rata .

3) Masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap secukup rasa dan terus kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

RESEPI NASI GORENG NENAS

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi putih( 2-3 cawan)
3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah- tumbuk halus
segenggam ikan bilis, bersihkan dan kisar halus
sedikit isi ayam jika suka
3 biji cili padi akar- ketuk
1 sudu teh sambal belacan-
sekeping bulat nenas (ikut citarasa)- dadu kecil
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 sudu teh sos tiram
sayuran ikut citarasa seperti kacang panjang, bunga kobis, jagung manis, cendawan tiram- hiris halus

Cara membuatnya:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng isi ayam seketika. Masukkan bawang, cili padi dan ikan bilis. Goreng hingga wangi.

2. Masukkan sayuran, sambal belacan, sos tiram, garam dan telur.Tambah sedikit air (1 sudu besar) Masukkan nasi dan kacau rata. Tambah garam jika belum cukup masin. Masukkan nenas dan gaul nasi hingga sebati.

3. Tutup api dan hidangkan panas-panas.

RESEPI NASI GORENG PATTAYA

Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi sejuk
1/2 cawan isi ayam dipotong kecil
3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah ditumbuk kasar
3 biji cili api diketuk
1 urat kacang panjang dihiris halus
1/2 batang karot dipotong halus
3 ekor udang harimau dibersihkan
1/4 kiub ikan bilis Knorr
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 biji telur
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak di dalam kuali. Goreng isi ayam hingga wangi dan keperangan.
2. Jangan angkat ayam, terus masukkan bawang dan cili padi. Goreng lagi hingga wangi.
3. Masukkan udang dan sayuran. Tambah 1/4 cawan air dan biar mendidih hingga sayur layu.
4. Masukkan 1/4 kiub ikan bilis, garam dan telur. Kacau sedikit. Masukkan telur,biar 1 minit baru dikacau. Masukkan nasi dan serbuk lada putih. Kacau rata nasi.
5. Rasa nasi goreng, jika belum cukup masin, tambahkan garam dan gaul lagi hingga sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
6. Jika ingin membuat nasi pattaya, gunakan kaedah sama seperti membuat telur bungkus..Formulanya, 3 biji telur untuk 2 hidangan nasi pattaya.

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN

Bahan-bahan:

2 cawan nasi putih sejuk
1/2 cawan isi ayam dipotong dadu
2 potong ikan masin tenggiri
2 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
3 tangkai cili padi diketuk (tambah kalau suka pedas)
1 tangkai cili merah dihiris serong
1 tangkai kailan dipotong 1 sm panjang (Batangnya dihiris nipis)
sedikit lobak merah dihiris halus
2 biji telur
sedikit garam jika perlu, serbuk lada putih secukupnya dan minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng ikan masin hingga separa garing. Angkat dan hancurkan. Ketepikan dulu.
2. Dalam kuali yang sama goreng isi ayam hingga kekuningan dan wangi. Masukkan bawang, cili padi dan cili merah. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan 1/4 cawan air rebusan ayam/ kulit udang. Masukkan kailan dan karot. Kacau seketika. Masukkan telur. Kacau sedikit dan terus masukkan nasi.
4. Gaul hingga sekata. Masukkan ikan masin yang telah dihancurkan tadi. Gaul dan rasa. Tambahkan serbuk lada dan garam jika perlu.
5. Kacau nasi hingga sebati dan garing. Tutup api dan sedia dinikmati.

RESEPI NASI GORENG TOMYAM

Bahan:

• 2 mangkuk nasi
• 2 biji telor
• 1/2 labu bawang besar - dihiris
• 2 ulas bawang putih-dihiris
• 1 1/2 sudu besar pes tomyam
• Sedikit kobis dan sawi-dipotong2
• 5 biji cili padi - diketuk
• 1- 2 helai daun limau purut - hiris halus
• 1 batang serai-dihiris halus
• 1 sudu besar sos ikan-ni optional
• sedikit hirisan lengkuas
• 10 ekor udang
• Minyak masak secukupnya
• Garam secukup rasa

Cara Memasak:

• Panaskan minyak di dalam kuali Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
• Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi . Goreng hingga wangi.
• Masukkan udang , pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.
• Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
• Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
• Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.

NASI GORENG TELUR MATA

Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk - diramas-ramas supaya tidak bergumpal
1 biji karot - disagat
Ayam goreng (lebihan semalam) - di cincang
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan kicap lemak masin
Sawi - dipotong 1 inci (kali ni saya tak bubuh sebab tak ada dlm stok)

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
Segenggam ikan bilis

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak dan agak kering.
2. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
3. Masukkan ayam goreng, gaul rata.
4. Masukkan sawi dan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap dan karot. Kacau rata.
6. Bila dah rata, kecilkan api dan kacau nasi goreng sekali-sekala hingga nampak bumbu dan nasi goreng mesra serta berwap asap.
7. Tutup api.
8. Hidangkan bersama telur goreng mata kerbau, hirisan timun dan sambal belacan.


RESEPI NASI GORENG UDANG BESAR KAW!!

.
Air udang fresh ni sebati dgn nasi goreng memang la mantap rasa dia!!!
.
bahan-bahan :
2 pinggan penuh nasi sejuk
10 ekor udang basah
3 ulas bawang putih (dicincang)
3-4 biji cili padi (diketuk) - / +
sedikit sayur campur
1 biji telur
garam dan lada sulah
sos ikan
kicap pekat/manis/masin secukupnya
daun bawang, bawang goreng untuk taburan
Brokoli
minyak masak
.
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing. Kemudian, masukkan cili padi. Tumis lagi.
Masukkan udang dan goreng lebih kurang 1 minit atau hingga airnya kering.
Masukkan sos ikan, kicap pekat dan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sebati.
Masukkan sayur campur secukupnya. Gaul-gaulkan.
Pecahkan telur ke dalam kuali tadi dan kacau lagi.
Kemudian masukkan nasi sejuk, kicap manis dan kicap masin. Goreng hingga masak.
Setelah masak, taburkan bawang goreng dan daun bawang.
.
SIAP!!!!

source : fb/Resepi Ummi

Yang bawah ni pula resepi untuk gambar yang di atas sekali. Vegetable fried rice. Resepi dia dalam bahasa Inggeris yang mudah.

EASY VEGETABLE FRIED RICE RECIPE

Ingredients
2 cups cooked white rice (see note above) (12 ounces; 350g)
2 tablespoons vegetable or canola oil, divided (30ml)
1 small onion, finely chopped (4 ounces; 115g)
1 medium carrot, peeled and cut into small dice (3 ounces; 85g)
2 scallions, thinly sliced (1 ounce; 30g)
2 medium cloves garlic, minced (about 2 teaspoons; 5g)
1 teaspoon soy sauce
1 teaspoon toasted sesame oil
Ground white pepper
1 large egg
4 ounces frozen peas (115g)

Directions

1. If using day-old rice, transfer to a medium bowl and break the rice up with your hands into individual grains before proceeding. Heat 1/2 tablespoon vegetable oil in a large wok over high heat until smoking. Add half of rice and cook, stirring and tossing, until the rice is pale brown, toasted, and has a lightly chewy texture, about three minutes. Transfer to a medium bowl. Repeat with another 1/2 tablespoon oil and remaining rice.

2. Return all the rice to the wok and press it up the sides, leaving a space in the middle. Add 1/2 tablespoon oil to the space. Add onion, carrot, scallions, and garlic and cook, stirring gently, until lightly softened and fragrant, about 1 minute. Toss with rice to combine. Add soy sauce and sesame oil and toss to coat. Season to taste with salt and white pepper.

3. Push rice to the side of the wok and add remaining 1/2 tablespoon oil. Break the egg into the oil and season with a little salt. Use a spatula to scramble the egg, breaking it up into small bits. Toss the egg and the rice together.

4. Add frozen peas and continue to toss and stir until peas are thawed and every grain of rice is separate. Serve immediately.


Ada macam-macam jenis nasi goreng lagi sebenarnya nanti kami kongsikan di post yang lain pula.

Selamat Mamam!!
Dikuasakan oleh Blogger.