Kisah di sebalik Kentang, Telur dan Biji Kopi. Yang mana satukah anda?

http://kongxie.blogspot.my/2017/08/kisah-di-sebalik-kentang-telur-dan-biji.html

Seorang anak gadis mengadu kepada ayahnya yang hidupnya banyak masalah, fikirannya berserabut dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Bila selesai satu masalah, masalah lain pula menyusul. Dia sudah penat berhadapan dengan masalah hidup. 

Lalu ayahnya yang juga seorang Chef telah membawa gadisnya ke dapur. Ayahnya  mengisi 3 biji pot dengan air dan menjerangnya di atas api yang kuat. Setelah air mendidih, ayahnya memasukkan kentang ke dalam pot yang pertama, telur di pot yang kedua dan biji kopi ke dalam pot yang ke tiga. Bapanya membiarkan sahaja ketiga-tiga periuk itu terus mendidih. Anaknya cuma menanti sambil memikirkan apa yang cuba dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, api di padamkan dan ayahnya mengeluarkan kentang dan telur dari pot, manakala biji kopi yang telah bertukar menjadi cair di tuangkan ke dalam cawan. 

"Kentang, telur dan kopi" jawab anaknya.

"Lihat baik-baik dan sentuh kentang itu" suruh ayahnya.

Anaknya lantas menyentuh kentang tadi yang telah menjadi lembut. Setelah itu ayahnya menyuruh menyentuh telur dan ternyata telur itu telah menjadi telur rebus.  Manakala biji kopi telah bertukar menjadi secawan air kopi yang harum. Anaknya cuma tersenyum.

"Apa maksudnya ayah?". Tanya anaknya.

Ayahnya lalu menjelaskan, kentang, telur dan biji kopi melalui dan berada dalam situasi masalah yang sama iaitu masalah air mendidih. Bagaimana mereka mendepani masalah tersebut. Ternyata mereka memberi reaksi yang berbeza antara satu sama lain.

Kentang,  kuat, keras dan tahan tetapi bila berada di dalam air yang mendidih ia menjadi lembut dan lemah.

Telur, ianya mudah pecah dan cengkerangnya nipis untuk melindungi isi dalamnya. Tapi bila di dalam air mendidih ia menjadi pejal.

Walaubagaimana, biji kopi lebih unik kerana apabila di didihkan ia bertukar melarut dan mencipta sesuatu yang baru iaitu air kopi.

"Kamu yang mana satu anakku?" tanya ayahnya. Apabila datangnya sesuatu masalah atau kesukaran bagaimana kamu mendepaninya? Adakah kamu kentang, telur atau biji kopi?

Fikirkanlah anakku...

http://kongxie.blogspot.my/2017/08/kisah-di-sebalik-kentang-telur-dan-biji.html

Moral of The Story : Masalah tetap akan datang dan pergi, ujian silih berganti. Tiada satu manusia pun di dalam dunia ini yang tidak di datangkan dengan masalah, ujian dan musibah. Bagaimana kita mendepani masalah itu yang lebih penting. Belajarlah menghadapi dan mendepaninya dengan bijak dan penuh kesabaran. Setiap masalah dan ujian pasti ada hikmahnya untuk di jadikan panduan dan pengalaman dalam meniti kehidupan. Pandanglah masalah secara positif dan minta bantuan, nasihat dan tunjuk ajar jika perlu.

Jadi..anda yang mana satu? Kentang, telur atau biji kopi? Fikirkanlah....

Semoga bermanfaat..😀
Dikuasakan oleh Blogger.