Mudahnya Cuci Mangkuk Tandas Guna Cuka dan Baking Soda. Bersih berkilat, penghapus kuman terbaik!


Tahukah anda mangkuk tandas merupakan tempat membiaknya kuman dan bakteria yang menyebabkan jangkitan penyakit. Oleh itu kebersihan mangkuk tandas memerlukan perhatian khusus kerana ia membina kotoran dan bakteria secara berterusan.Cuka dan baking soda adalah alternatif terbaik untuk menggantikan produk komersil yang menggunakan bahan kimia yang kita tidak tahu kesan sampingannya. Jadi tidak salah menggunakan alternatif ini kerana terbukti membersihkan mangkuk tandas dengan baik. Jom lihat petua yang sangat mudah ini..

Bahan-bahannya:-
Cuka
Baking Soda

Cara-caranya :-
Tuang 1 cawan cuka ke dalam mangkuk tandas.
Biarkan selama 30 minit
Basahkan berus tandas dan tuangkan baking soda ke atas berus tandas.
Apalagi sentaaalll... sentaaalll....senntaaaalll...sampai kilat!..😁😤😀


Selamat Mencuba!
Dikuasakan oleh Blogger.