Senyum dan berbalas senyuman pada waktu pagi boleh membuatkan kita menjadi ceria dan positif sepanjang hari.


Tiada yang lebih indah dari memulakan hari dengan senyuman dan melihat wajah mereka-mereka yang dikenali dan tidak dikenali melemparkan senyuman secara random kepada kita, kan?

Bukan selalu nampak senario itu, kadang kala senyuman kita tidak mendapat balasan, kadang kala jiran yang bertembung dengan kita membuat muka yang masam mencuka kerana bad mood bangun pagi.

Mari tukar mood bangun pagi kita menjadi sesuatu yang memberi manfaat dan memberi kita good vibe sepanjang hari dengan cara mudah iaitu SENYUM.

"Senyum, senyum selalu, tiada yang seindah senyumanmu."


Kadang-kadang saya terfikir kenapa ada orang susah sangat nak senyum dengan orang yang tidak dikenali. Bukan saja senyum kadang-kadang kalau bertembung tengok muka pun tak mahu. Marilah sayang, tukar sifat sombong dan mood tak tentu arah itu dengan senyum secara random kepada sesiapa saja. Ajar anak-anak kita supaya menjadi seorang yang pemurah dengan senyuman.

Saya teringat pada kisah yang pernah terjadi pada saya sendiri. Pada suatu hari tu, saya bertembung dengan seorang lelaki India. Wajah lelaki India tu terlalu brutal dan ganas. Garang betul muka dia, tataulah muka dia memang begitu atau dia sedang marahkan sesuatu. Saya rasa ragu-ragu juga untuk berjalan ke arahnya tapi saya kuatkan hati dan berjalan selamba sambil melemparkan senyuman buatnya.

Sesuatu yang ajaib berlaku apabila dia membalas senyuman saya dan senyuman itu adalah senyuman termanis yang pernah saya nampak. Percayalah senyum membawa banyak kebaikkan dari keburukan. Salah satunya adalah mengubah vibe diri kita sendiri supaya menjadi ceria, bersemangat dan lebih bertenaga sepanjang hari.


Kebaikkan senyum dalam kehidupan harian: 

Senyum boleh menghilangkan stress. 

Kajian menyatakan bahawa apabila kita tersenyum, pergerakan pada wajah kita menghantar signal kepada otak, seterusnya  melepaskan neurotransmitter yang dipanggil endorphin. Endorphin ini adalah sejenis kimia yang membuatkan kita gembira dan melegakan tekanan. Otak tidak dapat menangkap mengapa kita tersenyum tetapi menangkap dari pergerakan otot muka kita. Ini dipanggil hipotesis maklum balas muka. Semakin kita merangsang otak kita untuk melepaskan bahan kimia ini, semakin kerap kita merasa lebih bahagia dan santai.

Senyum boleh meredakan sakit 

Endorfin menjadikan kita berasa lebih bahagia dan kurang tertekan. Mereka juga bertindak sebagai pembunuh rasa sakit semula jadi badan. Bagi penghidap sakit kronik, ketawa dan tersenyum boleh membantu meredakan kesakitan. Senyum juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi buat seketika.

Senyum bagus untuk paru-paru

Tertawa dan tersenyum mengembangkan paru-paru, meregangkan otot-otot di dalam badan dan merangsang homeostasis. Proses ini menambahkan sel-sel oksigen pada paru-paru yang bermanfaat untuk tubuh badan yang lebih sihat.


Senyum menjadikan anda seorang yang menarik

Mereka yang selalu tersenyum umumnya menjadikan mereka seorang yang menarik perhatian. Mereka seperti magnet menarik orang sekeling merasa senang hati melihat mereka. Mereka membuatkan orang menjadi mudah tertarik. Keperibadian menarik berkongsi senyum ini selalunya secara tidak langsung membuatkan orang sekeliling turut mendapat manfaat dan berkongsi senyum pula dengan orang lain. Seterusnya memberi hari anda dan hari mereka menjadi positif.


Senyum boleh meredakan emosi 

Senyum juga boleh menjadi ubat mujarab dikala kita sedang dalam keadaan yang penuh emosi. Memendam emosi dengan gerakan ini juga disertai dengan bersabar. Lebih pentingnya lagi, selain boleh meredakan emosi diri sendiri, hal ini juga bisa menenangkan emosi orang lain.

Senyum adalah satu ibadah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, yang artinya :


"Kamu tidak akan mampu berbuat baik kepada semua manusia denga hartamu, maka hendaknya kebaikanmu sampai kepada mereka dengan keceriaan (pada) wajahmu" ( HR Hakim ).

"Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria" ( HR Muslim).

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah

Mengapa saya menulis tentang senyum pada hari ini? Kerana saya perhatikan ramai dari saudara sesama Islam dan jiran tetangga yang sangat kedekut dengan senyum. Malah bukan mereka saja tetapi anak-anak mereka yang sudah meningkat dewasa juga dididik supaya mahalkan senyuman. Jika sesama Islam dan sesama jiran sendiri sudah begitu, bagaimana halnya pula apabila bertemu dengan yang bukan seagama? Bukankah sebagai orang Islam kita sepatutnya memberi contoh yang baik kepada orang lain?

Saya berharap supaya kita semua melupakan masalah, tekanan kehidupan dan sifat ego dengan bertukar menjadi seorang yang mudah tersenyum. Jika memasamkan muka dapat menyelesaikan masalah, tekanan dan stress, silalah teruskan mahalkan senyuman anda dan terus bermasam muka sambil megerutkan dahi anda  tetapi bagi saya, apapun urusan kita akan menjadi mudah jika kita menyenangkan hati orang lain.


Senyuman adalah sedekah. Ianya percuma. Hanya perlu angkat muka, pandang pada wajah seseorang dan gerakkan otot muka. Mudahkan untuk dapat pahala?

Antara cara untuk hidup gembira adalah dengan mengembirakan hati orang lain. Salah satu caranya ialah dengan tersenyum kepada orang itu. Kita tidak tahu apa yang berlaku kerana tindakan semudah melemparkan senyuman.

Mungkin kerana senyuman kita itu, orang yang bermasalah dapat melupakan masalahnya sebentar, mungkin kerana senyuman itu, sakit orang itu dapat reda sebentar. Kita tidak tahu bahawa kadang-kadang tindakan kecil kita memberi impak yang besar kepada seseorang.

"Today, give a stranger one of your smiles. It might be the only sunshine he sees all day." - H. Jackson Brown Jr

Jangan remehkan soal memberi senyum. Ianya mencerminkan kebaikkan budi perkerti dan kecantikan personaliti anda sendiri. Senyuman juga memberi banyak kebaikkan kepada diri dan orang sekeliling.

Dan jangan lupa selalu tersenyum juga adalah rahsia awet muda secara semulajadi. Ianya juga dapat membuat kita menjadi glowing dan berseri. 
Dikuasakan oleh Blogger.