Lawak Kisah Toyol


 
Razak terpaksa ditugaskan keluar kota.Beliau menyewa sebuah banglo usang yang telah lama tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan anak-anak, dalam tempoh seminggu beliau akan pulang mengambil mereka untuk tinggal sekali dengan beliau di banglo tersebut.

Pada suatu malam, malam pertama, Razak terdengar riuh-rendah di dapur. Dengan beraninya beliau menjenguk dan alangkah terkejutnya beliau mendapati seekor toyol yang sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan di dapur.

Lantas, beliau membaca ayat-ayat yang pernah beliau pelajari dan dengan tiba-tiba toyol itu terketar-ketar memohon maaf padanya.

Toyol : Maafkan aku.. aku lapar.
Razak : Takper.. aku maafkan tapi dengan syarat.
Toyol : Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau asalkan aku boleh makan.
Razak : Syarat pertama, engkau jangan ganggu anak isteri aku nanti.
Toyol : Alah... kacang ajer.
Razak : Dan yang kedua..aku memang boleh bagi engkau makan yang sedap-sedap tapi engkau kena bereskan satu tugas..
Toyol : Apa tugasnya?
Razak : (Sambil memusing badannya ke belakang dan mencabut seurat bulu ketiaknya) Nah... aku nak engkau luruskan bulu ini.. selagi ianya tak lurus selagi itu engkau tak boleh makan.
Toyol : Alah... lagi kacang...

Sejak malam itu, setiap saat dan ketika si toyol berkenaan menjalankan tugas yang diberikan. Saat berganti jam berganti hari, namun bulu tersebut tak jugak lurus-lurus..puas si toyol mencuba namun gagal..Sudah hampir 6 hari si toyol tidak makan.Dia terlalu lapar. Namun memandangkan takutnya dia pada 'ayat-ayat' yang dibaca oleh Razak, beliau tetap tekun.

Pada suatu hari seperti dijanjikan, datanglah isteri dan anak-anak Razak tinggal bersama beliau. si toyol patuh pada syarat pertama.Sedikit gangguan pun dia tidak lakukan pada isteri dan anak-anak Razak.

Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat kerja. Tinggallah isteri dan anak-anak di rumah. si toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak di hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata kasar anak-anak dan isteri Razak. Hanya Razak yang mampu melihat kelibat si toyol berkenaan. Sedang asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-tiba.. gedebuk!

Isteri Razak jatuh tersungkur di hadapan si toyol, maka nampaklah si toyol itu...

Wuih banyaknya...! Alangkah terkejutnya si toyol...!

Toyol : "Mak... mati aku... banyak lagi yang nak kena lurus.. matilah...!"

Larilah si toyol lintang-pukang dan tidak datang-datang lagi ke banglo berkenaan.

Korang teka sendirilah apsal si toyol tu lari.. Hehe

Dikuasakan oleh Blogger.