10 Petua Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Dengan Mudah dan Murah
Pasti ramai di kalangan wanita mahupun lelaki yang mengalami masalah lingkaran gelap di bawah mata (dark circles). Masalah lingkaran gelap bawah mata ini terjadi adalah di sebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
➩Kurang tidur atau terlebih tidur
➩Stress dan keletihan
➩Alergi pada hidung
➩Tabiat menggaru dan menggosok akibat dari masalah kulit seperti Ekzema
➩Alergi pada produk alat solek
➩Penuaan
➩Kesan pendedahan kepada matahari
Tahukah anda masalah ini boleh di atasi dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah dan murah. Jom kita cuba petua dan tips untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.
#TIMUN
Bahan-bahannya:-
Kepingan timun segar
Cara-caranya :-
Potong timun sedikit tebal dan letakkan di dalam peti sejuk selama kira-kira 30 minit. Ambil dua keping timun dan letakkan di atas mata. Pastikan timun menutupi kawasan mata dan kulit yang terjejas. Biarkan mereka selama 10 minit, kemudian basuh mata anda dengan air sejuk. Lakukan dua kali sehari seminggu.
👉Timun mengandung antioksidan seperti vitexin, orientin, dan cucurbitacin, yang membantu merawat masalah di lingkaran gelap bawah mata.
#UNCANG TEH HIJAU
Bahan-bahanya:-
Uncang Teh Hijau
Cara-caranya:-
Rendamkan dua uncang teh hijau ke dalam air dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk di sejukkan seketika. Kemudian letakkan uncang teh hijau yang sejuk tadi di atas mata anda selama lebih kurang 15 minit. Setelah itu basuh muka anda. Lakukan petua ini sehingga anda mendapat hasil yang di inginkan.
👉Teh hijau membantu dalam mengurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata kerana ia mengandungi tanin yang bersifat astringen. Mata anda juga akan berasa lebih segar selepas mencuba petua ini. Cubalah!
#BAKING SODA
Bahan-bahannya:-
1 sudu baking soda
1 cawan air suam
Kapas muka
Cara-caranya:-
Campurkan baking soda ke dalam air dan gaul sebati. Rendam kapas muka di dalamnya dan letakkannya di atas mata selama 10-15 minit. Lakukan sekali sehari.
👉Baking soda mempunyai sifat menenangkan pada kulit dan sifat-sifat pencerah kulit. Ciri-ciri anti-radangnya juga boleh membantu memperbaiki peredaran darah di bawah mata.
#JUS LEMON
Bahan-bahannya:-
Perahan lemon
Putik kapas
Cara-caranya:-
Dengan berhati-hati sapukan jus lemon di bawah mata dengan putik kapas. Biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh. Lakukan dua kali sehari.
👉Jus lemon akan mengeringkan sedikit kulit anda. Jadi jangan lupa melembapkan kulit anda selepas melalukan petua di atas.

#SUSU
Bahan-bahannya:-
¼ mangkuk susu sejuk
Bola kapas
Cara-caranya:-
Ambil bola kapas dan celupkannya dalam susu sejuk. Letakkan bola kapas di mata anda, pastikan ia menutupi kawasan yang terjejas. Biarkan selama kira-kira 15 minit, selepas itu cuci dengan air biasa. Lakukan sekali sehari dalam masa dua minggu.

👉Susu mengandungi asid laktik yang boleh membantu melembut dan menegangkan kulit serta mengurangkan garisan halus dan kedutan pada kulit.
#OLIVE OIL/MINYAK ZAITUN
Bahan-bahannya:-
Beberapa titis virgin olive oil
Sedikit kunyit (optional)
Cara-caranya:-
Urut dengan minyak zaitun di sekeliling mata dalam gerakan bulat selama satu atau dua minit dengan jari anda. Biarkannya semalaman. Lakukan ini setiap malam sebelum tidur.
👉Minyak zaitun kaya dengan banyak sebatian yang sihat yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang. Pemakaianya membantu menjadikan kulit di bawah mata sihat. Ia juga mengandungi asid lemak sihat yang memberikan penghidratan yang baik dan khasiat yang diperlukan oleh kulit yang sensitif di bawah mata.
#KENTANG
Bahan-bahannya:-
Sebiji kentang
Bola kapas
Cara-caranya:-
Parut kentang mentah dan ambil jusnya. Rendam dua bola kapas dalam jus. Letakkan bola kapas pada lingkaran hitam, pastikan menutupi kawasan yang terjejas. Biarkan selama 10 minit. Kemudian, keluarkan dan cuci mata anda dengan air sejuk. Lakukan dua kali sehari selama dua hingga tiga minggu.
👉 Kentang mengandungi enzim, kanji dan vitamin C membantu menyuburkan kulit di sekitar mata dan membantu merawat lingkaran gelap bawah mata.

#ALOE VERA
Bahan-bahannya:-
Lendir/gel dari daun Aloe vera
Cotton pad
Cara-caranya:-
Sapukan gel aloe vera di bawah mata dan urut selama beberapa saat. Biarkan selama 10-12 minit. Bersihkan dengan pad kapas lembap. Lakukan ini sekali pada waktu siang dan sekali sebelum tidur.
👉Aloe vera bersifat melegakan kulit dan menghidratkannya. Ia mampu mengurangkan pigmentasi di bawah mata dan menyihatkan kulit sensitif di kawasan sekitarnya.

#TOMATO
Bahan-bahannya:-
1 sudu teh perahan tomato
1 sudu teh perahan lemon
Cara-caranya:-
Campurkan jus tomato dengan jus lemon dan sapukan campuran ini di kawasan yang terjejas. Biarkan selama 10 minit dan basuh dengan air sejuk. Ulang dua kali sehari dan ikuti selama kira-kira dua hingga tiga minggu.
👉Tomato mengandungi lycopene yang bermanfaat untuk kulit serta melindungi kerosakan kulit.
#MADU
Bahan-bahannya:-
Madu asli atau organik
Cara-caranya:-
Sapukan madu (sapuan nipis) di bahagian bawah mata. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas. Lakukan satu atau dua kali sehari.
👉Madu merupakan makanan yang baik untuk kulit kerana kaya antioksidan
Selamat Mencuba!!
Leave a Comment