Khas buat peminat Lee Min Ho | List-list drama dan filem lakonan lelaki terkacak Korea Lee Min Ho


Rasanya Lee Min Ho lah pelakon lelaki Korea terkacak yang paling popular dan top di Malaysia. Pastinya ramai peminat Lee Min Ho di sini. Sayapun tidak terkecuali juga. Mari berkenalan dengan lebih dekat dengan raja k-drama yang paling handsome di Korea iaitu Lee Min Ho.

Lee Min Ho lahir pada 22 jun 1987. Tingginya 6'2

Pada masa artikel ini ditulis Lee Min Ho sedang menjalani latihan ketenteraan selama 2 tahun dan akan kembali pada tahun 2019.


Kisah Cinta Lee Min Ho dan Suzy Bae



Lee Min Ho sudah berpunya. Dia sedang hangat bercinta dengan Suzy. Pada mulanya mereka berdating secara sembunyi kini mereka telah mengesahkan perhubungan mereka. Pengakuan mereka memberi kejutan kepada peminat kerana jarang idol terpopular Korea sedia untuk mengakui perhubugan cinta mereka kepada umum.

Lee Min Ho pada mulanya sangat meminati Suzy namun Suzy sering menolak pelawaan Lee Min Ho untuk berkawan. Suzy sebenarnya sangat berhati-hati untuk terlibat di dalam apa-apa skandal kerana dia seorang yang sangat menghormati keluarga dan dia tidak mahu berita skandalnya sampai ke pengetahuan keluarganya. Satu sebab yang lain adalah kerana kedudukan Suzy di dalam dunia seni menyebabkan Suzy begitu berhati-hati untuk membuat perhubungan dengan mana-mana lelaki.

Kecekalan Lee Min Ho untuk terus memikat Suzy akhirnya membuahkan hasil. Lee Min Ho cuba pelbagai cara untuk bertemu dengan Suzy secara berdepan dan jatuh cinta pada pandangan pertama. Lee Min Ho telah mendekati Suzy dengan cara yang seromantik yang boleh sehingga akhirnya Suzypun tewas dan mereka akhirnya menjadi pasangan popular yang romantik.

Lee Min Ho dikenali oleh orang sekeling yang mengenalinya sebagai seorang yang berdedikasi. Sekiranya dia inginkan sesuatu dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Itulah yang dilakukannya terhadap Suzy.

Sebelum ini dia telah berpacar dengan ramai perempuan lain tetapi Lee Min Ho tidak pernah pedulikan wanita-wanita itu. Berlainan dengan Suzy dia benar-benar menjaga dan melayan Suzy dengan baik, menurut kata sumber-sumber yang rapat dengan Lee Min Ho.

Berita percintaan Lee Min Ho dan Suzy Bae diterima baik oleh ramai peminat  Lee Min Ho. Mereka mendoakan semoga pasangan sweet ini akan terus kekal bersama.


Lee Min Ho dari pandangan ibunya

Ibu Lee Min Ho mengatakan bahawa Lee Min Ho sememangnya "beautiful" sedari kecil lagi. Matanya yang paling cantik. Mata Lee Min Ho adalah secara naturalnya besar dan dari adik beradik yang lain. Hidungnya juga tinggi. Lee Min Ho sangat rapat dengan kakaknya. 

Lee Min Ho pada waktu kecil adalah seorang yang pemalu namun mempunyai otak yang cerdik. Dia bercakap lebih cepat berbanding kanak-kanak lain. Sedari kecil lagi Lee Min Ho sangat popular di sdi kalangan gadis-gadis di sekolahnya. Pada awalnya dia ingin menjadi pemain bola namun dia tercedera menyebabkan cita-citanya untuk menjadi pemain bola terkubur. 

Semasa di sekolah Lee Min Ho terlibat dalam pergaduhan akibat dari gadis-gadis yang sentiasa ingin rapat dengan Lee Min Ho, dia menjadi mangsa cemburu pelajar lelaki lain. Kemudiannya dia masuk sukan Taewondo dan semenjak itu badannya menjadi muscular dan orang tidak lagi berani membulinya. 

Lee Min Ho sememangnya mempunyai otak yang geliga. Di sekolah prestasinya terhadap pelajaran sentiasa baik terutamanya dalam bidang maths. Dia juga gila bermain komputer games. Kelembutan ayahnya menyebabkan ibunya terpaksa menjadi tegas. Kerana jika tidak ditegah Lee Min Ho akan bermain games sehingga sehari suntuk.  Lee Min Ho juga sangat sayangkan ibu dan bapanya. Duit belanja sekolahnya akan disimpan ke dalam akaun bank dan dikeluarkan setiap hari ibu bapa untuk memberi hadiah kepada ibu bapanya.


Senarai filem lakonan Lee Min Ho 

2008 Public Enemy Returns
                Our School's E.T.
2015 Gangnam Blues ( 18sx) Jangan tonton filem ini bersama kanak-kanak
2016 Bounty Hunters ( Filem CHina dan Hongkong )

Senarai Drama Lakonan Lee Min Ho

Sebelum Boys Over Flowers, Lee Min Ho telah berlakon dalam 3,4 buah drama namum drama Boys Over FLowers yang membuatkan nama Lee Min Ho melonjak naik. 

2003 Sharp
2004 Nonstop 5
2005 Recipe of Love
2006 Secret Campus
2007 Mackerel Run
                I Am Sam
2008 Get Up

Saya tak tengok drama di atas ini, jadi saya tak boleh beri review

2009 Boys Over Flowers
2010 Personal Taste
2011 City Hunter
2012 Faith
2013 The Heirs
2016 The Legend of the Blue Sea

Review dan sinopsis drama popular lakonan Lee Min Ho 


Boys Over Flowers
Drama ini adalah drama romantik komedi yang berkisar kepada pelajar sekolah, persahabatan, keluarga dan percintaan. Kisah cinta dua darjat. Lee Min Ho memegang watak utama sebagai Jun Pyo. Drama ini berkisar kepada 4 pelajar lelaki yang paling popular dan terkaya di sekolah private di Korea Selatan. Kekayaan mereka menyebabkan mereka menjadi bongkak terutamanya Jun Pyo. Mereka sedap-sedap saja membuli pelajar lain. Kehadiran pelajar miskin ke sekolah itu kerana biasiswa ibu Jun Pyo sendiri merubah Jun Pyo menjadi lelaki yang lebih baik apabila dia jatuh hati dengan pelajar miskin itu. Masalah terjadi apabila ibu Jun Pyo mengetahui perhubungan itu dan membuat pelbagai taktik kotor untuk memisahkan mereka sehingga menyusahkan keluarga gadis miskin tersebut.

Overall drama ini sangat menarik dan comel. Lee Min Ho sangat kacak dalam drama ini. Drama ini yang menaikkan nama Lee Min Ho sehingga menjadi star besar. Maka sudah pastinya bagi mereka yang belum menonton drama ini wajib menontonnya. Lagu-lagu dalam drama ini juga sangat sedap. Konflik dan jalan ceritanya juga menarik dan tidak membosankan langsung. BEST!!!


Personal Taste
Drama ini adalah drama romantik. Lee Min Ho memegang watak utama sebagai Jin Ho. Jin-Ho adalah seorang arkitek. Di atas sebab tertentu dia terpaksa berlakon sebagai gay untuk mencari maklumat tentang sebuah rumah yang menjadi milik seorang arkitek ternama. Rumah arkitek ( art center )  itu didiami oleh anak perempuannya yang comot, clumsy tetapi innocent bernama Kae In. Kae In mempunyai masalah kewangan dan baru saja putus cinta. Dia terpaksa mencari penyewa untuk bilik di rumahnya. Berbagai kejadian berlaku yang menyebabkan Kae In menyangka Jin Ho seorang gay lantas merasa selesa untuk menyewakan bilik itu kepada Jin Ho. Jin Ho yang telah terperangkap terpaksa meneruskan lakonannya sebagai gay. Mereka akhirnya berkawan. Kae In yang mati-mati berfikir Jin Ho itu seorang gay dan tidak sukakan perempuan melayan Jin Ho seperti seorang kawan perempuan dan tanpa segan dan malu termasuk tidur bersama dan menyebabkan kesukaran kepada Jin Ho yang sememangnya lelaki sejati. Jin Ho akhirnya sedikit demi sedikit merubah Kae In menjadi wanita yang lebih sofistikated dan akhirnya jatuh cinta dengan Kae In. Masalah bermula apabila kekasih Kae In ingin kembali, Kae In mengetahui Jin Ho bukan gay dan ayah Kae In tiba-tiba muncul.

Overall drama ini sedap juga ditonton. Kalau dah Lee Min Ho yang berlakon pastilah dramanya menarikkan? 


City Hunter
Drama aksi dan romantik. Drama ini berkisar kepada dendam masa lalu yang tiada kesudahannya. Drama yang melibatkan politik dan kejahatan orang atasan. Lee min Ho membawa watak sebagai City Hunter yang bertindak menegakkan keadilan dan membalas dendam terhadap musuh yang membunuh bapanya satu persatu. City Hunter telah dididk dengan segala ilmu pertahanan diri, taktikal dan latihan ketenteraan di Burma oleh kawan rapat bapanya yang berdendam kepada Perdana Menteri Korea Selatan kerana menyebabkan kematian teman-teman sepasukan tenteranya kerana misi negara. City Hunter akhirnya menyamar sebagai pekerja pakar It di blue house ( pejabat perdana menteri ) dan berkenalan dengan Na-na yang bekerja sebagai pengawal peribadi di sana. Na-na sememangnya mempunyai kaitan di dalam hidup City Hunter. Dia telah jatuh cinta kepada gadis itu namun dendam adalah lebih penting dalam hidupnya. Bagaimana kesudahan cerita ini? Tontonlah sendiri. 

Overall drama ini sedap ditonton dan tidak boring. Boring kalau anda tidak suka cerita politik dan berat tapi tak apa. Muka handsome Lee Min Ho pasti menyelamatkan keadaan. 


Faith
Faith adalah drama yang berkisar tentang time travel. Kisah mengenai doktor pakar surgeri bernama Eun Soo yang diculik dan dibawa pulang ke zaman silam ( era Goryeo ), 700 tahun yang lalu dan jatuh cinta dengan penculiknya ( Lee Min Ho ) , Generel Choi Young, yang merupakan seorang pahlawan hebat dan juga ketua kepada bodyguard raja. Eun Soo awalnya adalah pakar bedah biasa tapi gelap mata kepada duit dan bertukar menjadi pakar pembedahan plastik. Di zaman dulu terdapat alat untuk membuka pintu perjalanan masa. Choi Young diperintah untuk mencari doktor untuk mengubati permaisuri yang tercedera. Eun Soo telah diculik dan dibawa pulang untuk mengubati permaisuri tetapi masalah timbul apabila Eun Soo telah lupa sama sekali bidang perubatan biasa dan ketiadaan alat untuk mengubati. Eun Soo akhirnya redha kerana telah terperangkap di zaman silam dan belajar ubat-ubatan herba dan purbakala dan mengabungkan teknik moden untuk mengubati permasuri. Eun Soo dan Choi Young tiba-tiba jatuh cinta tanpa di duga. 

Overall cerita ini menarik kerana lain dari kebiasaan. Peminat time travel dan sci fi dan juga peminat drama Goryeo pasti menyukai drama ini. 


The Heirs
The heirs adalah kisah cinta dua darjat. Drama ini juga berkisar tentang persekolahan, percintaan, konflik keluarga, persahabatan dan permusuhan. Gandingan lakonan Lee Min-ho, Park Shin-hye dan Kim Woo-bin sangat mantap dan menarik. Selain dari wajah mereka yang sememangnya menarik, lakonan mereka juga tidak membosankan. Drama ini mengisahkan percintaan seorang waris syarikat gergasi dan anak orang gaji. Kim Tan bertemu Eun San di Amerika. Dia terus jatuh cinta pandang pertama kepada gadis itu. Kim Tam sememangnya seorang anak yang sunyi kerana dibuang keluarga ke Amerika kerana dia adalah anak kepada perempuan simpanan. Kim Tan sangat menyayangi abangnya namun abangnya sangat membencinya. Eun San pergi ke Amerika menggunakan segala duit yang ada untuk mencari kakaknya. Sampai di sana dia kecewa apabila mendapat tahu kakaknya telah menipu ibunya. Kakaknya membawa lari duit dan meninggalkann Eun San terkapai-kapai sendirian. Kim Tan yang ternampak peristiwa itu memberi bantuan tempat tinggal kepada Eun San. Lazimnya orang-orang kaya akan mengahwinkan anak-anak mereka dengan waris kaya juga. Kim Tan juga telah dipaksa bertunang seawal usia 18 tahun. Semasa di Amerika tunangnya merasa cemburu terhadap Eun San. Kim Tan terasa sangat berat hati melepaskan Eun San pergi. Sememangnya dia telah jatuh hati. Akhirnya Eun San pulang juga ke Korea. Kim Tan juga turut pulang untuk mencari Eun San tanpa disedarinya Eun San sebenarnya tinggal serumah dengannya di bilik orang gaji. Kim Tan bertemu semula dengan musuh lamanya di Korea dan mereka akhirnya dua-dua jatuh cinta dan berebut Eun San.

Overall drama ini sedap. 1 kerana pelakon-pelakonnya. 2 lagu dalam drama juga boleh tahan. Saya telah menonton kembali drama ini sebanyak 4 kali. Kali pertama menontonnya berejam saya berendam air mata. Sedih sangat .  WAJIB TONTON.


The Legend of the Blue Sea
Drama ini adalah drama fantasi, romantik dan kelakar. Sememangnya pelakon wanita itu  Jun Ji-hyu yang melakonkan watak ikan duyung itu sangat kelakar dan bersahaja. Dia juga adalah pemegang watak wanita utama dalam drama my love from stars. Sememangnya aktress ini mempunyai aura lawak tersendiri. Memang best kalau dia berlakon. Drama ini terbahagi kepada 2 zaman iaitu zaman silam dan zaman kini. mengetengahkan kisah cinta Heo Joon-jae (Lee Min-ho), anak lelaki seorang ahli perniagaan yang kaya yang menjadi seorang lelaki kacak dan pintar selepas perceraian ibu bapanya, dan seorang putri duyung bernama Shim Cheong (Jun Ji -hyun). Berfokus pada kelahiran semula, nasib, dan takdir cinta, kisah mereka disambungkan dengan kisah yang selari dengan penjelmaan zaman Joseon mereka, ketua bandar Kim Dam-ryeong dan ikan duyung Se-hwa.

Payah nak beri sinopsis tentang drama in kerana terlalu panjang. Namun cerita ini pastinya membuat anda ketawa kelucuan kerana kerenah ikan duyungnya. Best memang best. WAJIB TONTON. 

Harapan saya supaya Lee Min Ho work out di kem tentera nanti. Seriously bagi pendapat saya itu sahaja kekurangan Lee Min Ho, semakin hari dia semakin tembam. Kalaulah dia rajin work out dan mempunyai body 6 packs pasti lebih perfect dan hot, kan?

Sekian, terima kasih kerana membaca
Dikuasakan oleh Blogger.