RESEPI BROWNIE NUTELLA FLAT COOKIE KRUP KRAP KRUP KRAP



RESEPI BROWNIE NUTELLA FLAT  COOKIE  KRUP KRAP KRUP KRAP TAK CUKUP SEBALANG 😘


Amboi panjang nama resepinya. Sebenarnya nama cookie itu inspirasi dari kata-kata empunya resepi aka tester resepi ini sendiri iaitu Puan Azlina Ina. Resepi macamni lah patut kita simpan buat koleksi, kan? Sebab tu lah Kongxie pun tanpa segan silu menyimpannya sebagai koleksi di blog ini. Jom cakap banyak tamao, kita terus usha resepinya. Ops sebelum tu kita baca lu iklan biskut ini

"die punye rangup mashaAllah sedap giler..giler pon xsedap cam ni haha. Amacam iklan cikgu korang mesti rasa nak buat kan hehehe..rasa coklat penuh dgn manis lemak coklat disulami cruncy almond perghh debaikk " ~Puan Azlina Ina ( Azlina Ina Fans )

Cara-cara buat dan resepinya

100g butter
250g coklat dark compound
( cairkan kedua-dua bahan ini )

masukkan 2 sb nutella dan biar semua cair..tgk cikgu pakai pengukus je cairkan senang xmerecik air panas kalau double boil leceh

2 bijik telur +1/2 cawan gule perang +1sk esen vanila  ( whisk kan )
Masukkan masuk campuran coklat ,butter dan nutella td panas2 eh kacau

150g tepung gandum+ 1sk baking powder + 1/2 sb tepung beras ( ayak kan )
Masukkan ke dalam campuran di atas.


ok lapik baking paper, letak sesenduk. Ambil spatula xde spatula pakai pisau, xde pisau pakai sudip semua takde pegi tido... rata kan nipis2 lagi nipis lagi bagus


tabur segala mak nenek yg korg suke..tp jgn suh nenek duk atas brownies tu hahaa korg suke kuaci tabur kuaci suke kacang2 hazelnut ke pecan ke boleh tabur je..rata2 dan lawa2 ( tak payah dibakar kacang-kacang tu, terus taburkan aje di atas brownienya )

bakar suhu 160/170 api atas bawah masa 25 mnt hingga 30 minit atau sampai nampak kekacang keperangan ( tengok ya bergantung oven masing2 oven )


Potong biskutnya sejurus selepas keluarkan dari oven. ( Masa tengah panas )
Masa panas die mmg belum cruncy so bukan suruh makan time panas2 tapi potong laju-laju masa panas. Ia untuk memudahkan kerja pemotongan dan brownie pun tak mudah pecah.

Bile sejuk amik pisau sisip bawah brownies tadi dan bolehlah disimpan dalam balang atau tupperware.


Siap dah..boleh buat jual tau!! 50 keping dalam rm25 camtu...boleh buat idea meniaga ni 
Dikuasakan oleh Blogger.