Cara memutihkan ketiak secara alami.


Tentu ada tercari-cari apakah petua atau tips untuk menghilangkan kehitaman pada ketiak anda secara alami. Bagaimana pula terjadinya proses sehingga ketiak kita jadi hitam? Kajian mengatakan mencukur bulu ketiak adalah salah satu penyebabnya. Sebab-sebab lain adalah kerana sel kulit mati yang terperap dia celah-celah bahagian yang terlipat seperti ketiak, di celah-celah peha dan sebagainya. Penggunaan deodorant atau pewangi ketiak juga boleh menjadi punca. Pewangi pada deodoran mungkin tidak sesuai untuk anda. Kegemukkan juga menjadi punca sesetengah bahagian kulit kita menjadi hitam. 

Di sini saya ingi berkongsi petua-petua atau cara mudah untuk menghilangkan kehitaman di ketiak secara natural menggunakan bahan-bahan di dapur. 

#1. UBI KENTANG
http://kongxie.blogspot.my/2017/05/bagaimana-cara-untuk-menghilangkan.html
Potong ubi kentang secara nipis dan sapukan di ketiak selama 5 hingga 10 minit sehari. Boleh juga disagat ubi kentang tersebut hingga keluar air. Sapukan air ubi kentang tersebut menggunakan kapas muka dan sapukannya di ketiak. Biarkan selama 5 hingga 10 minit dan bilas dengan air.

#2. LEMON
http://kongxie.blogspot.my/2017/05/bagaimana-cara-untuk-menghilangkan.html
Potongkan lemon dan sapukan ke ketiak anda selama beberapa minit sebelum mandi setiap hari.

#3. TIMUN

http://kongxie.blogspot.my/2017/05/bagaimana-cara-untuk-menghilangkan.html
Lakukan seperti ubi kentang di atas. Samada anda potong nipis dan sapukan atau sagat sehingga keluar air. Lakukan seperi cara ubi kentang di atas 1 atau 2 kali sehari.

Cara yang lebih efektif ialah dengan mencampurkan air timun, setitis dua air lemon dan secubit serbuk kunyit. Campurkan hingga pekat kemudian lumurkan ke ketiak anda selama 20 minit.

#4. BAKING SODA
http://kongxie.blogspot.my/2017/05/bagaimana-cara-untuk-menghilangkan.html
Campurkan sedikit serbuk baking soda dengan air. Kacau sehingga pekat. Lumurkan ke ketiak sehingga hampir kering kemudian skrub ketiak anda. Baking soda bukan saja boleh menghilangkan hitam  ianya juga  boleh menghilangkan bau ketiak.

#5. CUKA
http://kongxie.blogspot.my/2017/05/bagaimana-cara-untuk-menghilangkan.html
Campurkan cuka dengan tepung beras. Sapukan ke ketiak anda sehingga kering dan kemudian bilas.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba!


Dikuasakan oleh Blogger.