Isteri Curi Baca Handphone Suami. Bersediakah Si Isteri Menerima Kenyataan Yang Menakutkan?
Si Anita downloand apps tuk baca
whatsapp suaminya. Dia nak curi-curi check mana tahu suaminya ada perempuan lain.
Segala perbualan suami di whatsapp dapat dilihat di handphonenya. Ya, suaminya curang. Apalagi bergaduh besarlah mereka suami isteri.
Sekarang dia rasa sangat tertekan, sampai kurus kering, makan hati. Sampai
sekarang masalah diorang tak selesai. Suaminya pulak salahkan dia sebab ceroboh
privacynya. Tak hormat dan percaya suami katanya.” - Pengalaman rakan sekerja.
Seorang wanita di Bengaluru, India, Sunitha Singh, baru-baru ini menyerang suaminya
dengan pisau dapur setelah membaca mesej di telefon suaminya!
Persoalannya
di sini perlu ke kita check handphone suami kita? Sanggupkah korang
terima kebenaran bila found out something macam yang berlaku pada Anita. Cukup
kuatkah anda?
Ada para isteri kata, nak check sebab nak cari kebenaran dan
nak tengok pasangan kita jujur atau tidak sebagai langkah berjaga-jaga. Bahagia
ke korang bila suami kata isteri dia tak percaya atas kejujurannya dan suami
rasa terkongkong? Adakah dengan mengawal sebegitu akan membuat sang isteri
bahagia dan senang hati?..
Hmm..fikirkan..Mungkin ia boleh mengundang
ketidaksefahaman dan isu kepercayaan mula timbul. Menurut kajian, wanita yang suka memeriksa handphone pasangan mereka mempunyai sifat "insecurity" yang kuat dalam diri mereka. Mereka sering risau dan berasa tidak yakin dengan hubungan mereka. Perasaan ingin tahu dan syak wasangka sering ada dalam diri tambahan jika kita tahu suami kita mampu untuk berkahwin lagi.
Di samping itu juga jika di biarkan berlarutan ia akan menjadi satu ketagihan bagi si isteri. Mereka mula tak senang duduk dan sentiasa cari jalan untuk memeriksa handphone suami mereka. Jadinya mereka hidup dalam ketakutan yang direka oleh mereka sendiri. Sering melayan perasaan anxiety yang boleh merosakkan hubungan.
Di samping itu juga jika di biarkan berlarutan ia akan menjadi satu ketagihan bagi si isteri. Mereka mula tak senang duduk dan sentiasa cari jalan untuk memeriksa handphone suami mereka. Jadinya mereka hidup dalam ketakutan yang direka oleh mereka sendiri. Sering melayan perasaan anxiety yang boleh merosakkan hubungan.
Pada
pasangan kekasih pula alasan mereka supaya tak salah pilih. Lagi baik tahu dulu
sebelum kahwin…Hmm.. yang ni mungkin make sense jugalah. Terpulang kepada
penilaian masing-masing. Perlu matang dalam membuat pilihan dan keputusan.
Adakah
teknologi seperti ini akan meningkatkan penceraian atau sebagai langkah
pencegahan bak kata sesetengah para isteri? Tepuk dada tanya selera. Sebagai
pasangan suami isteri saya percaya yang anda mahu yang terbaik dan tidak mahu
sesuatu yang tidak elok berlaku pada hubungan anda.
Benar, sebagai isteri kita ada hak untuk tahu setiap apa yang suami kita buat. Tapi pada saya, saya tidak akan suka-suka periksa handphone suami melainkan jika kita terasa something yang tidak kena pada suami kita. Perkara tak elok lambat-laun
akan terbongkar jugak, lambat atau cepat aje. Lagi satu jangan lupa, instinct
sorang isteri ni kuat ye. Dia akan dapat rasa something fishy.
Nak
tahu suami kita curang? Mungkin tips di bawah boleh membantu.
#SUKA BAWAK HANDPHONE KE
MANA-MANA.
Perhatikan
jika suami anda asyik bawak handphone dia ke mana-mana. Ke tandas pun handphone
tak lepas.Tak pernah letak bebas malah jika kita mahu gunakan handphonenya pun
atas pengawasan dia. Si isteri harus alert jika keadaan ini berlaku. Pasti ada
sesuatu sampai si suami jadi begitu.
#SUKA KELUAR RUMAH DAN
MULA MENIPU.
Suami
anda dah mula kerap keluar rumah walaupun hari minggu. Macam-macam alasan mula
diberi dan masa bersama anda dan keluarga semakin berkurangan. Suami juga mula
cari alasan meeting, makan luar atas urusan kerja, overtime, kursus sampai
sanggup menipu! Bila di rumah, dia jadi tak tentu arah dan ada saja alasan nak
keluar rumah.
#TERSASUL
CAKAP
Ini
memang terjadi tau. Cakap dengan si isteri sampai terkeluar nama perempuan atau
panggilan manja yang si suami tak pernah ucap pada isteri. Contoh..baby..sayang
abang. Si isteri jangan anggap ni bahan lawak ya.
#JADI TERLEBIH LOVING/CARING
ATAU SEBALIKNYA
Suami
anda tiba-tiba jadi happy semacam, loving dan caring? Jangan cepat cair dengan
pujian-pujian dan kata-kata yang sweet dari suami anda. Itu kerana dia sedang asyik di lamun cinta dan
perasaan itu kadang-kadang boleh tertempias pada anda. Pandai-pandailah menilai
dan jangan jadi lurus sangat. Tapi ada situasi yang berlainan dimana si suami
menjadi sebaliknya. Suami dah mula marah-marah, cakap pun tak semesra dulu
hanya yang perlu saja dan leka melayan diri sendiri. Macam kita tak wujud di
dunia ini.
#PHONE
LETAK PASSWORD DAN TAK KASI KITA GUNA HANDPHONE DIA.
Bila
suami dah mula pandai letak password pada handphone dia pasti ada something
yang dia cuba sorokkan. Bila kita tanya password dia melengah-lengah dan dia
akan terus ambil handphone dan buka untuk kita.
Mungkin selepas kita sudah tahu passwordnya dia akan menukarnya atau
mula hide atau delete isi-isi dalam handphonenya.
#SUAMI PUNYA HANDPHONE
LAIN
Haa..ni
lagi bahaya. Mungkin si suami lebih bijak dengan menggunakan handphone lain.
Sama ada dia akan menyembunyikannya atau memberi alasan handphone itu di beri
syarikat atas tujuan kerja. Jangan ambil ringan ya.
#SUAMI MULA PANDAI BERGAYA
Bila
tiba-tiba suami anda yang bukan kaki bergaya, tiba-tiba dah mula tayang
badan. Baju sentiasa bergosok, rambut & janggut di trim kemas, minyak wangi
semerbak baunya dan macam-macam lagilah. Suami mula pandai memilih baju apa yang di
perlu pakai sedangkan selama ni dia tak kisah pun pakaian harian yang di pakai.
Awas..itu satu petanda!
#TAK SUKA KITA AMBIL TAHU HAL DIA
Suami mula rasa tak selesa bila si
isteri asyik tanya aktiviti seharian mereka. Suami dah tak suka angkat call dan
jawab mesej dari isteri. Menipu bila isteri tanya si suami kat mana. Tak nak
isteri tahu kat mana suami berada bila di luar rumah.
Apa
pun kita sebagai perempuan harus kembali kepada fitrah lelaki. Lelaki memang
sukakan wanita apatah lagi Islam membenarkan kaum lelaki untuk beristeri 4. Sebagai
seorang wanita bila suami kita curang, mungkin ia berpunca dari diri wanita itu
sendiri, Jadi kita muhasabah diri dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Mungkin ada rahmat di sebaliknya.
So ladies..jangan susah hati, instinct isteri
kuat tau! Kalau nak sorok pun lama-lama kita akan tahu jugak. Kalau suami kita
curang, bukan bermakna dunia ni dah berakhir. Kuatkan hati, jangan lemah
semangat, redha dan minta pertolongan Allah. Semua masalah boleh diselesaikan cuma bagaimana kita menyikapi dan handle masalah itu yang paling penting.😀.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Leave a Comment