Tips: Mudahnya Hilangkan Bintik Hitam Secara Alami
Bintik Hitam (Blackhead) atau nama perubatanya Open Comedo ialah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar"Sebaceous". Banyak penyebab terhasilnya bintik hitam antaranya hormon, kosmetik, sinar ultraviolet, genetik dan ras.
Namun begitu bintik hitam dapat diatasi dengan penggunaan bahan alami. Jom lihat cara mudah dan alami untuk menghilangkan bintik hitam.
1.Minyak Zaitun
Campurkan minyak zaitun dengan beberapa sedikit jus lemon dan sapukan ke wajah anda. Penggunaan secara kerap boleh membantu menghilangkan bintik hitam dan melembutkan kulit.
2.Kentang
Parut sebiji kentang dan gosokkan ke seluruh muka terutamanya di
kawasan hidung dan dagu selama 10 minit. Biarkan parutan itu mengering
pada wajah anda seketika kemudian basuh muka dengan air suam.
3.Tomato
Tomato bukan sahaja boleh menghilangkan bintik hitam malah ia dapat membantu mencerahkan kulit wajah. Jadikan jus tomato sebagai masker atau letakkan hirisan tomato di kawasan bintik hitam setiap malam.
4.Susu Segar
Sapu susu segar pada bahagian bintik-bintik hitam di wajah anda.Lakukan setiap malam sebelum anda masuk
tidur.
5.Skrub Gula Dan Jus Lemon
Bahan yang diperlukan :-
Gula halus
Ambik sesudu gula halus dan campurkan dengan beberapa titis perahan jus lemon segar.
Gosokkan campuran tersebut secara lembut ke seluruh wajah anda. Ia membuat kulit bersih berseri disamping menanggalkan sel kulit mati.
6.Kayu manis dan Madu
Kayu manis dan madu adalah gabungan yang sangat kuat
kerana kandungan agen anti-bakteria yang tinggi di dalam madu yang melindungi
daripada bakteria penyebab jerawat. Kayu manis boleh merangsang peredaran darah.Kulit berseri, sihat, licin, dan
bebas bintik hitam.
Bahan yang diperlukan :-
Serbuk kayu manis
Kapas muka
Campurkan madu dan serbuk kayu manis sehingga menjadi pes untuk menutup kawasan bintik hitam anda.
Sapukan campuran tadi di atas bintik hitam (sapuan tipis sahaja) dan kemudian tekan jalur kapas bersih ke atasnya. Biarkan selama 3-5 minit dan selepas itu tanggalkan dan bilas. Jangan lupa untuk membuat susulan dengan pelembap.
Bahan yang diperlukan :- .
Madu
Sedikit yogurt
Sedikit garam
Air mawar atau susu
Mangkuk atau balang kaca
Campurkan madu, yogurt, garam dan jus lemon. Menggunakan campuran tersebut, gosok kawasan yang terjejas pada kulit anda. Anda juga boleh membuat pencuci muka dengan mencampurkan air mawar atau susu dengan jus lemon. Menggunakan rawatan ini setiap hari, sehingga 10-12 hari.
Cara ini memang popular dimana putih telur digunakan untuk membentuk topeng muka. Cara ini boleh mengetatkat sementara liang wajah dan sekali gus mengurangkan peluang bintik hitam untuk kembali lagi. Putih telur juga kaya dengan nutrien untuk kulit dan ia tidak mengeringkan kulit wajah.
Bahan yang diperlukan :-
Bahan yang diperlukan :-
Tisu muka
Piring dan tuala bersih
Asingkan kuning telur daripada putihnya (ambil putihnya sahaja) dan bersihkan muka anda. Keringkan muka buat sapuan tipis keatas wajah anda menggunakan putih telur tadi.
Letakkan tisu muka ke atas putih telur (pastikan tisu menyerap putih telur dengan serata) dan setelah itu letakan tisu tersebut di wajah anda dan tekan wajah anda perlahan-lahan supaya tisu tersebut melekap dengan baik ke wajah anda. Biarkan lapisan pertama kering. Setelah itu anda boleh membuat lapisan kedua dan ketiga(pilihan). Apabila topeng telah kering, wajah akan merasa tegang. Perlahan-lahan tarik keluar tisu tersebut dan basuh muka anda dengan bersih. Keringkan wajah anda dan sapukan pelembap seperti biasa.
9.Serbuk Penaik (Baking Soda) dan Air
Penggunaan serbuk penaik juga membantu menghilangkan bintik hitam tetapi jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh mengeringkan kulit wajah.
Bahan yang diperlukan :-
Air
9.Serbuk Penaik (Baking Soda) dan Air
Penggunaan serbuk penaik juga membantu menghilangkan bintik hitam tetapi jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh mengeringkan kulit wajah.
Bahan yang diperlukan :-
Air
10.Hampas Teh
Caranya dengan merendam bekas teh semalaman kemudian keesokan harinya
gunakan air rendaman untuk membasuh muka. Biarkan hingga kering dan bilas
dengan air hangat.
Photo credit : Google Images
Photo credit : Google Images
Leave a Comment