Petua Turun Temurun Untuk Menjaga Kesihatan Dan Kecantikkan Dalaman Wanita


Cantik seseorang wanita itu bermula dari dalam. Kita selalu dengar ungkapan itu. Selalunya ianya dikaitkan dengan inner beauty atau kecantikan dalaman. Iaitu untuk mendapat wajah yang cantik dan sedap dipandang orang kita haruslah mempunyai jiwa yang cantik juga. Benda ni macam magic atau berkaitan dengan aura...kalau hati dan niat kita selalu baik, ianya akan terserlah ke wajah. No Joke!!

Tapi kali ini kita hendak berkongsi tentang kecantikan dalaman wanita yang lain pula. Percaya tak kalau saya katakan kecantikan wanita bermula dengan rahim yang sihat?  Kita semua sibuk makan jamu, jaga kecantikan kulit muka dan badan, beli produk mahal-mahal semuanya untuk 1 tujuan iaitu untuk cantik tapi kadang kala kita abaikan kesihatan dalaman.

Kadang-kadang kita cuma rajin jaga dan amalkan penjagaan dalaman ketika berpantang saja. Selepas itu kita lupakan dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan. Petua dari orang-orang tua patut kita amalkan selalu bukan semasa berpantang saja.

Berbagai penyakit boleh timbul akibat dari rahim yang tidak sihat. Antaranya, keputihan, peranakan jatuh, miss v berbau, selalu sakit perut, sakit bila bersama suami, miss v kembang :( dan sebagainya.

9 Tanda Rahim Tak Sihat

1. Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.

2. Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.

3. Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.

4. Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.


5. Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.

6. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.

7. Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.

8. Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

9. Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang. 


Petua dan tips dari kualipanas.com di bawah ini sangat baik untuk diamalkan. Caranya mudah dan bahan-bahannya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.

Petua Turun-Temurun Untuk Mendapatkan Rahim & Faraj Yang Sihat



1. Mandi herba
Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat. Daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. 

Antara daunnya adalah:
– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
– Daun kunyit

Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Mandi serum paling mudah yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak cuba dan rasakannya sendiri. Ala-ala spa tradisional gitu.

2. Bertangas
Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.

Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada faraj.

Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.

Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj yang bersifat ummphh. Segala mak nenek toksin akan keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.

Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih+manjakani. Tangas kering pula manjakani+kunyit+halia+ halba+perahan limau.


3. Rendaman faraj
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani. Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah berasap. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.

4. Meruang
Bagi saya ini kalau tak buat memang menempah masalah. Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama-lama timbullah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.

Banyak kebaikkan dari meruang ni. Nak tahu rahim jatuh atau tak meruanglah. Nak tahu faraj grip atau tak meruanglah. Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah.


5. Bertungku
Rasanya tidak lengkap kalau tidak bertungku. Bertungku bukan saja diamalkan ketika berpantang. Boleh juga bertungku di hari-hari biasa. Zaman moden ini terdapat pelbagai jenis tungku untuk memudahkan kita untuk bertungku sendiri di rumah. Sentiasa bertungku di bahagian perut dan pinggang juga sangat efektif untuk mengecilkan rahim, membuang angin, melegakan kembung perut juga melegakan sakit pinggang. Bertungku juga boleh membantu merampingkan perut. 

Dikuasakan oleh Blogger.