Pelakon utama kdrama Descendants of the sun, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo confirm akan berkahwin pada bulan oktober 2017


Pastinya ramai peminat drama Korea pernah menonton drama paling popular iaitu Descendants of the Sun. Dah pastinya ramai juga yang telah tahu yang pelakon utama lelaki dan wanita drama itu iaitu Song Joong Ki, 31 dan Song Hye Kyo, 35 akhirnya membawa watak romantik mereka dari dalam drama ke luar layar. Mereka benar-benar in love dan ingin mengakhiri percintaan mereka secepat mungkin dengan ikatan yang sah.

Sesungguhnya lelaki, apabila telah yakin bertemu dengan "the one",  wanita yang sesuai dengan jiwanya dan mencuri hatinya pasti akan berusaha sepenuh hati untuk bersama dengan wanita itu hingga ke akhirnya. Begitu juga aktor paling popular Korea Selatan ini yang tidak ragu-ragu mengakui cintanya kepada Song Hye Kyo.

Ramai yang berfikir mereka bertemu dan jatuh cinta di set pengambaran drama Descendants of the Sun, namun sebenarnya Song Joong Ki telah jatuh hati kepada Song Hye Kyo sebelum pengambaran drama itu lagi. Ramai krew-krew pengambaran pelik apabila melihat Song Joong Ki sering hadir ke pengambaran photo shot Song Hye Kyo. ( sebelum pengambaran Descendants of the sun )


Apabila telah confirm kedua-duanya tidak bertepuk sebelah tangan, mereka mengambil keputusan untuk tidak menafikan sebarang berita percintaan mereka. Pada mulanya mereka berdating secara rahsia namun akhirnya mereka pasrah dan menyerah. Mungkin kerana mereka sudah tidak tertahan lagi dengan kehangatan api asmara yang sedang membara di dalam hati mereka. Mereka lantas menjadi tidak begitu berusaha untuk menyorok perasaan masing-masing lagi, biarpun tahu mereka adalah selebriti terkenal.

Selalunya artis Korea paling takut untuk expose kisah cinta mereka, kerana takut populariti mereka jatuh dan sebagainya namun bagi pasangan ini, mereka telah nekad untuk bersatu dan mengambil sebarang risiko pada masa depan asalkan dapat bersama selamanya sebagai suami dan isteri.

Menurut teman rapat kedua-dua artis ini, pasangan ini sememangnya sangat mengambil berat dan menyayangi satu sama lain. Pengumuman percintaan dan perkahwinan mereka disambut dengan baik oleh peminat-peminat mereka. Peminat2 mendoakan semoga pasangan Song ini berbahagia hingga ke akhirnya.


Sebelum ini, Song Hye Kyo pernah bercinta dengan Hyun Bin. Percintaan Hyun Bin dan Song Hye Kyo hanya beratahan selama 2 tahun. Mereka putus pada tahun 2011 dengan alasan "terlalu sibuk" untuk bersama.

Kemudian pada tahun 2003 Song Hye Kyo bercinta dengan aktor Lee Byung Hun. Percintaan pasangan ini bertahan selama 1 tahun sahaja dengan alasan "tidak sesuai"

Song Hye Kyo antara artis wanita yang mempunyai ramai peminat di kalangan aktor lelaki termasuklah Lee Min Ho yang menamakan Song Hye Kyo sebagai contoh wanita ideal baginya.

Song Hye Kyo adalah antara artis wanita Korea yang terkaya. Dia telah membintangi banyak filem dan drama popular. Antara drama paling popularnya adalah Autumn in my heart, full house dan descendants of the sun.


Soong Joong Ki pula mengakui dia pernah jatuh cinta semasa di zaman persekolahannya. Dia ditinggalkan selepas 103 hari bercinta. Biarpun wanita yang pertama kali dicintainya itu kini telah berkahwin, Soong Joong Ki mengakui tidak pernah melupakannya. Baru-baru ini kecoh apabila gambar pasangan zaman persekolahan itu telah menjadi tular di laman web.

Selepas putus dengan wanita itu, Soong Joong Ki dikatakan tidak pernah bersama mana-mana wanita lain sehinggalah dengan Song Hye Kyo. Jelas di sini Soong Joong Ki bukanlah jenis mudah jatuh cinta dan permainkan perasaan wanita. Sekali dia jatuh cinta, maksudnya forever.


Joong Ki mengatakan bahawa keputusannya untuk berkahwin adalah natural. Dia ingin hidup bersamanya ( Hye Kyo ) seumur hidupnya.

Pasangan Song kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka yang dijadual pada 31 Oktober 2017 nanti. Semoga pasangan Song berbahagia selamanya.


Dikuasakan oleh Blogger.