5 Resepi Biskut Raya Yang Sedap, Mudah dan Simple


Di sini saya sharekan 5 Resepi Kuih Raya atau Biskut Raya yang paling mudah untuk dibuat. Maklumlah nak dibeli dapat cikit je. Kalau buat sendiri dapat banyak. Tamak gitu. Kalau nak buat biskut yang canggih-canggih sangat perlukan banyak bahan, remehkan? Bagi wanita berkerjaya balik rumah, berkejar untuk masak berbuka pula. Pagi kang kena bangun lagi masak sahur pulak. Bagi suri-suri rumah tangga pula tak payah cakaplah, kerja tak habis-habis dari petang sampai time tidur. Bulan ramadan berdouble pula sibuknya.

Resepi-resepi biskut raya yang saya pilih ni memang sesuai untuk wanita-wanita yang busy, wanita yang cik las, maksudnya yang agak pemalas macam saya :) dan yang hendak mengelak dari beli kuih raya di luar sana. Jimat duit lagi sebab biskut-biskut ini menggunakan bahan minima saja. Biskut-biskut ni pula walaupun simple, gerenti sedap. Jom tengok resepi-resepi biskutnya.

Resepi Biskut Semperit Susu  (3 bahan sahaja)


http://kongxie.blogspot.my/2017/06/5-resepi-biskut-raya-yang-sedap-mudah.html

Bahan-bahannya:
1 ketul butter
1cwn susu pekat
3 cwn stgah tepung jagung….kalau lembik tambah lagi sampai x melekat pd tgn…

Cara membuat Semperit Susu:
Pukul butter dan susu sebati, tidak perlu kembang sangat.
Masuk tepung sikit demi sedikit, bila tidak cukup tambah lagi.
Kalau tepung tidak melekat kira cantik untuk ditekan, letak pewarna.
Dah siap bakar dengan api atas bawah 170 C selama 20 minit.

Sumber : malayadaily.com <--banyak lagi resepi kuih raya di sini

Biskut Arab atau Biskut Suji (4 bahan sahaja)

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/5-resepi-biskut-raya-yang-sedap-mudah.html
 
Bahan-bahan yang diperlukan:
500 gm tepung gandum
200 gm gula kastor
250gm minyak sapi
Buah ceri – sebagai hiasan

Cara Membuatnya:
Gaulkan semua bahan.
Bentukkan ia bulat-bulat.
Letak ceri di atasnya sebagai hiasan.
Bakar selama 12 minit atau sehingga masak dengan suhu 180 darjah Celsius.
Ok, biarkan sejuk seketika dan barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber : www.wow.my

Biskut Jejari Roti Coklat (3 bahan sahaja)

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/5-resepi-biskut-raya-yang-sedap-mudah.html

Bahan-bahannya :
1 pek besar roti High 5
1 pek Nestum Original
500gm Coklat Masakan

Cara membuatnya :
1. Gunakan Gunting, potong bahagian tepi2 roti pastu potong panjang2 pastu potong dua plak, dalam sekeping roti leh jadikan 7×2= 14. 14 biji ye korang! jadi 1 pek besar roti dlm 200 biji gak la leh dapat. aku kira kosnya dalam RM15 gitu ja

2. Bakar roti : roti yang di dipotong tu aturkan atas dulang cam nak buat kuih raya tapi rapat-rapat pun boleh bukan nak melekat. tapi jangan lapis banyak-banyak plak nanti dia tak sekata lak. ( aku dah try huhu nak cepat tapi last2 ada yang tak rangup)

bakar pd suhu 120 darjah c dlm 15 minit. tp cek dulu la dh btul2 roti tu jd rangup x dulu ye! jgn smpai itam lak kang! kuning2 gitu je nanti kaler roti tu.

Ok bila dah abis semua roti dibakar leh la mula mencelup lak. First cairkan coklat masakan dengan cara double boiler iaitu masukkan coklat dalam mangkuk pastu letak dalam periuk berisi air & rebus sambil mengkacau coklat tu hingga cair.

Kemudian terus letak dalam mangkuk berisi nestum & golek golekkannya.

sumber : www.fieza.net <---log sini kalau nak tengok cara-cara buat dengan lebih detail.


Resepi Biskut Cornflakes Madu (6 bahan)


Bahan-Bahan:
5 cawan Cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
ceri atau taburan manik, untuk hiasan
paper cup, secukupnya

Cara Penyediaan:
Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

Sumber : http://iresipi.com <---banyak lagi resepi-resepi mudah dan sedap di sini

 

Resepi Popia Nestum



Bahan-bahan yang diperlukan:
1 bungkus kulit popia
3 cawan Nestum (Dikisar halus)
1 cawan Susu Tepung
1 cawan gula castor
2 sudu besar tepung gandum dicampur sedikit air (Sebagai pelekat)
Minyak masak (Untuk goreng)
 

Sumber : http://www.belajarblogs.com

Selamat mencuba!!
Dikuasakan oleh Blogger.