Resepi Sihat : Resepi Ayam Lemon Bermadu Dan Asparagus


Resepi ini adalah salah satu contoh yang makanan yang sihat sebenarnya sangat sedap kalau dibuat dengan cara dan resepi yang betul. Makanan diet tidak bermaksud skip protein 100% dan makan sayur-sayuran hijau dan salad aje. Saya mempromosikan corak permakanan yang sihat. Diet bukan untuk kurus tapi untuk sihat. Kerana sihat itu sexy.

Resepi ini mengandungi ayam sebagai sumber protein. Protein di dalam ayam mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan sangat sesuai sebagai protein untuk diet yang sihat. Ayam, kaya dengan vitamin B6, memainkan peranan penting dalam mencegah serangan jantung. Vitamin B6 membantu dengan menurunkan tahap homocysteine, salah satu komponen utama yang dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung. Selain itu, ayam juga merupakan sumber niasin yang baik yang membantu mengurangkan kolesterol, sebagai faktor risiko perkembangan penyakit jantung. Ayam menyihatkan tulang, membina otot-otot, melambatkan menopause, melegakan sengugut serta banyak lagi khasiat yang lain.

Kandungan lemon di dalam resepi ini membantu kita untuk mendapatkan sumber vitamin C. Ianya bagus untuk kulit dan sudah tentu untuk menguruskan badan. Lemon juga boleh membantu masalah penghadaman. Asparagus adalah salah satu makanan tumbuhan yang mengandungi nutrisi yang seimbang. Minyak lemak, kolesterol, dan natrium yang rendah, asparagus juga mempunyai vitamin A (juga dikenali sebagai retinol kerana ia menghasilkan pigmen di dalam retina), E (mempunyai sifat antioksida yang kuat, bermakna ia mengurangkan kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh oksigen, yang boleh merosakkan tisu manusia, Sel-sel, dan organ), dan K (yang membantu pembekuan darah anda), magnesium, zink dan selenium, serta serat, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6, besi, tembaga dan mangan.

Madu tak payah cakaplah. Baca je petikan ayat Quran di bawah ini :

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." [QS. An-Nahl : 69]

Pencipta kita sendiri yang beritahu supaya makan madu untuk menyembuhkan penyakit. Apa yang nak disangkal lagi, kan? Cuma pastikan beli yang original. Yang tiruan mengandungi perasa dan gula yang merbahaya untuk tubuh badan.

Di sini ada pilihan madu yang dikatakan asli dan halal. Pilihlah dengan bijak ok? Doa supaya Allah beri petunjuk supaya terhindar dari penipuan. Oh my gosh nak beli barang pun kena berdoa? Kena yanggg....kita hidup di zaman di mana kita pun tak pasti mana halal dan mana tidaknya, mana asli dan mana tidaknya. Coklat pun kejap halal kejap tak halal. Setengah benda kita makan dah jadi darah daging barulah Jakim nak kata tak halal. Pffftt..

Opss sorry terbebel pula. Patutlah blog ni tak popular..nak kasi kongsi resepi pun membebelnya 5 muka surat..hahaha.

Madu asli dan halal

Wow banyak betul khasiat untuk resepi yang kita nak makan malam ni :)

Tengok cara-caranya dalam bentuk video ok?


Bahan-bahannya:-
4 sudu butter (unsalted), 2 sudu madu, jus dari 1 biji lemon, dibahagikan 1/4 cawan tepung tapioka, garam dan lada hitam (pepper), 1 paun dada ayam tanpa kulit tanpa tulang dan asparagus (potongkan).

Cara buat : Tengok video di atas

Dikuasakan oleh Blogger.