Aku Curang Kerana Suami Aku Layan Aku Macam Sampah.
Aku dah berkahwin hampir 7 tahun. Tapi aku tak tahu kenapa dengan laki aku. Dia macam benci sangat dekat aku. Susah benar dia nak menyentuh aku. Nak belai-belai jauh sekali.
Hidup aku kesunyian sangat. Dahla adik beradik jauh. Tak ada tempat nak mengadu. Betul-betul tak ada kasih sayang. Yang dia tahu rumah kena perfect. Kerja rumah mesti siap. Bersepah sikit pun tak boleh. Sikit punya halpun nak melenting. Tekanan demi tekanan aku terima.
Aku hampir nak jadi gila.
Tapi aku sabar. Sampailah dia mengaku ada girlfirend lain yang jauh lebih muda dari aku. Dia kata dia tak sentuh aku sebab aku dah tua. Tak habis-habis dia mengungkit benda yang sama. Padahal usia aku belum pun masuk 30 tahun.
Dalam 7 tahun tu boleh dikira berapa kali dia memberi aku nafkah batin. Kasih sayang apatah lagi. Sejak dia mengaku ada girlfriend ni duit dapur pun dia dah tak nak kasi. Aku selalu ditinggalkan. Dia nak bercakap dengan aku pun susah. Aku kecewa, sedih dan stress sangat masa tu.
Suatu hari semasa aku pergi conference di Penang aku terjumpa ex-boyfriend aku masa sekolah menengah dulu. Sepanjang 3 hari conference aku banyak luahkan rasa hati aku dekat dia. Dia sangat mengambil berat dan menjadi pendengar yang baik.
Semasa hari terakhir aku di Penang, dia ajak aku ke biliknya. Aku tolak sebab takut terjadi benda yang bukan-bukan. Biarlah laki aku seksa aku, aku tetap perlu setia dengan dia. Aku tak mahu jadi isteri yang jahat. Tapi bila dia kata dia nak pergi bilik dia sekejap sebab nak solat aku ikut ajer.
Tapi bila sampai di bilik lain yang jadi. Dia tiba-tiba peluk aku dan gomol aku sepuas-puasnya. Aku tergamam tapi tidak pulak menolak kerana dah lama aku dambakan belaian dan sentuhan lelaki. Bayangkan laki aku nak sentuh aku setahun sekali pun susah. Sentuhan gentle A membuat aku terleka dan menyerah. Akhirnya aku terlanjur juga...
Aku rasa bersalah sangat. Aku rasa diri aku kotor sebab telah curang kepada laki aku tapi dalam masa yang sama aku puas hati sebab dapat balas dendam terhadap laki aku. Apabila teringat cara dia layan aku, semakin kuat hati aku meronta untuk mencari lelaki lain untuk menyetubuhi aku.
Aku teruskan aktiviti aku berlibur dengan lelaki lain. Aku jatuh ke pangkuan bermacam jenis lelaki.
Aku tidak lagi rasa stress atau tertekan. Aku tidak perlu lagi berendam air mata menunggu dia pulang untuk menyentuh aku. Aku tidak pernah bercadang meminta dia menceraikan aku. Aku hendak dia terus veristerikan perempuan yang curang. Tiada lagi isteri yang suci dan baik untukmu. Aku mahu kau rasa sakitnya dicurangi.
Bahagia? Sudah tentu tidak? Puas ? Iya. Padan mukamu suamiku.
Cerita ini dikongxie oleh insan yang hanya mahu dikenali sebagai Manjalara
Leave a Comment