Resepi Nasi Ayam Penyet Bakar Dan Sambal Penyet Pedas Berapi



Resepi Sambal Penyet Pedas Berapi

200gm cili api merah* ( boleh kurangkan cili api , dan lebihkan cili merah kalau tak suka pedas sgt)
3 biji cili merah *
2 biji tomato -dibelah2 kecil*
5 ulas bawang putih*
3/4 sudu besar belacan*
1/3 cawan ikan bilis yg dah siap goreng( dibuang perut & kepala terlebih dahulu)
Garam
Gula
Perasa
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

- Panas kan sedikit minyak dalam kuali.. Goreng semua bahan2 bertanda sekali arung (*)

- Kemudian bila dah 80% layu semuanya angkat dan satu kan dengan ikan bilis goreng & lenyekkan @ tumbukkan dalam lesung.. (Saya guna lesung indon..teknik tenyeh2kan..)

- Bila dah 80% hancur tumis seketika dgn menggunakan kuali & minyak yg sama..

- Kacau2, perasakan dgn garam, gula & aji.. Lepas 5 minit tutup api dan angkat..siap..

Selepas itu boleh laa kita teruskan dgn penyediaan ayam pula..

Resepi Ayam bakar kicap

Bahan2:
1 Ayam, dipotong 4 keping
1 sudu teh air Asam jawa
1 sudu teh garam
6 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh gula

Bahan2 kisar:
3 biji cili api
7 biji bawang merah
4 Ulas bawang putih
1 sudu teh lada putih
3 buah keras panggang
½ teh sudu garam
1 sudu besar marjerin


Cara2:

Campurkan ayam dengan air asam dan garam, dan ketepikan..

Panaskan marjerin dalam periuk..Tumiskan bahan2 sehingga pecah minyak..

Masukkan ayam, tuangkan air 650 ml, tambahkan sedikit kicap, gula dan garam..

Masak dengan api yang perlahan sehingga ayam lembut, dan sos hampir kering..

Keluarkan ayam, dan ketepikan sos untuk memanggang nanti..

Panggang ayam dalam ketuhar 180 darjah celcius..lebih kurang 40minit..

Keluarkan ayam sekali sekala dan sapu baki sos tadi.. kemudian dibakar sehingga ayam masak dgn lembut dan berkaramel...


Hidangkannya dengan nasi panas, ulam2, tempe goreng, terung berlada dan sambal penyet..

Resepi Terung Bakar Lada Hitam & Sambal Asam

Bahan2:

Terung Bakar


1 biji terung panjang
Secubit garam halus
Sedikit serbuk kasar lada hitam
1/2 sudu besar 0live oil/minyak masak

Sambal Air Asam


2 biji cili merah- tumbuk
5 biji cili api + 1 ulas kecil bawang putih - tumbuk
1/2 biji buah tomato -dadu kecil
1 biji bawang besar- dadu kecil
1 sudu kecil belacan
air asam pekat
garam & gula
Aji - optional


Cara2:

Mula2 kita cuci terung dan potong ikut citarasa masing2..

- Kemudian dengan pantas gaulkan terung bersama garam, lada hitam dan juga minyak zaitun... Perapkan seketika..

- Terung tidak boleh biarkan lama selepas dipotong tau kerana ia akan menjadi kehitaman/lebam seperti kentang..

- Setelah diperamkan dalam 5minit lebih kurang, panaskan kuali grill atau non-stick dan bakar terung diatas api perlahan sehingga masak...Setelah masak angkat dan ketepikan seketika sementara kita siapkan sambal asam...

- Kemudian, dalam kuali yang sama, masukkan sedikit shj minyak, biarkan hingga minyak panas dan tumis belacan hingga garing.. Kacau2 ye supaya belacan hancur.. Kemudian masukkan bawang besar dipotong dadu, tomato, cili merah yang ditumbuk dan juga cili api yg ditumbuk.. Kacau hingga pecah minyak..

- Selepas itu masukkan air asam dan perisakan dengan sedikit garam dan gula juga perasa jika suka.. . Biarkan mendidih dan tutupkan api..

- Sambal asam ini boleh dituangkan diatas terung yang telah dibakar ataupun dicecah ketika hendak makan bersama nasi...nak gaul terus pun boleh selepas sambal asam masak..

sumber : fb/adnilsam apat
Dikuasakan oleh Blogger.