Sadis dan Tragis | 9 Kes Isteri Potong Kemaluan Suami dan Punca-punca mereka bertindak sedemikian
Wahai lelaki...jangan main-main dengan perempuan zaman sekarang. Hati-hati bila kau rasa nak buli, main kayu tiga atau abaikan kebajikan diaorang. Ya memang perempuan selalunya dikaitkan sebagai insan yang lemah tetapi selembut-lembut wanita ada masanya dia fed up dan give up, bila time tu datang dia akan nekad berbuat apa saja. Kesabaran seseorang ada limitnya.
Kita hidup di zaman moden di mana kes stress, depresi dan sakit jiwa pun meningkat seiring dengan kemajuan teknologi. Taraf hidup yang tinggi, perjuangan untuk membela nasib keluarga membuat wanita-wanita kini lebih brutal berbanding dari zaman dulu-dulu.
Jadi bila kau dah beristeri, jadilah suami yang bertanggung jawab. Kalau kau nak berbini lagi, pastikan keperluan untuk keluarga mampu kau penuhi tiap bulan. Pastikan juga isteri kau beri keizinan. Jangan lupa nafkah zahir dan batinnya. Berkasih sayanglah dengan isterimu. Jangan kau dera mental dan emosinya. Berlaku adil terhadap isterimu. Ingat life dah cukup susah, untuk kau susahkan lagi dengan masalah baru. Sentiasa lebihkan sesuatu yang real di depan mata, usah kau kejar fantasi yang tentu lagi. Kerana sedap sekejap kesannya buruknya seumur hidup.
Ada perempuan yang memang baik hati dan lemah lembut, rela kau perlakukan apa saja. Ada wanita jenis redha....ada wanita yang lemah mula-mula kemudian bangkit menjadi kuat dan berani dan ada juga jenis wanita yang kau tak boleh buat main. Ingat...jangan menyesal sebelum terlambat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak hilang punai buruk padahnya.
Mari baca himpunan cerita kes-kes wanita yang tegar memotong kemaluan suaminya sendiri dan atas alasan mengapa mereka melakukannya.
Kisah isteri potong kemaluan suami 1 - Potong kemaluan suami dan flush kemaluan suaminya ke dalam toilet.
Yeoseu, Korea SelatanSeorang isteri bertindak memotong kemaluan suaminya ketika suaminya tidur dan membuang kemaluan suaminya ke dalam toilet sebelum menjirusnya tenggelam ke dalam lubang jamban.
Wanita itu mengatakan dia memotong kemaluan suaminya yang berusia 50 tahun itu kerana suaminya asyik membuang masa bermain golf.
Wanita itu memotong kemaluan suaminya semasa suaminya tidur menggunakan pisau dapur.
Wanita berusia 54 tahun yang dikenal sebagai Mrs Kim itu mengaku bahawa suaminya sering tidak mengendahkannya dan selalu berlaku kasar. Suaminya juga sering bermain golf dan tidak memberi belanja nafkah.
Jiran-jiran menemui suaminya di lantai berlumuran darah apabila terdengar suara suaminya menjerit kesakitan.
Polis tidak menolak kemungkinan suami wanita itu curang namun tiada bukti untuk mengesahkannya.
Suami itu dilaporkan stabil dan dirawat di hospital namun dia telah hilang senjatanya.
Kisah Isteri potong kemaluan suami 2 - Potong kemaluan suami kerana suaminya kaki perempuan
ILOILO CITY - FILIPINADek kerana tidak tahan dengan sikap suami kaki perempuan, seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya dengan gunting.
Mark Betita,33, sedang tidur di kediamannya di bandar Carles di sini ketika isterinya Leizel memotong kemaluannya menggunakan gunting 22 April lalu
Leisel kini ditahan di balai polis di bandar Carles sementara menunggu penyelesaian kes yang difailkan terhadapnya kerana mencederakan suaminya.
"Saya tidak menyesal kerana memotong kemaluannya. Ini sebagai hukuman kepadanya kerana kaki perempuan. Saya bersedia berdepan apa-apa kemungkinan kerana tindakan saya ini," kata Liezel dipetik inquirer.net
Pegawai polis Carles, Alexis Bataga berkata, siasatan menunjukkan Liezel bersama-sama dengan suaminya yang juga penyelia pembinaan minum pada malam kejadian.
"Apabila suaminya mabuk, mereka masuk ke bilik tidur. Tidak berapa lama kemudian, mangsa keluar dalam keadaan berlumuran darah.
"Isteri mangsa didakwa memotong kemaluan suaminya," kata Bataga.
Mangsa dibawa ke hospital namun doktor gagal menyambungkan semula zakarnya.
Leizel menjelaskan dia hanya mahu memberi pengajaran kepadanya.
"Saya bosan dengan sikapnya yang kaki perempuan. Dia mempunyai teman wanita baharu baru -baru ini," kata Liezel.
Liezel mendakwa kekasih baru suaminya itu adalah isteri kepada rakan sekerja lelaki itu namun Mark menafikan dakwaan isterinya dan bertekad memfailkan kes terhadap wanita itu. -sinar harian
Kisah Isteri Potong Kemaluan Suami 3 - Potong kemaluan suami 2 kali kerana suami curang
Shangqui, China.
Seorang isteri bernama Feng, (30) ditangkap polis kerana memotong anu suaminya sebanyak 2 kali kerana suaminya mencurang.
Kejadian berlaku apabila suaminya, Fan Lung (32) kantoi bermesraan dengan wanita lain secara online. Feng mengambil gunting dan mengunting kemaluan suaminya ketika suaminya tidur.
Ayah lima anak itu menjerit kesakitan dan berlari keluar rumah meminta pertolongan sambil berbogel. Lung dikejarkan ke hospital. Doktor berjaya menjahit dan meletakkan kembali kemaluan itu ditempat asalnya seperti sedia kala.
Feng yang sedang dikuasai oleh api cemburu kembali ke hospital dan kali ini memotong kemaluan suaminya sekali lagi menggunakan pisau. Feng lantas mencampak potongan zakar suaminya keluar tingkap. Lung lagi sekali menjerit kesakitan dan Feng ditangkap tidak lama kemudian.
Polis gagal mencari potongan kemaluan Lung. Polis mengesyaki bahawa penisnya telah dibawa lari oleh anjing atau kucing liar. Kali ini mungkin Lung memerlukan zakar elektronik pula. Kekasih gelap Lung telah datang ke hospital dan sedia menerima Lung biarpun Lung telah kehilangan kemaluannya.
Kisah Isteri Potong Kemaluan Suami 4 - Potong Kemaluan suami kerana Suami Tidak beri Nafkah batin selama 10 tahun
Uttar Pradesh, India.
Seorang isteri memotong kemaluan suaminya kerana marah suaminya enggan melakukan hubungan seks lebih dari 10 tahun. Dia menuduh suaminya mempunyai hubungan sulit.
Rita Yadav (28) menyerang suaminya, Ved Prakash (31) di rumah mereka
"Dia selalu mengatakan bahwa dia benci melihat wajah saya. Kami bertengkar setiap hari. Dia selalu mengugut untuk mencari kekasih gelap. Saya inginkan anak. Saya merayunya untuk melakukan hubungan seks seperti seorang pengemis. Saya sudah tidak tahan lagi dengan penyiksaan ini.", kata Rita
Polis mengatakan bahawa Rita telah memukul kepada Ved sehingga tidak sedarkan diri, kemudian memotong kemaluan suaminya menggunakan pisau dapur. Ved luka parah namun organ kelakiannya dapat diselamatkan.
Kisah isteri potong kemaluan suami 5 - Potong kemaluan suami kerana suami main kayu tiga
Denpasar, Indonesia.
Seorang isteri Putu Ayu Darmi 34 tahun bertindak memotong kemaluan suami Gusti Bagus 37 ketika suaminya sedang tidur apabila mendapati suaminya bermain kayu tiga dibelakangnya.
Putu Ayu mendapat tahu setelah terbaca kiriman mesej berbau cinta dari telefon pintar suaminya. Dia terlalu kecewa kerana suaminya telah lama mencuranginya. Akibat terlalu emosi dia bertindak untuk memotong penis suaminya.
Gusti terus berlari ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Kisah isteri potong kemaluan suami 6 - Potong dan buang kemaluan suami ke dalam tong sampah kerana suami ingin menceraikannya.
California, Amerika Syarikat.
Juri-juri telah bersepakat menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Catherine Kieu kerana mereka merasakan tindakan Kieu memotong penis suaminya Glen dan membuangnya ke dalam tong sampah terlalu kejam.
Peguambela kepada Kieu cuba membuat rayuan dengan mengatakan bahawa Kieu pernah dicabuli semasa kecil, kerana itu Kieu sering stress dan mudah mendapat depresi berat sekiranya menerima tekanan. Suaminya Glen bagaimanapun berharap Kieu mendapat hukuman yang lebih berat kerana hidupnya sudah berubah kerana kejadian tersebut.
Kejadian ngeri itu berlaku di rumah pasangan itu. Glen terlah tertidur kerana diberi pil tidur di dalam sup masakan isterinya. Semasa dia pengsan tertidur isterinya telah mengikatnya di tiang dan menjerit "Kau patut kena"!!
Kieu kemudiannya mengambil pisau dapur sepanjang 25 cm dan memotong habis kemaluan suaminya dan mencampakkannya ke dalam tong sampah. Polis mengambil kira kes ini sebagai kes cemburu kerana Glen bercadang bercerai dengan Kieu sebelumnya. Kieu mengesyaki kerana kes orang ketiga.
Glen terlalu marah mengatakan Kieu bukan saja memotong kemaluannya malah membunuhnya sekaligus kerana kejantannya telah musnah kerana usaha mencantum dan memulihkan alat kelaminnya telah gagal.
Kisah isteri potong kemaluan suami 7 - Potong kemaluan suami kerana sakit hati suaminya curang dengan sahabat baik
Pattaya, Thailand.
Seorang isteri nekad memotong kemaluan suaminya kerana sakit hati apabila mendapat tahu suaminya curang dibelakangnya. Lebih menyakitkan hatinya lagi apabila mendapat tahu kekasih gelap suaminya adalah teman baiknya sendiri.
Di dalam kejadian itu, isterinya berpura-pura memaafkan suaminya dan bertindak mengoda suami untuk hubungan seks. Semasa suaminya telah membuka seluar dia terus mengambil pisau cukur dan menghiris kemaluan suaminya sehingga putus. Isterinya memanggil ambulan apabila keadaan suaminya telah terlalu parah.
Pihak ambulan menjumpai suami itu di tengah jalan dalam keadaan darah bercucuran dan mengepit air batu di celah kangkangnya. Dia lantas di kejarkan ke hospital.
Isterinya turut masuk ke dalam ambulan menemani suaminya.
Kisah isteri potong kemaluan suami 8 - Potong kemaluan suami kerana suaminya terlalu ganas di ranjang.
Kuala Lumpur, Malaysia
Kerana tidak tertahan dengan aksi ganas suami berbangsa Pakistan, seorang isteri berusia 51 tahun bertindak memotong kemaluan suaminya selepas perhubungan seks. Siti Fatimah dikatakan tidak tertahan kerana menghadapi penyiksaan dan penderaan seksual oleh suaminya.
Lihat video di bawah
Kisah isteri potong kemaluan suami 9 - Potong kemaluan suami menggunakan gergaji kemudian masak potongan penis suaminya bersama mee
Tidak diketahui dimanakah peristiwa ini berlaku.
Isteri ini telah lama curiga kerana suaminya sering keluar ke dapur pada waktu tengah malam. Pada satu malam dia tidak dapat lena mengenangkan suaminya masih belum naik ke atas selepas 30 minit. Dia pun turun ke dapur. Kelihatan suaminya sedang masak mee segera bersama pembantu. Katanya kerana dia lapar dan tidak sampai hati untuk mengejut isterinya.
Isterinya naik ke atas dan sambung tidur. Keesokkan harinya isterinya bertindak untuk mengikut suaminya turun ke bawah senyap-senyap. Dia ternampak suami diiringi pembantu rumah masuk ke bilik pembantunya. Dia tunggu diluar sebentar. Kemudian dia terdengar suara wanita mengerang kesedapan dari dalam bilik pembantunya itu.
Isteri itu terlalu kecewa dan beremosi melihat kecurangan suaminya. Dia naik ke atas dan berpura-pura tidur. Pada pukul 4.30 pagi suaminya berjengket naik ke atas katil. Dia bertanya "abang ke mana" suaminya mengatakan dia turun untuk makan mee segera kerana terasa lapar.
Isterinya mengangguk dengan tenang. Kemudian suaminya pun tertidur. Tidur dengan nyenyak kerana keletihan dan kepuasan. Isterinya pergi ke garaj mengambl gergaji. Dia kemudiannya menarik boxer suaminya dan terus mengergaji kemaluan suaminya. Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suaminya gagal mempertahan diri. Anunya putus dalam masa tak sampai 1 minit.
Leave a Comment