Resepi Udang Buttermilk Paling Sedap dan Mudah
Resepi Udang Buttermilk Paling Sedap dan Mudah
Bahan-bahan
12 ekor udang
3 ulas bawang putih dicincang
6-8 tangkai cili padi dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair / susu segar
sedikit butter untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam
minyak masak
Bahan buat sarang telur
2 biji kuning telur
1 senduk butter
1 cawan minyak masak
Cara masak udang butter
Mula-mula goreng udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Goreng jangan terlalu lama nanti udang akan mengecut dan agak keras bila dimakan.
Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali kerana tak nak gunakan lagi.
Panaskan butter ke dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. Masukkan susu cair dan masak sekejap.
Masukkan udang yang dah digoreng tadi, bubuh sedikit serbuk lada dan garam.
Setelah semua bahan masak dah mesra, masukkan ke dalam pinggan hidangan.
Cara buat sarang telur
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan butter bersama minyak masak sampai betul betul panas.
Tuangkan kuning telur tadi ke dalam kuali. Tuang sikit-sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halus-halus.
Pusing minyak laju-laju dengan senduk hingga telur habis.
Pusing terus hingga telur berwarna keemasan.
Setelah masak, tuangkan ke dalam tapis untuk toskan minyaknya.
Taburkan sarang telur ke udang yang sudah digoreng di atas.
Sumber : http://www.myresepi.net <---banyak betul resepi yummy kat sini...jangan lupa singgah ke sana.
Leave a Comment