Pencipta sebenar dan penyanyi asal lagu Tanggal 31 (Lagu Kemerdekaan)
Sempena bulan kemerdekaan ni, sajelah nak share info dengan korang pasal lagu "Tanggal 31" yang Allahyarham Sudirman nyanyikan tu. Mungkin ramai yang dah tahu dan ramai gak yang tak tau, so memandangkan aku pon tengah free ni, aku sharelah sikit info dengan korang yang tak tau pasal lagu ni.
Pada suatu hari ketika beburung berkicauan riang, anak
dara berkemban ditepi sungai, udara bau petai, semasa di Batam dalam
perjalanan di atas sampan untuk membuat persembahan bangsawan di Singapura,
lahirlah ilham untuk mencipta lagu Tanggal 31, diatas sampan. Ya!
disitulah bermulanya cetusan idea dan rangka lagu tersebut. Cetusan idea
oleh Allahyarham Ahmad CB penyanyi lama tahun 60/70an. Arwah dilahirkan
di Medan, Indonesia, yup bukan #doneclaim tapi kenyataan. LOL. Dia membesar dan cari makan kat Malaysia dan Singapura.
Kira dahsyat gak la arwah Sudir, sebab masa arwah mintak S.Atan
rakamkan balik lagu ni masa tahun 1982 lagu ni tak popular pon. Takde
orang tau pon. Nampak tak pemikiran arwah macam mana. Genius kannn. Dia
ada visi. Karya yang dia rasa berkualiti, macam Kurt Cobain
nyanyikan lagu-lagu Meat Puppets, Lake of Fire, Oh Me, Plateau, Man Who Sold
The World (David Bowie) semua tu, padahal sebelumnya takde sapa pon nak
layan lagu-lagu tu (kecuali orang-orang yang ada taste muzik yang tinggi, kacak dan
hebat macam aku ni..:). Tak dinafikan jugak sebab karisma yang diorang ada
membuatkan karya-karya ni terus jadi popular lepas depa nyanyi.
Original lagu ni sebenarnya berentak march dan agak slow, then S. Atan "mengePOPkan" dan merancakkan dia menjadikan lagu Tanggal 31 yang macam kita
dengar sekarang ni. Itu je la aku nak citer.
Nak diikutkan Arwah
Ahmad C.B ni panjang umur jugak, sebab dia meninggal pun umur 90 lebih
camtu, 1906/07-1997 meninggal di Medan.
Alfatihah untuk Allahyarham Ahmad C.B dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Photo dari Harian Metro: Arwah Ahmad C.B berdiri disebelah kanan, memakai songkok
Kredit: Mohd Firdaus Hassan
Leave a Comment