Cara mencegah dan merawat kucing dari penyakit batu karang atau susah kencing secara natural
Di sini saya ingin berkongsi petua dan tips tentang cara-cara untuk mengelak dan merawat kucing yang terkena penyakit batu karang atau susah kencing atau penyakit kencing batu kristal pada kucing.
Seperti yang kita maklum, kucing juga seperti manusia. Boleh dikatakan apa saja penyakit yang dihidapi oleh manusia boleh dihidapi oleh kucing juga.
Perlu diingat yang kadang kala masalah susah kencing bukan disebabkan oleh penyakit batu karang atau masalah batu kristal di dalam air kencing sahaja tetapi boleh jadi juga kerana masalah buah pinggang dan ada juga kerana jangkitan saluran kecing atau UTI yang menyebabkan kucing menjadi sukar dan sakit untuk buang air kecil. UTI boleh menjadi kronik dan membawa maut. Maka adalah lebih baik jika kucing-kucing yang disyaki dijangkiti penyakit ini dibawa berjumpa dengan doktor haiwan ( vet ) dengan segera.
Penyebab penyakit batu karang / susah kencing / kencing kristal atau batu karang pada pundi kencing kucing
Pemakanan
Biasanya makanan kering atau dry food, biskut kucing atau setengahnya memanggil kibble boleh menjadi penyebab kepada penyakit batu karang kepada kucing kerana kandungan airnya yang rendah. Makanan seperti wetfood atau masakan rumah selalunya lebih selamat kerana mengandungi lebih dari 70% kandungan air sedangkan dry food hanya mengandungi 5 hingga 10 % kandungan air namun oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pembela kucing lebih selesa dengan memberi kucing-kucing kesayangan mereka dry food.
Kekurangan pengambilan air.
Pembela kucing perlu menyediakan air dan memastikan kucing kesayangan meminum air dengan secukupnya kerana pengurangan pengambilan air juga menjadi sebab utama terjadinya simptom susah kencing kepada si comel.
Bakteria.
Bakteria yang berkembang dalam saluran kencing termasuk kanser pundi kencing, tumor pundi kencing, batu ginjal, batu pundi kencing, sisa kotoran yang terperangkap dalam saluran kencing, kecederaan, keabnormalan saraf tunjang, inkontinensia (kencing tanpa sengaja), stres, kongenital (atau inborn ) keabnormalan, kencing manis atau disfungsi saluran kencing yang lain.
Stress
Stress juga boleh menjadi penyebab terjadinya penyakit ini. Banyak faktor yang boleh menyebabkan kucing stress. Kebersihan litter box juga boleh menjadi punca. Selain dari itu faktor berpindah rumah, hadir kucing baru, bosan dan lain lain lagi.
Gagal untuk kencing biarpun berkali mencuba
Mengeluarkan suara seolah-olah menangis ketika kencing
Kencing terlalu sedikit
Membuang di luar kotak litter
Ulang alik ke litter box lebih kerap dari biasa
Menjilat kemaluan terlalu kerap
Terdapat darah pada air kencingnya
Terdapat tanda-tanda sakit
Tingkah laku lain dari biasa.
Minum lebih banyak air daripada biasa
Stress
Stress juga boleh menjadi penyebab terjadinya penyakit ini. Banyak faktor yang boleh menyebabkan kucing stress. Kebersihan litter box juga boleh menjadi punca. Selain dari itu faktor berpindah rumah, hadir kucing baru, bosan dan lain lain lagi.
Tanda-tanda dan gejala jangkitan saluran kencing pada kucing
Gejala UTI adalah jelas. Tanda-tanda jangkitan saluran kencing yang paling biasa termasuk:Gagal untuk kencing biarpun berkali mencuba
Mengeluarkan suara seolah-olah menangis ketika kencing
Kencing terlalu sedikit
Membuang di luar kotak litter
Ulang alik ke litter box lebih kerap dari biasa
Menjilat kemaluan terlalu kerap
Terdapat darah pada air kencingnya
Terdapat tanda-tanda sakit
Tingkah laku lain dari biasa.
Minum lebih banyak air daripada biasa
Berikut adalah cara dari pengalaman saya menguruskan kucing juga dari perkongsian dari mereka yang lebih berpengalaman dan juga perkongsian dari laman-laman web penjaga kucing dari USA. Bukan perkongsian dari doktor haiwan, ok?
Saya pernah membaca vet melarang kita mengikut cara diy atau home remedy yang diajar dan dikongsi oleh penjaga kucing berpengalaman di FB dengan alasan mereka belajar di dalam bidang itu maka mereka lebih mengetahui. Ya memang betul kata-katanya. Mereka cuma bimbang jika rawatan secara natural tidak betul, keadaan kucing akan menjadi lebih teruk.
Jika anda berkemampuan, kalau boleh pergilah bawa kucing anda yang sakit berjumpa doktor haiwan yang bertauliah. Tetapi jika anda mempunyai banyak kucing, kucing rescue atau kucing jagaan menjangkau lebih 10 ekor dan tidak berkemampuan atau jika vet jauh atau kejadian berlaku pada tengah malam semasa klinik haiwan tutup, then bolehlah cuba cara saya ni.
Cara untuk mengelak kucing dari terkena batu karang/susah kencing/menjaga tahap kesihatan ke arah hidup yang lebih sihat.
Cara saya simple. Saya belajar dari perkongsian dari mereka-mereka yang lebih berpengalaman juga. Saya perhati kebanyakkan penjaga kucing yang mengamalkan cara ini...kucing mereka jarang bertemu doktor haiwan and off course....doktor haiwan tidak akan approve cara natural dan mudah ini. 1- Kerana mereka belajar tinggi, mereka lebih arif 2- Kalau dia approve benda ni siapa nak pergi beli ubat-ubatan dari mereka.
Cara untuk mengelak kucing dari terkena penyakit susah kencing/batu karang/ UTI dan penyakit-penyakit lain... Prevention is better than cure...
Campurkan APPLE CIDER VINEGAR ke dalam air minuman atau dalam makanan mereka.
Kalau tak tahu mana nak beli, klik sini
Boleh ke bagi kucing minum cuka..cuka kan asid?
Cuka sememangnya asid tetapi itu cuka biasa. Cuka apple brand Bragg ini bersifat alkali. Ianya bukan saja sesuai untuk kucing tetapi juga untuk kita, manusia ke arah kesihatan yang lebih baik.
Cara-caranya campur 1 bahagian cuka apple ke dalam 4 bahagian air.
Kalau ikut cara saya, saya letak ke dalam botol spray dan hari-hari spraykan ke dalam air minuman mereka. Jika takut mereka tak suka, spraykan ke badan atau kaki mereka terlebih dahulu. Mereka akan menjilatnya dan tak lama kemudian mereka akan terbiasa.
Jangan beri cuka apple secara langsung. Harus campurkan dengan air terlebih dahulu. Baik untuk manusia atau kucing, caranya sama saja. HARUS DICAMPURKAN DENGAN AIR.
Bagaimana pula caranya untuk merawat kucing yang sudah terkena penyakit susah kencing ini.
Step pertama pastilah bawa berjumpa doktor haiwan terlebih dulu jika waktunya sesuai. Selalunya vet akan berikan antibiotik dan beberapa ubat jika ianya hanya sakit biasa. Tetapi jika ianya batu karang yang sudah serius atau penyakit kronik yang lain, doktor akan membuat rawatan lanjut.
Tetapi sekiranya atas sebab-sebab tertentu anda tidak dapat membawa kucing anda ke vet. Guna cara ini :
Cara 1
Kisar lobak putih bersama sedikit air dan kemudian perahkan. Buangkan hampas, ambil airnya saja dan beri kucing anda minum. Selalunya melalui picagari kerana kucing takkan minum air lobak putih itu sendiri. Berikan beberapa kali sehari.
Cara 2
Jus cranberry tanpa gula ( ini cara orang US ) Cranberi mudah didapati di sana
Gunakan 100% jus dari cranberi tanpa gula. Hanya sesudu sudah memadai.
Cara 3- Apple Cider Vinegar
Selain dari mencegah dari terjadinya batu-batu kristal, ACV juga boleh dijadikan ubat untuk membantu masalah kencing pada kucing.
ACV bukan saja berkesan dan baik untuk menjaga kesihatan kucing tetapi juga boleh mengurangkan masalah kutu pada kulit dan earmite.
Untuk mengurangkan masalah kutu, selalulah spray campuran ACV dan air ke bulu kucing. Lebihkan di bahagian tengkuk.
Untuk mengurangkan masalah earmite, hanya spraykan campuran ACV dan air ke atas kapas. Kemudian lap-lapkan di bahagian telinga dan luaran telinga. Jangan campurkan air campuran ke dalam telinga.
INGAT!!!
Adalah lebih selamat sekiranya anda pergi bawa kucing anda ke vet sekiranya terdapat apa-apa masalah kesihatan. Sentiasa meminta nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang petua di internet.
Nasihat saya lagi : Sediakan bekas air yang menarik untuk mengalakkan kucing minum dengan lebih kerap. Kalau dia tidak suka air dalam mangkuk, belikan bekas air jenis air bergerak atau pet water fountain untuk menarik minat mereka. Ingat prevention is better than cure. Kalau kucing dah terkena batu karang..kesian. Saya pernah membaca post di Fb tentang owner kucing yang menangis melihat proses pembuangan batu kristal dari anak-anak bulus mereka. Memang menyakitkan.
Dapatkan Pet Water Fountain ini di sini |
Ini cara saya menjaga kucing-kucing saya selepas saya dah tak larat nak ke Vet. Saya pernah kehabisan banyak duit berurusan dengan Vet padahal makanan yang saya beri pada kucing bermutu tinggi dan mahal harganya. Pernah juga 2,3 kali kucing saya yang sihat walafiat mati selepas diberi vaksin. Ianya memberi kesan mendalam kepada saya. Kematian kucing-kucing itu bukan kerana vaksin tetapi kegagalan vet itu untuk memeriksa tahap kesihatan kucing sebelum divaksin yang menjadi punca. Ya biarpun setinggi mana belajar, vet tetap manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesilapan.
Banyak kali juga saya memberi ubat-ubatan yang mahal kepada kucing-kucing saya yang sakit yang berakhir dengan kematian. Kematian kucing-kucing itu bukanlah kerana ubat-ubatan yang membunuh tetapi kerana ajal dan maut ditangan Allah. Jadi buat apa buang duit yang banyak untuk ubat-ubatan. Bukankah lebih baik jika kita jaga kesihatan kucing itu secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum mereka sakit.
Banyak kali juga saya memberi ubat-ubatan yang mahal kepada kucing-kucing saya yang sakit yang berakhir dengan kematian. Kematian kucing-kucing itu bukanlah kerana ubat-ubatan yang membunuh tetapi kerana ajal dan maut ditangan Allah. Jadi buat apa buang duit yang banyak untuk ubat-ubatan. Bukankah lebih baik jika kita jaga kesihatan kucing itu secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum mereka sakit.
Kerana itu saya giat mencari petua-petua dan cara natural untuk merawat kucing. Selain dari menjimatkan duit, dapat juga mengelakkan kucing dari memakan bahan-bahan kimia dari ubat-ubatan. Namun saya masih lagi akan pergi ke klinik haiwan jika kucing saya terkena masalah serius.
Sepanjang saya amalkan pemberian ACV kepada kucing, kucing saya sudah tidak sakit lagi. Tiada juga sebarang kematian kecuali kerana sakit tua. Saya juga tidak pernah vaksin kucing saya selepas kejadian kucing-kucing saya mati selepas divaksin. Yang bestnya lagi sekarang ini saya hanya beri kucing-kucing saya biskut yang biasa-biasa saja bukan berjenama mahal lagi.
Mudah-mudahan kucing saya terus sihat walafiat. Amin.
Sekian, wassalam
Jika salah tolong betulkan. Saya tidak kisah dan hargai sebarang pembetulan. Saya manusia biasa, tak perfect dah sudah tentu banyak buat silap,kan?
Rekomendasi produk makanan kucing untuk masalah kencing/UTI
Leave a Comment