Akibat menulis komen yang memalukan di facebook, seorang wanita dikelar dan dibunuh


Kisah yang saya kongsikan di bawah membuatkan saya teringat pada satu kejadian yang pernah berlaku kepada keluarga saya sendiri.

Kejadian itu berlaku 2 tahun lepas, semasa anak dara saya masih bersekolah di tingkatan empat. Saya memang melayan anak dara saya seperti kawan. Saya sentiasa bertanya tentang apa yang berlaku di sekolahnya hari-hari. Saya akan berbual secara sempoi setiap hari kerana saya mahu anak saya selesa berborak dan berbincang dengan saya. Ya saya ibu yang sporting. Dia boleh berbual apa saja dengan saya. Hasilnya apa saja kejadiannya di sekolah, saya tahu. Naik bingit juga kadang-kadang telinga ni kerana hampir semua kisah kawannya, gurunya diceritakan kepada saya.

Suatu hari, dia tertinggal bas sekolah dan menefon saya untuk mengambilnya. Saya bertanya mengapa lambat sampai tertinggal bas? Dia mengatakan bahawa classmate dia sorokkan kasut sekolah, rendam dalam air dan sorok di dalam tandas. Saya tanya kenapa boleh jadi macam tu? Dia kata kerana classmate dia marah kerana dia bergurau di dalam bilik darjah.

Saya bertanya lagi apa yang dia guraukan hingga kawan dia bertindak sampai macam tu. Dia kata kerana dia bergurau memanggil classmate nya buruk. Dia kata dia bergurau saja dan classmate agak handsome tak burukpun. Hmm macam k-drama pula, kan? Kemudian saya tanya lagi, habis pasal tu dia sorok kasut?

Dia kata tak...rentetan dari peristiwa itu membuatkan mereka berdua bergaduh hingga ke dalam akaun facebook. Saya login akaun facebook dan bercadang untuk siasat dan tegur budak lelaki classmatenya itu. Namun apabila saya baca dan baca...saya ternampak anak saya menulis perkataan. Sudah lah, GAY!!

Ya itulah pencetus mengapa classmatenya bertindak merendam kasut dan menyorok kasutnya ke dalam tandas. Saya tiba-tiba merasa marah. Saya katakan kepada anak saya....sila delete post ni dan minta maaf dengan classmatenya. Saya nasihat dia..tidak baik mengeluarkan komen sedemikian. Sensitif kepada lelaki. Lelaki ada maruah. Benda-benda macam ni terutama perkataan GAY dan MUKA BURUK boleh menjatuhkan air muka dia. Setelah berbual dengan secara berhemah yang boleh. Anak saya menggangguk dan mesej classmatenya untuk meminta maaf dan delete segala post tentang pertelagahan mereka.

Saya rasa ibu bapa perlu untuk memantau dan mendidik anak supaya berhati-hati memberi komen di dalam facebook. Marah dan bergaduh jangan sampai menghina. Elakkan perkataan yang boleh memalukan. Kita hidup di zaman terdapat ramainya orang gila dan berpenyakit mental.

Nasiblah kejadian anak saya itu hanya berakhir dengan kasut basah. Bagaimana pula kalau dia hilang sabar dan nekad untuk berbuat sesuatu yang tidak elok? Nahuzubillah.

Manusia memang tak lari dari kesilapan, lebih-lebih lagi budak-budak. Dan sebagai ibu bapa kita patut nasihat kalau anak kita buat silap. Ajar dia supaya mudah meminta maaf apabila berbuat silap.

Saya bukan ibu yang perfect malah jauh dari perfect tetapi 2 perkara yang saya sering nasihatkan kepada anak-anak iaitu sentiasa senyum dan hormat kepada orang-orang yang dikenali atau tidak. Dan jaga mulut atau komen apabila bercakap atau di laman sosial. Mudah-mudahan anak-anak kita selamat di dunia dan akhirat dan menjadi manusia yang baik hati.

Mari lihat berita yang berkaitan dengan tajuk pula.

Wanita Kena Kelar Akibat Tulis Komen Yang Memalukan Seorang Lelaki

Berhati-hatilah wahai wanita tak kira dimana anda berada walaupun ketika berada dirumah kerana bahaya ada di mana-mana sekarang ini terutamanya kenalan baru yang dikenali melalui media sosial. 

Apa yang berlaku di Thailand ini haruslah dijadikan pedoman untuk gadis-gadis di luar sana. Seorang lelaki telah bertindak membunuh dengan kejam seorang wanita selepas temujanji yang pertama! 

Menurut laporan Coconuts, mangsa telah berkenalan dengan lelaki tersebut dan mengaku membunuh wanita tersebut kerana komen yang ditulis oleh wanita mengatakan lelaki itu tidak pandai melakukan hubungan seks ketika mereka masih keluar bersama. 

Suspek tersebut, Natthan Raknui yang berumur 23 tahun telah membunuh Jiraporn Theppaya, 22 tahun di sebuah ladang getah. Hasil siasatan pihak polis mendapati mereka mula berhubungan pada awal Julai lalu. 

Lelaki itu kemudian telah bertemu wanita berkenaan pada 12 Ogos lalu untuk kali pertama. Natthan dikatakan tidak mampu menyewa bilik hotel dan membawa motor milik Jiraporn ke sebuah ladang getah untuk melakukan hubungan kelamin.

Wanita itu kemudian telah memuat satu komen tentang kelemahannya melakukan seks dan telah mengakibatkan lelaki tersebut menjadi berang dengan apa yang ditulis wanita berkenaan. 

Lelaki itu kemudian bertindak mengelar leher wanita tersebut dan menjual motosikal milik wanita itu dengan harga RM900. 

Mayat Jiraporn dijumpai pada 15 Ogos lalu dan lelaki itu ditahan selepas siasatan mendapati lelaki itu 'check in' di Facebook. - kakishare.my
Dikuasakan oleh Blogger.