10 Handphone Yang Termahal Di Dunia.

Handphone telah menjadi satu keperluan di dalam hidup harian kita. Handphone ada bermacam-macam jenama dan harga. Di posting kali ini saya  kongsikan 10 jenis handphone yang termahal di dunia buat masa ini. Jom usha berapa harganya.

10. Vertu Signature Diamond $88,000


Telefon mewah ekslusif dari Vertu ini diperbuat daripada platinum. Didakwa proses pembuatannya adalah yang terbaik sekali kerana dibuat dengan tangan dan bukan mesin. Handphone ini dihiasi dengan corak berlian yang cantik dan hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit.

9. iPhone Princess Plus $170,400


Iphone ini direka oleh  pereka terkenal Austria, Peter Aloisson. Selain dari emas tulen, iphone ini di gemerlapkan dengan berlian-berlian asli bermutu tinggi yang dipilih khas. 

8. BlackDiamond VIPN Smartphone $300,000


Tempat ke 8 mobile phone termahal adalah Sony Ericsson Black Diamond. Ianya dicipta oleh Jaren Goh. Ciri utamanya ialah paparan yang terperinci, skrin polikarbonat dan teknologi LED organik. Dihiasi dengan dua butir berlian. Satu terletak di butang navigasi dan satu lagi di bahagian belakang.

7. Vertu Signature Cobra $310,000


Vertu Signature Cobra ini direka oleh pedagang barang kemas dari Perancis iaitu Boucheron.

Selain dari berlian, phone ini turut dihiasi dengan permata zamrud dan delima.

6. Gresso Luxor Las Vegas Jackpot $1Million


Telefon Gresso ini dipanggil Luxor Las Vegas Jackpot. Dikeluarkan di Switzerland pada tahun 2005 dan dibuat menggunakan emas padu seberat 180 gram. Panel belakangnya dibuat menggunakan kayu dari Afrika, kayu termahal di dunia yang berusia 200 tahun. Papan kekuncinya di perbuat dari kristal nilam. 

5. Diamond Crypto Smartphone $1.3 million




Telefon pintar ini telah direka oleh seorang pereka aksesori  mewah  iaitu Peter Aloisson berdasarkan windows CE. Selain dari dihiasi dengan berlian dan emas yang bermutu tinggi. Telefon ini juga dilengkapi dengan teknologi keselamatan dan perlindungan terhadap peras ugut dan penculikan pemiliknya.

4. GoldVish Le Million $1.3 million



Goldvish Le Million ini direka oleh pereka terkenal Emmanuel Gueit, yang telah banyak mereka jam tangan mewah dan barang kemas. Telefon mudah alih yang paling mewah dan mahal ini telah dilancarkan di Switzerland. Telefon ini dianugerahkan oleh Guinness World Records sebagai telefon mudah alih yang paling mahal di dunia dijual di Fair Millionaire di Cannes, Perancis pada September 2006.

3. iPhone 3G King’s Button $2.4 million


Di tempat ketiga telefon pintar paling mahal di dunia ini adalah telefon pintar dari variasi iphone yang dinamakan iphone 3G King's Button. Direka oleh tukang emas terkenal dari Austria, Peter Aloisson. 138 butir berlian dipasang pada telefon ini. Berlian putih 6.6 karat di butang skrin utama menyerlahkan lagi kecantikkannya.

2. Supreme Goldstriker iPhone 3G 32GB $3.2 Million




IPhone 3GS Supreme dari jenama Apple ini mempunyai sarung yang dibuat daripada 271 gram emas 22k pepejal dan skrin yang dipotong dengan lima puluh tiga berlian 1 karat. 

Butangnya utamanya diliputi oleh 7.1 karat berlian tunggal. Tidak cukup dengan itu ianya diukir dengan granit dan emas Kashmir. Bahagian dalamannya pula diperbuat dari lapisan kulit lembu yang paling bermutu.


1. Diamond Rose iPhone 4 32GB $8 million


Telefon paling mahal di dunia setakat ini ialah 32 GB iPhone 4 Diamond Rose oleh Stuart Hughes. 

Bertatahkan 500 butir berlian berjumlah 100 karat yang terdapat disekeliling kasing dan 53 butir tambahan berlian lagi di logo Apple. Butang navigasi diperbuat dari platinum dan terdapat sebutir lagi berlian 8 karat ditengah-tengahnya.




Dikuasakan oleh Blogger.