Cara Buat Dan Resepi Biskut Batang Buruk


Biskut atau Kuih Batang Buruk adalah biskut tradisi orang melayu yang masih popular sehingga kini.Biarpun biskut ini lebih digemari oleh golongan tua berbanding muda-mudi, Ianya tidak lapuk di telan zaman. Di sini saya kongsikan resepi dan cara membuatnya. 

Bahan-bahan:-

600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula kisar
3 biji telur
Minyak masak untuk menggoreng

Cara buat biskut batang buruk.

Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga haluss, campurkan dengan gula dan ketepikan.
Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli bahan tadi.
Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulungkan dan biarkan ditengahnya berlubang.
Potong kecil dan goreng hingga kekuningan.
Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau.

Resepi dari InaMurni

Video dan resepi cara membuat Biskut Batang Buruk



Dikuasakan oleh Blogger.