Susah Nak Cari Kerja? Jom Guna Aplikasi Waze Untuk Cari Kerja Berdekatan Anda!


Berita baik untuk pencari kerja! Anda sekarang boleh menggunakan aplikasi WAZE untuk mencari kerja impian anda!.. Bagaimana? Jom nak cerita...

GRADUAN dengan kerjasama WAZE telah melancarkan satu kempen unik yang membolehkan rakyat Malaysia mencari pekerjaan melalui sistem navigasi popular WAZE. Kerjasama ini dilihat sebagai satu idea yang bijak dalam memberi peluang perkerjaan yang lebih luas melalui bantuan teknologi terkini.

Pencari kerja yang juga pengguna Waze boleh mencari pekerjaan yang ada berdekatan mereka (dalam jarak 5km) atau di mana saja lokasi anda melalui pin GRADUAN dan anak panah yang berfungsi sebagai papan iklan digital di dalam aplikasi tersebut. 

Pencari kerja hanya perlu menaip keyword 'jobs' atau 'graduan' pada ruangan search dan mulakan carian anda.    
 Taip 'jobs' pada ruangan search dan mulakan carian anda


 Pilih dan Waze akan tunjukan arah ke lokasi tersebut

Maklumat peluang-peluang pekerjaan menerusi kerjasama GRADUAN® dan Waze ini akan sentiasa dikemaskini. Dengan cara ini, anda akan mendapat tahu mengenai jawatan-jawatan baru di sesuatu kawasan setiap kali anda membuka aplikasi ini.

Mudahkan? Bila dah dapat kerja yang di idamkan berdekatan dengan rumah anda atau lokasi yang sesuai dengan anda tak perlulah lagi meredah kesesakan lalu lintas dan perjalanan jadi mudah serta menjimatkan masa. Fikiran pun tak la stress kan??

Apa tunggu lagi..ON WAZE, JOM CARI KERJA!

Semoga berjaya! 😊

Sumber : GRADUAN | Maukerja | Twitter QurratuAnini
Dikuasakan oleh Blogger.