Resepi Biskut Raya | Resepi Biskut Famous Amos yang Mudah dan Sempoi tapi Sedap Gila


Nama je resepi biskut raya, time tak rayapun boleh buat jugak. Simpan dalam balang, makan sambil layan tv ke buat minum petang ke...takut tak cukup sebalang je sebab sedap sangat...krup krap krup krap...yummy!!

Kalau gi Sungai Wang memang tak boleh blah dengan bau biskut Famous Amos ni mesti nak terbeli jugak sepeket. Oleh kerana perangai aku jenis kurang ciri-ciri kesopanan wanita, normally aku makan sambil jalan-jalan layan shopping. Yang tak bestnya..sejemput je dapat. Sama lah macam kau beli potato chips dalam plastik tu..angin je banyak. At least Famous Amos ni jujur la jugak...dia kasi plastik kecik je..nak besar beli la banyak-banyak. Lagi banyak gram kau beli lagi besarlah plastik dia dan lagi besarlah jugak duit kau kena keluarkan dari wallet....haram mahal gila...tapi sedap. Berkecur mulut bila teringat. Takley jadi ni kena buat jugak. Buat sendirilah lagi syiok!! Jom tengok resepinya.

Resepi Biskut Raya | Resepi Biskut Famous Amos yang Mudah dan Sempoi tapi Sedap Gila


Ada beberapa versi resepi Famous Amos ni..korang pilihlah yang mana korang rasa lebih sempoi dan kena dengan citarasa dan kemudahan korang. yang pastinya kesemua resepi di bawah memang menjanjikan hasil yang sedap dan ranggup. 

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS 1 


Bahan-bahan:
1 cawan butter 
1 1/2 cwn tepung gandum 
1/2 cwn tepung jagung 
1 s/k soda bicarbonat 
1 cawan gula halus 
1 cawan gula perang 
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus) 
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey) 
1/2 s/k garam 
9 oz. chocolate Cadbury (parut) 
2 biji telur 
1 s/k baking powder 
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel) 
1 s/k vanilla
Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu. 
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat. 
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata. 
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci. 
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.


source resepi 1 dan gambar : koleksi resepi nasi goreng

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS AZLINA INA

Bahan 1

1 biji telur 
1/2 cawan butter/ mentega
1/2 sb susu segar - susu tepung
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung
1/2 sk extract vanilla
1/4 cawan gula kaster
sedikit garam

Bahan 2
1 sb tepung jagung - diayak
2 cawan tepung gandum - di ayak
1 sb serbuk koko - diayak
1 cawan semi sweet chocolate chips
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk cream pf tartar nona atau boleh juga 1/2 sk jus lemon
1/2 cawan walnut cincang 

Cara Penyediaan Biskut Famous Amos Azlina Ina

1. siapkan mangkuk besar dan campurkan semua bahan 1 dan gaul rata hingga sebati menggunakan whisk.

2. ayak tepung gandum bersama serbuk koko, soda bikarbonat, tepung jagung, dan serbuk cream of tartar dan masukan tepung kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit.

3. kacau adunan yang sudah dicampur tadi boleh menggunakan spatula hingga rata kemudian masukan chocolate chips dan walnut dan kacau lagi hingga adunan agak lembik.

4. ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan menggunakan tangan atau boleh juga sudukan kemudian taruh diatas loyang. sesuaikan jarak setiap adunan diatas loyang kerana nanti biksut akan mengembang.

5. akhir sekali, bakar loyang kedalam oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. dan bila sudah masak angkat dan sejukan biskut. bila sudah sejuk biskut siap dihidangkan.

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS AZIE KITCHEN

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:

Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

VIDEO RESEPI DAN CARA BUAT BISKUT FAMOUS AMOS



RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS 5 Dan  6 ( RESEPI BERGAMBAR)

kredit pada gambar 

SELAMAT MENCUBA!!
Dikuasakan oleh Blogger.