Best ke berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda?



Best ke kawin dengan lelaki yang lebih muda? atau anak ikan? Ada tak terfikir anda minat nak berkawan dengan lelaki muda?

Masalah paling ketara masa mula-mula nak kawin tu....mak ayah lelaki tu mesti ingat anak lelaki dia kena bomoh, yang perempuan tu pulak, orang mesti ingat lelaki muda tu nak numpang duit dia. Betulkan?

Nak cerita sikit :).

Semasa beratur untuk membayar di cashier tesco, di belakang saya ada seorang wanita berusia dalam 40an dan disebelahnya lelaki muda yang agak kacak dalam usia 25 atau 28 macam tu. Perhubungan mereka nampak seperti adik beradik/anak beranak. Tiba giliran saya, rupanya wallet saya tertinggal. Saya senyum kepada lelaki tersebut dan katakan, "Minta maaf, beg saya tertinggal". Lelaki itu pun membalas senyuman saya dan mengatakan tidak apa. Saya perhati muka wanita tu cukup kelat macam putik mangga muda. Tapi saya cepat-cepat pergi ke kereta untuk ambil wallet yang tertinggal.

Semasa saya datang semula wajah wanita tu macam nak terkam dan makan saya sambil membebel, "lambatnya, lembabnya, berapa lama lagi nak tunggu blablabla". Saya katakan minta maaf kak minta maaf bang. Lelaki tersebut macam bagi respon dekat saya, dia senyum dan macam seronok dengan situasi yang terjadi. Apabila dah selesai, saya kemas-kemaskan barang dalam troli dan siap sedia hendak kereta dan pasangan di belakang saya pun sudah siap. Sebelum beredar saya pusing kebelakang dan cakap terima kasih sambil tersenyum, tanda terima kasih dan kesal kerana mereka menunggu lama. Lelaki itu tersenyum mesra. Saya konfident lelaki itu pasti adik kepada wanita tersebut. Tapi sangkaan saya meleset apabila wanita tu secara tiba-tiba memeluk lelaki tersebut dan berkata "cepatlah abang", anak tunggu tu...sambil jeling-jeling dekat saya. Lelaki tersebut terus berpaling selepas lemparkan senyuman tawarnya buat kali terakhir.

Saya cakap terus terang gandingan mereka berdua sangat janggal. Seperti mak cik dan adiknya.

Saya bukan mengutuk ok? Sebenarnya semasa itu saya juga baru berkahwin. Usia saya dalam 29 tahun semasa kejadian tu berlaku. Suami saya pula berusia 20 tahun. Tapi saya tidak gentar kerana saya jenis perempuan kiut dan bergaya. Masa kat tesco tu saya pakai singlet dengan jeans koyak je. Agak-agak kenapa orang lain yang beratur tak marahpun kepada saya walaupun kena menunggu lama. Dengan cashier-cashier pun tersenyum-senyum walaupun mereka terpaksa menunggu.Yang marahpun perempuan tu aje. Bukan nak puji diri k. Berbalik kepada kisah saya berkahwin lelaki muda. Adakah saya suka anak ikan? Nope...dia bukan taste saya tapi jodoh. Tak payah saya cerita pasal panjang lebar pasal tu. Sekarang saya nak cerita pasal best sangat ke kawin lelaki muda.

Kejadian pasangan tadi mula-mula memberi pengajaran kepada saya iaitu saya mesti jaga diri dan kecantikan. Saya takkan jadi seperti wanita tersebut. Saya fikir pasti akan ok kalau saya rajin bersenam, makan jamu selalu, jaga penampilan saya, pergi ke salon setiap minggu macam saya selalu lakukan sekarang. Should be no problem hati saya berkata. Saya takkan nampak macam mak cik sebelah suami saya.

Time past...semasa anak 1 saya masih lagi solid, anak kedua ya masih solid, masuk anak ketiga, selepas lebih 12 tahun...hancur. Kenapa hancur? Semasa itu saya terpaksa berhenti kerja. Suami saya bukan kerja bagus sangat. Bayangkan kahwin masa umur dia 20, bukan dia belajar tinggipun. nasiblah dia jenis rajin bekerja, kalau tak lagi haru biru. Dia tak mampu nak sara saya untuk melawa lagi. Duit selalunya habis untuk makan, bil bil bil, anak-anak. Jadi saya dah tak bisa nak ke salon atau beli set jagaan diri yang mahal-mahal lagi. Bila dah masuk umur 40an dah tak boleh nak rugged-rugged lagi. Anak dara yang no.1 tu dan besar dan suka bertudung. Dia tak ikut langsung genetik saya yang kuat bergaya masa muda-muda dulu. Anak dara kita dah bertudung, segan pulak nak rugged-rugged kan?

Ya secara autonya saya dah jadi wanita di atas. Beza lelaki dan perempuan ialah perempuan mudah di makan usia, manakala lelaki pula semakin dia berumur, ke"hensem"an dia makin terserlah. Bila wanita dah beranak 3,4 struktur badan dia dah bertukar jadi geleber, perut membuncit. Susah nak maintain.  Nak gi jogging ke zumba ke...kena jaga anak, nak masak lagi..kemas rumah lagi. Kita boleh buat benda tu semua kalau pandai bahagikan masa tapi masalahnya bila dah jadi suri rumah sepenuh masa, kita automatik jadi fokus kat rumah tangga. Rambut kita dah beruban. Dia ok je lagi, maintain macam orang belum kawin.

Exercise? Kawan sebaya saya memang cukup rajin jaga badan tapi dah beranak 4, badan dia masih ada benjolan-benjolan buncit juga. Bukanlah maksud saya, saya tak exercise tapi kawan saya tu tiap-tiap minggu jogging dan tiap-tiap bulan masuk marathon. Diapun mengaku body dia dah tak sama. Orang nampak body dia solid luaran je. Dalaman ada part-part yang geleber jugak. Wajah pula susah nak cover. Macamana buatpun pasti nampak tua bila kita dah berusia lebih 45 tahun. Pakailah apa brand pun. Mungkin kita nampak lawa, kita konfident lawa tapi orang nampak kita tetap tua. Artis-artis luar negara tu nampak muda walaupun dah tua kerana photoshop. Ada yang buat botoks dan cucuk muka dengan berbagai vitamin. Kalau kita orang biasa ni memang susah nak maintain.

Perhubungan asmara pasti best kan dengan lelaki muda? Mula-mula semuanya indah. Tapi bila kita dah biasa dengan dia. Sama je kawin dengan sesiapapun. Maksud saya tua ke muda masalah perkahwinan adalah sama. Tiba masa kita akan rasa terbiasa sampai dah tak ada istimewanya lagi selain dari kita lakukan kerana tanggungjawab. Fokus kita semasa tu cuma untuk membesarkan anak-anak..mencari rezeki. Dari segi pemikiran pulak lelaki yang lebih muda selalunya kurang matang. Semasa awal perkahwinan dia nak dengar juga nasihat-nasihat kita sebab kita lebih tua,kan? tapi bila dia dah jadi ayah, dia seolah-olah dah jadi big brother..susah dia nak dengar pendapat kita lagi.

Kita tak boleh lari dari orang-orang keliling yang rasa cemburu dan dengki dengan kita. Sebab diaorang ingat hidup kita best sangat bersuamikan lelaki kacak dan  muda. Bukan 1,2 kawan-kawan yang jauhkan diri dari saya. Kalaulah diaorang tahu hakikatnya di dalam hati ni..

Saya pernah muda, comel, sexy, rugged, saya rasa konfident semuanya akan ok walau bila kita dah tua. Tapi kita tak tak boleh lari dari proses penuaan. Cuba tengok contoh jutawan-jutawan kosmetik di negara kita ni. Diaorang ada duit berjuta tapi diaorang ada nampak macam usia 20an tak? Ya betul kulit mungkin boleh jadi cantik, putih melepak tapi raut muka tak boleh lari. Ada yang boleh maintain muda selalu, ada manusia istimewa yang dilahirkan wajah babyface, jenis comel je sampai tua...ada memanglah ada tapi jarang. .

Pokoknya kalau anda nampak pasangan sebegini tak payah la nak kutuk-kutuk, nak menilai atau rasa iri hati. Semua ada masalah dah struggle masing-masing. So apa pendapat anda? Best ke agak-agaknya bersuami muda? Masih ada hati nak kawin dengan anak ikan?

Apapun apabila dah ada niat nak berkahwin tu dah cukup terpuji.

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al- Maidah:48)

Cinta bukan kenal siapa. Apapun alasannya kalau dah jodoh tak boleh lari kemana. Islam tak pula bagi syarat yang tua tak boleh nikahi yang muda. Isteri Rasulullah SAW yang pertama Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah r.a sendiri lebih berusia dari beliau. Cuma saya bercerita dari pengalaman dan untuk renungan. Saya tak menyesal malah berbangga juga kerana kami menikah kerana nak buat benda betul. Dan alhamdulillah pula saya dapat suami yang tetap setia dan bersama saya walaupun saya dah tak comel macam dulu haha. Perasan betul kan? :)
Dikuasakan oleh Blogger.